Pages

Monday, January 31, 2011

segamat banjir 2011!

after 4 years, segamat banjir lagi.
kali ni lebih besar dan teruk kalau nak compare dengan 2006 dulu.
semalam masa nak balik, air kat jambatan dah tinggi.
tapi x sangka pulak secepat tu air naik.
nasib baik petang semalam ayah suruh balik cepat.
kesian Mr Hubby, baru nak rasa mak punya ikan siakap masak 3 rasa.

on the way balik, air dah naik kiri kanan.
air sungai segamat pun nampak macam naik sikit.
hati berdebar, takut tak lepas balik.
plus dengan risaukan family kat segamat.
Mr Hubby macam tahu je hati aku tak tenang.
terus peluk aku.

hujan rata je. cuma kejap-kejap lebat.
and non-stop.
sampai PD dah pukul 6.
masa tu family dah keluar rumah.
air naik cepat sangat.
pukul 8 lebih, bekalan elektrik dah ditutup kat segamat.
semua bergelap. sama macam dulu.
cumanya, dulu kami bertujuh. sama-sama meredah banjir.
sekarang, diorang berlima.
ayah + mak + aidil + hazriq + aleeya.

haishhh~
Ya Allah, selamatkan lah mereka.
*masuk kelas, asyik salah tulis je kat blackboard..*






piccas taken from syfaisal

Sunday, January 23, 2011

bodek ke?

masa tengah masak kat dapur tadi, tiba-tiba nampak someone tengah lipat kain.
yup.. suami saya sedang lipat kain baju depan tv.
urmmm.. ni bodek ke, yang? =p

hahaha~ suke tengok muka dia yang bersungguh-sungguh lipat baju yang sebakul tu..

=)
haihhh~ suami kesayangan saya..

Saturday, January 22, 2011

lagu cinta

dengar lagu sedetik lebih :: anuar zain kat era tadi.
terus teringat kat Mr Hubby.
kenapa rasa macam rindu sangat, ye?

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu…

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd








abaikan saya yg gems di situ.. huk!

Friday, January 21, 2011

cemburu

kat school, dikelilingi mommy-to-be.
mak-mak jangan cakaplah.
almost all teachers kat school tu adalah ibu-ibu.
seat kat bilik guru pun, kiri kanan diapit orang yang baru bersalin.
kat tempat parking pun, kereta belakang tengah cuti bersalin.
orang depan coming soon bulan 7 ni.

kawan yang posting sekali bulan 9 hari tu, 2 orang dah jadi preggy women.
sorang lagi baru bersalin bulan 9 lepas.

saya cemburu!





haishhh~ anak auntie ni makin comey-lah..

*double cemburu*

huhu

lelaki vs perempuan

sape ek menang kalau dua kaum ni fight?
hoho~
bukan nak lagakan dua kaum ni.
*i perempuan, n my hubby lelaki..*
cuma nak cerita pasal cikgu lelaki kat school.

last Wed, ada latihan merentas desa.
x keluar pegi trek, cuma kat padang school je.
x kisah la. tapi hari panas terik.
compared to Tuesday, memang x boleh nak bukak mata langsung la.
tapi nak buat macam mana kan.
dah pegang title Ketua Rumah Sukan, kena la berdiri sama panas dengan students.
tapi, yang buat mata aku berbulu is dua cikgu lelaki rumah aku tu.
kau dah la lelaki, join la panas kat bawah.
ini x, duduk kat astaka borak-borak.
and the worst la aku rasa, siap pakai hat besar + sunglasses + sweater.
hello cik abang, awak ingat ni kat beach ke?
hadoyaiiii~
tolong la kami women yang ber-sun burn ka padang nih.
bukan nak kata kitorang lemah ke ape, tapi show your manship la.
geli la weiii!


serentak dalam hati kata,
women vs men = women wins!

*goes to that teacher*

Saturday, January 15, 2011

saturday~

morning peeps!
awal kan aku bangun hari ni.
even tak pegi school..

bangun 6.30am tadi, buat breakfast untuk Mr Hubby.
menu pagi :: bihun goreng dan milo panas..
komen juri tetap :: meletop, yang!
reaksi tukang masak ::  /(^_^)/  \(^_^)\ *ombak*
hahaha~

bestnye kawen..

Friday, January 14, 2011

merancang..

wifey :: pa.. orang kata kan, kita kena minum susu ngan amek acid folic kalau nak merancang baby.
hubby :: jangan la rancang. mula-mula ni kita terima je la kalau ada rezeki. *muka x puas hati*
wifey :: merancang utk hamil, la.. *pegang tgn suami*

tu la perbualan aku dalam kereta hari tu.
ye la..
baru nak masuk sebulan kawen, dah ada yang tanya.
" dah ada ke? "


saya honeymoon lagi la..
kalau ada, saya buat pc okeh??

triple chenta!

hari tu Mr Hubby singgah kedai maksu before balik rumah lepas dinner.
tapau kan nasi utk misri *kwn Mr Hubby*
aku x keluar, tunggu dalam kereta je..
15 minit lepas tu, Mr Hubby datang.
ada sesuatu yang dia borak dengan maksu.
alkisah, maksu tegur sebab dah lama x nampak datang makan kat kedai dia.

Mr Hubby :: dah ada orang jaga, maksu. makan kat rumah je sekarang..
maksu :: rajin nye orang rumah masak.


haishhh~
saja nak buat aku makin jatuh chenta la tuh!
*aku suka bila sang suami puji aku depan maksu tu.. sebab maksu penah nak kenenkan sang suami dengan anak dara dia*

another jumaat..

jumaat datang lagi! (^_^)/
hari ni cuti.
keputeraan Yang di Pertuan Besar N9..
jadi, hari melepak di rumah bersama suami la kan.. hehe~
heaven rasa nya..

baru dapat rest.
bangun pun lambat hari ni..
hujan punya pasal..
x sanggup nak tinggalkan selimut tebal tuh.. =p
bfast pun dah pukul 10++..
tu pun ngada-ngada ajak bfast kat luar..

balik, kemas rumah..
masak..
menu hari ni - kari ayam + ikan goreng + telur masin + sayur buncis.
alhamdulillah.. 2x Mr Hubby tambah.
(^_^)
rasa seronok bila tengok dia makan banyak.
makin comel la suami saya nanti.. huhu~

sejak kahwin ni, hari-hari jugak la aku masak kat rumah.
cuma rabu lepas je x larat nak masuk dapur.
ko-k punye penangan.
guru penasihat kelab sukan bola sepak dan jugak ketua rumah Merah..
hadoiii..
seksa nya.
jadi, malam rabu hari tu Mr Hubby bawak candle light dinner kat el cactus..
*candle kot, sebab ade lilin..*

western saya malam tuh.
bila dah balik, konon-konon nak study utk subjek esok.
tapi, tertidur depan tv.
sadis betul rasa nya. huk2

so, hope this "another" jumaat will be the best day.
*mula memikirkan aktiviti malam ni.. Mr Hubby ajak lepak pantai..*
hehe~

Saturday, January 8, 2011

alone..

Mr Hubby keje..
*saje gedik nak tuka nama dia..*
tinggal kat rumah sorang-sorang.
pagi tadi, terbangun lewat.
cuma sempat buatkan roti ngan milo je.
Mr Hubby kate, x yah nak buat breakfast berat-berat.
nanti dah lepak ngan kawan, diorang mesti ajak makan.
okay. *lega dalam hati*

setakat ni, aku cuma sempat masak dinner je untuk dia.
balik pun dah dekat pukul 5, macam mana?
huhu~
menu malam tadi pun simple je.
cuma buat kuey teow goreng basah.
tapi sepanjang beberapa kali aku masak ni, komen dia positif je.
cuma gulai sardin hari tu kurang pedas.
*kata dia. padahal aku makan dah tebal bibir dah..*
pukul 9 lebih macam tu, Army called.
ajak makan.
jawab Mr Hubby, "aku dah makan. bini aku masak tadi.."
aishhh~ suka lah pulak dengar statement tu..
ngehehe~


tengah best tengok x-men, tiba-tiba terasa nak minum air sedap.
*beli chrysanthemum je pun.. =p*
ajak dia yang dah nyawa-nyawa ikan tu pegi 7e..
suami mithali la katekan, ikut je.
hehehe~
point nak buat dia ikut senang je.
buat-buat macam berdikari, kita cuma ajak dia untuk teman.
sebab kita yang drive, dia cuma duduk tepi.

tapi bila masuk kereta, dia jugak yang drive.
hehe~
awak memang suami mithali, Mr Hubby!
jadi hari ini saya akan masak ayam kicap yang sedap untuk awak.
(^_^)v
.
.
.
.
misi hari ini :: kemas rumah, study..
Ganbatte kudasai, sensei!

Friday, January 7, 2011

finally..

the sweet Friday comes again.. =)
happy, sebab tomorrow is my off day!
weehuuuu!
nak kemas rumah..
nak study awal.
so that hari ahad dapat spend masa dengan Mr Hubby.
*nak shoping kasut aje pun.. hehe*

x bley la pakai heels tu pegi school.
balik rumah sakit kaki.
turun naik tangga je selalu.
berdiri pulak lagi dalam class..
pheewww~
-_-"

nak beli sandal crocodile.
jadi boleh berjimat setahun, x payah beli kasut lain.
*ye ke?*

minggu lepas beli supplemen execap B *kot*.
x tahan, hari-hari letih kat school.
so beli vitamin, konon-konon nak tambah tenaga.
sama je. sebab sepanjang a week naik school, baru sekali sempat menjenguk kantin.
tu pun cume larat nak makan laksa.
sangat letih.

semalam, x masak.
penat punye pasal.
sampai rasa macam nak resign je jadi cikgu..
hadoiii~

lembik! *kate Mr Hubby*

pengantin 3/4 baru?

nak jugak tu!
hahaha~
dah 3 minggu kawen, baru nak upload pic kat fb..
sorry ye..

still pengantin baru lagi kan?
kate kak bai, lepas 3 bulan baru jadi pengantin lama..
;p

Saturday, January 1, 2011

01012011

teacher :: what date is today?
students :: 1 January 2011, teacher!

sedar x sedar kan?
dah masuk tahun baru.
equals to 26 Muharam 1432..
azam tahun baru muharam, dah buat.
tahun masihi punye cume add on je la.
sama aje pun..

mahu jadi isteri yg baik.
mahu jaga rumah tangga.
mahu bahagiakan En Hunny.

bila dah kahwin, semua yg kita buat pun akan ingat die.
rasa nya sebelum kahwin pun dah macam tu.
cuma bila lepas jadi "My wife sayang", semua kena lebihkan dia.

ramai yang tanya.. best x kahwin?
x tau macam mana nak jawab soalan tu.
haruslah best kan?
di beri peluang kongsi hidup ngan orang yg kita sayang.
masak untuk dia.
kemas baju dia.
semua yg ada kat dia, hasil dari sentuhan si isteri.
tapi, perjalanan masih jauh.
harapannye, semoga kisah perkahwinan Toen & Kema aka Nurul & Hazrul akan terus bahagia macam hari ni.
sampai hujung nyawa.
doakan-lah.


p/s I love you, Hubby!
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers