Pages

Monday, November 28, 2011

cepat sembuh ye..

aryssa kena ruam..
mak kate normal, sebab minyak dalam badan die baru nak keluar..
tapi aku sebagai mak memang cepat risau.
ruam merah-merah start dari kepala.
elok yang kat kepala, turun kat muka pulak..
ni tengah naik kat muka ngan leher..
kesian sangat..

x sanggup tengok..
tiap kali dukung dia, mengadu ngan hubby.
sampai aku yang kena marah..
huhuu~
orang tu dah la pening ngan darah tinggi die..
plus ngan aku yang dok sibuk mengadu tu..


cepat baik ye sayang..
mama sayang kamu ketat-ketat..

Tuesday, November 22, 2011

believe..

kepercayaan..
penting kan dalam relationship..
kalau x ada kepercayaan, susah la..
asyik nak cemburu.. curiga..

aku nak sangat percaya..
sebab aku memang percaya..
tapi, berita tu.
buat aku rasa macam ragu-ragu..

macam mana ni?

Friday, November 18, 2011

ditinggal papa~

malam ni mama dan Aryssa tidur berdua saje..
papa is going to Pasir Gudang for futsal tournament..
huhuhu~
Aryssa behave ye..

Wednesday, November 16, 2011

breastfeeding

semua orang dok cakap pasal benda ni lately, kan?
bagi BF sampai anak 6 bulan..
then continue sampai anak 2 tahun..

masa mula-mula preggy, ada pasang niat jugak.
tapi macam x serius sangat la.
then, bila dah bersalin, niat tu datang balik.
cuma masa mula-mula nak bagi direct to Aryssa, dia mengamuk sebab x cukup.
terpaksa call abang ipar mintak susu formula sikit.
kes x mahu anak kebuluran.
lepas bagi susu, baru la Aryssa tido sampai pagi.

esoknya, try bagi lagi BF..
tapi sakit.
then, jadi down balik.
sebab susu sikit.
hari-hari search internet apa yang patut dimakan untuk bagi susu banyak.
hubby belikan soya.. susu.. untuk tambah susu.
dia temankan aku pump sebab x dapat nak bagi direct pada Aryssa.
dia temankan aku tiap-tiap malam bila Aryssa bangun nak menyusu dan cuci drypers..

sampai satu tahap, aku menangis sebab Aryssa asyik mengamuk bila susu x cukup.
terpaksa bagi susu botol pulak.
ada satu masa tu Aryssa tersedak sampai muntah susu.
mama pulak yang menangis.
huhuhu~
hubby panggil aku..
:: meh dekat papa, meh..
aku terus tambah nangis la kan..

hubby kata..
:: kita kena sabar.
   masa dia kecik-kecik ni, dia x mintak ape-ape pun dengan kita.
   cuma mintak susu, tukar pampers.
   bila dah besar, macam-macam yang dia mintak.
   mama kena kuat.
   kan syurga di bawah tapak kaki ibu..

urm...~
sejuk hati..
Tq Mr hubby for the support.
sayang papa ketat-ketat! (^_^)

p/s Rasa macam sedih-sedih sikit sebab hubby nak pergi Pasir Gudang weekend ni main futsal.
      Siapa nak teman malam-malam kalau Aryssa nak manja-manja? huk!

Sunday, November 13, 2011

sebagai mama dan isteri

baru 11 hari jadi mama.
memang la sebelum ni dah memang mama..
tapi ni the real "mama" to a daughter la kan..
sangat mencabar.
sampai hari pun aku still x dapat lupa detik-detik melahirkan Aryssa.
dari saat sakit pinggang..
pecah air ketuban..
sampai la admitted kat wad, dan menunggu 24 jam untuk give birth.
kalau suruh tulis journal, confirm tiap saat aku x lupa.
huhuhu~
patut la Allah kata kita mesti utamakan mak in whatever situation kan.
sebab ni lah.. huhu~

besides jadi mama to Aryssa, i'm still "mama" to my hubby.
kat sini lah cabaran yang kadang-kadang buat aku agak tertekan.
lepas bersalin, nak kena pantang.
then, dalam tempoh berpantang kena pakai + makan segala bagai makanan.
nak bagi tambah susu utk Aryssa..
nak bagi body shape back to before preggy.
kalau ikut, sebelum pregnant pun aku x la slim.
chubby jugak.
tapi, since dah tengok kawan-kawan yang lepas bersalin badan mula mencanak naik, aku kena la prevent dulu kan.

malam, kena berjaga untuk anak.
nak-nak pulak dia dah pandai berjaga malam nak berpangku.
sangat stress bila dah bagi susu, tapi dia still x nak pejam mata.
susu x cukup ke?
bertambah stress bila hubby sedap main sms n Facebook masa aku tengah berhempas pulas susukan anak dengan rasa sakit.
*first time bagi breastfeed, sakit ok..*

kadang-kadang rasa macam give up.
sebab aku memang orang yang x tahan tekanan.
cepat sangat nak mengalah.
anak x boleh tido, mak yang melalak..
cane??
huhuhu~

tapi bila tengok muka suci anak kecik tu..
mengenangkan sakitnya bersalin..
buat aku rasa macam kuat balik.
sebab, hidup aku dah boleh dikatakan sempurna sekarang.
ada suami yang bertanggungjawab..
ada anak yang comel..
apa lagi yang aku nak, kan?
syukur..

p/s ni sesi motivasi untuk diri sendiri.. huhuhu~


Mama sayang kamu..
malam ni jangan meragam lagi ye..

Friday, November 11, 2011

=)

ini entry lapuk sebenarnye..
hehehe~
sebab hari ni baby dah genap 8 hari..
patut nye hari ni due date die.. tapi terpantas pulak..
x ape lah.. x larat nye ama nak tangguh tahan perut lagi seminggu kan..
yang penting baby selamat.. mama selamat.. =)

setakat ni, die baik-baik aje.
masa awal-awal balik tu dia meragam sikit.
maybe baru lagi, so susu x banyak..
mengamuk selang setengah jam..
hari ke2, sejam..
and die getting better and better day by day..
Alhamdulillah..

cuma ada satu hari tu, memang dia x nak tido awal pagi.
pukul 12 lebih berjaga sampai pukul 2..
mentalnya..
last-last, mama dia yang nangis kat papa..
sebab baby x nak tido..
huhuhu~

cabaran kan....

bak kata mak bidan...



:: kau ingat senang jadi mak? 



Nur Hanna Aryssa bt Hazrul Azrin

alahai.. anak dara mama.. hehehe~

Tuesday, November 1, 2011

DIA..



the one and only "mbah" i've had.
dari kecik, aku x pernah ada nenek.
since nenek belah ayah pergi sebelum aku tengok dunia.
then, inilah satu-satunya nenek yang aku ada.
nenek yang aku panggil "mbah" dari kecik sampai la sekarang.
dia lah nenek yang bawak aku naik basikal pergi kedai.
dialah nenek yang belikan aku baju batik masa pergi Penang.
dialah nenek yang hadiahkan rantai sebagai hadiah kawen hujung tahun lepas.
dialah segala-galanya lepas arwah atuk pergi.

sekarang, x ada lagi mbah..
x ada lagi orang yang akan telefon rumah bila hari hujan untuk minta teman.
x ada lagi orang yang telefon mintak hantar pergi kedai.
x ada lagi orang minta tolong pasang langsir tiap kali raya.
perginya DIA seminggu sebelum Hari Raya AidilAdha..
perginya DIA di tanah suci Mekah.
perginya DIA membawa sekeping hati yang tercapai hasrat akhirnya.
menjejakkan kaki ke tanah haram.

Mbah.. tenanglah mbah di sana.
di tanah lindungan Allah.
kenangan yang tersimpan, x mungkin dapat dilupa sampai bila-bila.
Semoga mbah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
hanya Al-Fatihah dan bacaan Yassin yang dapat kite sedekahkan buat mbah.
Al-Fatihah...



Salam sayang,
Nurul, Hazrul, dan bakal cicit mbah yang x sempat mbah jumpa..


pass baton!

hari tu post kekecewaan sebab x dapat attend kenduri cousin..
this is the fact.. huhu~
Mr Hubby x pegi pun keje..
x pegi game jugak petang Sabtu tu..
sebab.... Demam!
hehehe~

mula-mula, tunjuk protes jugak la..
tapi, aku kan lembut hati orangnye..
tengok dia bersin-bersin.. selsema..
pakai sweater pulak even dengan short.. hohoho~
pergi la jenguk dia dalam bilik tu..
pakai kan coolfever.. cool kan aku? hahaha!

jadi la aku nurse x bertauliah dari jumaat sampai ahad..
sudahnya, ahad malam dia pass baton lak kat aku.
hidung dah mula berair, kepala berat.
esoknya, Isnin aku pulak yg demam..
amek kau.. laki bini mc.
huhuhu~

nasib baik baby x keluar lagi..
kalau x, dengan baby sekali demam..


p/s 10 days more.. counting days.. huhu~
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers