Pages

Sunday, March 27, 2011

tak mahu masuk..

dah berape hari ntah badan x dapat zat cukup.
makan nasi, tapi x boleh habis.
semalam beli nasi bungkus 1.
aku cuma ambil 1/3 daripada nasi tu. dan tak habis.
muntah lagi ada.

tadi pun sama.
rasa macam perut dah ok.
makan nasi macam biasa.
tapi kuantiti makin sikit.
masak asam pedas ikan kembung.
30 minit lepas tu, keluar balik.
mula-mula lapar, lama-lama jadi loya.

mama masak tak sedap ye baby?
semalam makan cheeze choc x muntah pun?

Saturday, March 26, 2011

ada berita gembira!

little baby ada dalam rahim.
rasa nak senyum sampai telinga. (^_^)

minggu lepas kan dah lewat period.
cuba-cubalah nak check UPT.
takut la kan. kalau2 salah makan ke.. cian pulak yg kat dalam tu.
ada line, tapi keluar menegak plak.
sepatutnya 2 line melintang.
hadoii~
esoknya, beli lagi.
lagi 3. hubby suruh check terus. pukul 11pg.
keluar 2 red line.
tak berani lagi nak percaya.
tak apa, ade lagi 2 kan.
esok pagi check lagi.

pukul 3.00 bangun nak pee pee.
ada jugak.
bangun mandi 5.40, ada lagi.
apakah???

petang tu jugak pegi check klinik kesihatan.
alhamdulillah.. memang betul lah 2 line tu.
syukur..
hubby dah mula risau-risau aku nak buat kerja berat2.
minggu depan buat buku pink.
(^_^)

little baby, mama n papa is waiting for you.
jaga diri baik-baik tau..

Saturday, March 19, 2011

lambat lagi ke?

bulan lepas period lambat hampir 10 hari.
bulan ni dah lambat. patutnya 14 mac hari tu aku dah dapat cuti.
tapi hari ni dah 19 mac.
tapi tak ada tanda pun.
nak pegi beli UPT, x berani. kang kalau tak ada, macam mana?

haisssh!

penting!

ini sedikit review tentang majlis perkahwinan.
bukan majlis aku, majlis seorang kawan.

malam semalam, pegi Klebang hantar pengantin utk nikah.
katanya lepas isyak.
jadi, kami *lebih kurang 10 kereta* bergerak dari Pd pukul 6.15 pm.
singgah sembahyang kat masjid sungai udang, dah pukul 7.40pm..
masa nak gerak, tiba-tiba hubby kata mungkin nikah lambat sikit sebab pihak perempuan nak buat berzanji.
dalam hati dah mula kira-kira..
agak-agak pukul berapa aku nak sampai Pd semula.
x ape lah.. ikutkan aje. majlis orang.

sampai rumah pengantin perempuan, pukul 8.40pm.
jammed + hujan renyai2.
kami transit kat balairaya taman. tunggu majlis berzanji selesai.
kata ada minum, tapi takde.

lepas tunggu sejam, baru pihak perempuan panggil untuk akad nikah.
perut dah bunyi lagu zapin. sebab dah pukul 9.50pm.
akad pun ambil masa yang lama sebab ada 3 imam.
lepas akad, masing2 sibuk serbu khemah makanan.
yang ada cuma roti jala. nasi habis, tinggal sup saja.
lagi sekali.. watdehek!
perut aku mungkin boleh masuk, tapi perut orang lama-lama nih?
hubby pun ambil 5 gulung roti jala, n habis lagi cepat dari aku yang ambil cuma 3.
kesian la weihh..

pendapat aku la kan..

  • Pihak pengantin perempuan kena consider ahli rombongan pengantin lelaki datang dari mana. tak kisah la majlis apa nak buat. berzanji ke.. tahlil ke.. terpulang. tapi, kalau ur solemnization tu nak buat lepas isyak n ur hubby's family perlu ambil masa 2 jam untuk sampai ke destinasi, kena pandai la nak uruskan aturcara. All the majlis tu boleh tarik buat lepas asar. kan lebih sedap kat situ. rombongan lelaki tak payah nak tunggu lama. Lagipun, selalunya orang yang menghantar pengantin ni orang veteran. kan bahaya nak drive malam. jauh lagi tu.

  •  Lagi satu, communication pihak perempuan dengan rombongan lelaki. aku rasa, sepatutnya ada orang yang datang sambut kami masa mula-mula sampai. sediakan sedikit minuman dan alas perut kalau dah rasa anda ambil masa yang lama untuk majlis yang sepatutnya. lepas akad, waktu nak makan pun sepatutnya ada wakil dari pihak perempuan untuk jemput makan. semua tu kan adap sopan namanya. sediakan makanan yang secukupnya untuk rombongan.

    aku ni pulak bukan boleh.
    bila dah penat, tensi sikit mulalah nak tarik muka.
    nasib baik hubby ada.

    haishhh~

    tak patut, tau!

    Thursday, March 17, 2011

    tinggal 3 hari..

    sedih.. uhuk~
    cuti tinggal 3 hari je.
    cepat nya masa berlalu.
    tak terasa pun.
    hari ni ber-rilex-an kat rumah.

    kemas rumah, basuh baju yang dah sebakul penuh tu.
    masak.
    menu, simple je. ayam paprik ngan sayur tumis.
    sayur ape ntah nama dia. hehe~

    macam nak masak spagetthi, tapi ingat-ingat lupa lak cara nak masak.
    hehe..
    tekak tengah nak makan jambu batu plak.
    mesti sebab dah 2 hari berturut-turut makan buah tu kat segamat.
    nak-nak kalau sejuk-sejuk.
    sedapnye..
    haishhh~ selera boleh buat badan makin comel nih.
    =p

    oh!

    lamanya x update cerita..
    kejap lagi ya..
    sibuk sikit ni.. huhu

    Tuesday, March 8, 2011

    tensi!

    sangat tension.
    balik rumah, tidur.
    hubby balik pukul 6, baru bangun.
    kuatkanlah hati aku untuk teruskan apa yang aku dah pilih.
    berat rupanya jadi cikgu ni.
    hmmm~
    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie First Birthday tickers