Pages

Wednesday, August 25, 2010

mandi junub..

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…




*taken from Azarudin Bocheh*

quotes for today

Boys are like stars, there are millions of them out there..
but only one can make your dreams come true.

Tuesday, August 24, 2010

suka! hahaha~

yg ni, post suka pulak..
pagi tadi, Aida kadkahwinku.com call.
diorang dah terima order aku. and hantar invois..
boleh dapat kad 22 oct nanti..
x sabar nak tengok. mintak-mintak cantik cam yg diorang cakap.
huhu~

esok buat payment. RM480, and aku dapat 1000pcs kad.
hoo~ aku memang jaga budget!

p/s Tak sabar nak tunggu khamis.. =)

tak suka dan tak faham!

baca paper siang tadi..
rakyat Indon *betul ke rakyat? @ bangsa??* pijak bendera Malaysia.
baling tahi kat kedutaan kita di sana.
apa masalah diorang ni sebenarnya?
rasanya kita dah banyak bagi muka kat diorang.
kaum dia pun bersepah kat sini cari rezeki, kita orang Malaysia pun x kacau.
tak faham...

lagi, berita pasal bapak sembelih anak umur 3 tahun.
alasan, sebab sakit mental.
yg ni, aku x mau komen lebih.
pun x faham...

hari tu, cerita pasal budak dah mati kena dera dibuang kat stesen bas.
tengok tangan dia, aku rasa budak tu mesto comel.
sebab jari dia gebu-gebu.
mak kata, budak tengah sedap main.
apa masalahnya diorang nih?
x ingat ke sakit masa nak delivered baby tuh?
suka-suka hati je nak dera. buang?
x berbaloi la wei..
ko dah sakit, tanggung perut yg memboyot tuh sampai 9 bulan.
yg buang baby pun 1 hal jugak.
x cian ke tengok muka baby tuh yg comel gila?
sanggup nak buang dia rata-rata?
yg ni.. TAK SUKA!


*x mau letak pic, x sanggup nak tengok*

Monday, August 23, 2010

entahlah..

hari tu am texted. tanya nak keje x. ngan EON Bank..
customer services exec. aku nak.. tapii..
kalau lepas raya KPM panggil posting cane?
aku suruh je dia bagi resume aku tuh.
since celcom pun senyap je kan.
then pagi tadi ade call. no kl.
aku rasa maybe EON Bank. tapi aku x call balik.
biar-lah..

Sunday, August 22, 2010

apa??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
biar betul?
aku x ready lagi lah!!

jumaat lepas..

hari jumaat hari tu, kuar gi isi minyak kete.
aku kuar sorang, malas nak ajak mak.
sebab dah tau, mak mesti x bley nak tinggal favourite drama dia kat tv sampai petang. huhu~

pas isi minyak, pegi terjah Iris Wedding House, tengok bunting/banner.
dia buat bunting satu RM45. banner pulak 1 kaki RM3..
kalau nak design sendiri, kena add up lagi RM30..
aku tengok design diorang biasa sangat, x menggoda aku..
nanti mintak En Hunny tengok kat sana pulak.

then pegi jalan-jalan. pusing cari baju.
dah lama x shoping baju rasanya. tapi, standard la.
x banyak yg menarik kat sini. huhu~ sambar t-shirt je.

pegi DKay.. cancel wedding package yg amek kat dia.
dah agak, deposit bakar nacam tu aje.
tapi, diorang x terfikir ke. majlis lama lagi.
plak tu, call shasha nyah x dapat. office pun x dapat.
x ke haru kalau tiba-tiba on the big day diorang x muncul?
naya..

then, balik call kadkahwinku.com.
tanya balik pasal kad kawen yg buat aku bergaduh ngan En Arnab Hunny.
still available, n x payah nak add payment if nak letak pic n printed sampul.
pastu call Anuar Lumiere, nak cancel kad.
harus-lah mamat tuh keluar lenggok-lenggok dia x bagi aku cancel.
konon deposit bakar camtu jerk. even aku dah explain kat dia yg aku ada amek boxes of cakes kat dia.
degil betul lah. kan cuma draft?
dia kata, if aku nak cancel boleh. tapi En Hunny punye side kena on-lah.
then aku call lah En Hunny balik.
dia suruh call balik Lumiere, cancel kad aku tapi on kad dia.
buat 1 side je, x payah masuk majlis kat segamat.
nasib baik ok. kadang tu rasa macam mengada sangat je aku ni.
degil! tu yg En Hunny cakap. kalau nak 1 benda, selagi x dapat selagi tu la asek dok cakap je.
alaaa~ selalu macam tu pun kalau benda tu aku rasa betul.
mesti la aku menegakkan apa yg aku rasa betul, kan?

Wednesday, August 18, 2010

beli online, secure-kah?

aku dah usha kad kahwin yg aku post hari tu kat kadkahwinku.com..
tapi kalau beli online, secure x?
semalam aku bgtau kat En Arnab Hunny, pasal kad kawen yg aku survey tuh.
macam biasa.. harus lah dia bengang ngan aku. sebab kad yg ari tu dah kira confirm. aku cakap, nanti aku try call org tu. tanya boleh x if aku nak cancel.
tapi aku nak tanya dulu la kat staff kadkahwinku tu. macam mana procedure if aku beli thru online.
location kedai tu kat kajang. ingat nak pegi terjah. minggu depan kan misi mencari barang hantaran plak.
tapi takut En Hunny x larat, bulan puasa plak tuh. macam mana ekk nak bagi dia ikut aku dengan rela hati?
macam mana nak racun sang madu nih. aduss~

aku tengok kat blog B2B nih, dia beli cincin untuk hubby dia kat goldheart midvalley. ingat nak peg usha-lah.
skang, aku ada some places yang dah terjah-terjah dalam kepala.
mana yang aku nak angkut sang madu pergi.. *kalau dia sanggup.. uwaaa*

nak pegi midvalley.. nak pegi klcc.. nak pegi SOGO. n if mampu, nak pegi kajang..
erkk~ melampau-kah permintaan aku di bulan puasa nih?
nak carik baju raya kat jalan TAR jugak..
huhu~
macam mana nih.....

zip

not in a good mood

Monday, August 16, 2010

all my life

Baby (x11)

I'm So Glad...

I Will Never Find Another Lover
Sweeter Than You
Sweeter Than You
And I Will Never Find Another Lover
More Precious Than You
More Precious Than You
Girl You Are..
Close To Me You're Like My Mother,
Close To Me You're Like My Father,
Close To Me You're Like My Sister,
Close To Me You're Like My Brother
And You Are The Only One My Everything
And For You This Song I Sing....

All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Thank God
That I..That I Finally Found You
All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Hope That You Feel The Same Way Too
Yes, I Pray That You Do Love Me Too

I'd Send You All That I'm Thinking Of........Baby

Said I Promise To Never Fall In Love With A Stranger
You're All I'm Thinking Of
I Praise The Lord Above
For Sending Me Your Love
I Cherish Every Hug
I Really Love You

All My Life (Ohhhh..Baby, Baby)
I Prayed For Someone Like You
And I Thank God
That I...That I Finally Found You
All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Hope That You Feel The Same Way Too
Yes, I Pray That You Do Love Me Too

You're All That I Ever Know,
When You Smile All My Face Always Seems To Glow,
You Turned My Life Around,
You Picked Me Up When I Was Down,
You're All That I've Ever Known,
When You Smile My Face Glows
You Picked Me Up When I Was Down
Say...You're All That I've Ever Known
When You Smile My Face Glows
You Picked Me Up When I Was Down
And I Hope That You
Feel The Same Way Too
Yes, I Pray That You Do Love Me Too

And All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Thank God
That I..That I Finally Found You
All My Life
I Prayed For Someone Like You
Yes, I Pray That You Do Love Me Too

All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Thank God
That I ..That I Finally Found You
All My Life
I Prayed For Someone Like You
Yes, I Pray That You Do Love Me Too


And All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Thank God That I...That I Finally Found You.....

i dont wanna miss a thing

I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Where every moment spent with you is a moment I treasure

Don't wanna close my eyes, I don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you baby and I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you the sweetest dream would never do
I'd still miss you baby and I don't want to miss a thing

Lying close to you feeling your heart beating
And I'm wondering what you're dreaming
Wondering if it's me you're seeing
Then I kiss your eyes and thank God we're together
I just wanna stay with you in this moment forever, forever and ever

I don't wanna close my eyes, I don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you baby and I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you the sweetest dream would never do
I'd still miss you baby and I don't want to miss a thing

I don't wanna miss one smile, I don't wanna miss one kiss
I just wanna be with you, right here with you, just like this
I just want to hold you close, feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment for all the rest of time

Don't wanna close my eyes, don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you baby and I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you the sweetest dream would never do
I'd still miss you baby and I don't want to miss a thing

I don't wanna close my eyes, I don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you baby and I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you the sweetest dream would never do
I'd still miss you baby and I don't want to miss a thing

I don't wanna close my eyes, I don't wanna fall asleep
Yeah, I don't wanna miss a thing

bunga-bunga

si dia pegi tonton wayang dengan kawan-kawan.
si saya melayan lagu depan laptop.
huhu~
lama nya aku x karaoke, meNYUMBANGkan suara untuk orang ramai.. haha~

*ayat 1st aku skema gile kan? x tahan..*
biarlah.. minggu lepas dia dah dengan aku kan.
so, haruslah minggu ni epul rindu kat dia plak. haha~
adil btol tunang saya pada orang kesayangan..
=p

godek-godek laptop tadi. jumpa lagu Aerosmith ngan KC n jojo..
evergreen sangat lagu tu. sweet honesty plak lagik..
dengar banyak kali. jatuh cinta sudah pada kaum lelaki.
*haruslah En Hunny yg ambik tempat kaum lelaki tu..*

words dalam lagu tu buat aku rasa nak ulang tayang balik moments yg aku share ngan En Hunny. semuanya.
dari mula kawan, couple, tunang n counting days.
betul-lah. seronok rupanya buat macam ni.
rasa rindu gedebuk gedebak dalam hati.
macam mana agak-nya diorang boleh compose lagu macam ni ekk?
salute-lah..

Saturday, August 14, 2010

kad kahwin lagi..

 

aku nak kad kahwin macam ni lahhhh~
bley dapat less than 60 cent tahu?
tolong lah.. aku nak cancel yg hari tuh..
=(

fynn jamal..

siapa fynn jamal??

lawyer?
majistret?
.
.
.
apaaa??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
poetry??



yee..
dia poetry. n skang dia sudah jadi penyanyi.
*aku rasa lah.*. haha
aku google sikit je pasal dia.

 ni la fynn jamal..

a friend tagged lagu pada aku.
after download, dengar sikit-sikit.
lama-lama rasa lagu ni sweet gilak!
aku sangat suke tang...

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--

saya kenal sayang saya”

heyyy~ kenapa sweet sangat huh?

 

Friday, August 13, 2010

opps..

hari ni aku jatuh cinta.
dia sangat menyentuh hati.
tingkah nya sangat comel. buat aku sangat jatuh hati.
sungguh! x tipu..
aku suka dia.
sangat!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 

tapi takut nak pegang.. huhu~

....................

dot dot yg lagi panjang dari yang lepas.
haha~
aku tengah surf internet. tengok handbag cantik. kasut cantik.
saje tengok, cari ilham nak beli untuk hantaran nanti.
En Hunny ajak hunting barang hantaran hujung bulan ni.
hehe~ can't wait actually. dah lama x shopping. nak beli baju raya.. yeayy!
so this two weeks weekend kena bagi En Hunny kerja, cari duit raya. =)
cian dia. dapat tunang cam aku nih. huhu~
nanti aku dah kerja, aku beli la untuk dia pulak.

tengah dok surf, ternampak handbag guess nih. adore, tapi kecik lah pulak.
 
bagi aku dah cantik dah ni. 

nak yang kecik ke yang besar ekk? kalau kecik, kang x muat nak letak my stuff.
kalau besar, x comel lak.
hari tu kat SOGO, nampak guess ke gucci ntah. kaler putih. cantik. tapi, mahal.
huhu~ out of budget lah sayang.


 
cani pun smart gak kan. 
satu tali. aku suka. 
some more, x besar. x kecik. 
masih guess..
 
 
this one is sembonia.
pun smart.
pic taken from kakak Pencinta Merah..
 
still surfing for kasut lak nih.
x sabar nye nak shopping! haha~
n also buka puasa dengan En Hunny. 
first time buka sama. huhu~
tahun lepas, siap bergaduh n nangis-nangis aku. sebab dia x faham aku punye hint.
aku cakap kat dia nak balik umah sewa kat kL, nak buka ngan Odah n Kiela.
cuti dari jumaat sampai ahad. so aku harap ade satu hari untuk aku buka puasa sama-sama dengan dia.
tapi dia x dapat nak catch up maksud aku. dia ingat aku nak buka ngan kawan sepanjang 3 hari tu.
hadoiii~ sadis betol! 
 
 kenapa!!!
 
so.. couple x sempat nak buka sama.
this time, harap dah jadi tunang boleh la buka sama.
insyaallah, tahun depan buka sama as hubby n wifey.. *malu*


Monday, August 9, 2010

misi kad kahwin

sabtu lepas, aku pegi Umbai.
bukan nak makan ikan bakar-lah. huhu~
gi tempah kad kahwin n mak En Hunny nak beli doorgift.
kitorang gerak ber4.. *aku, En Hunny, mak minang n ayah minang*
tunggu syahir kat restoran jejantas ayer keroh. sebab dia guide sampai sana.

Lumiere.. tu la tempat nye.
aku mula-mula x brape berkenan ngan kad kawen dia.
mahal 1 hal. x lawa sangat lak tuh.
mb mahal tang kertas ala-ala kertas minyak utk cover dia.
harga kad, 80sen. print nama kat sampul, add up 10 sen sekeping.
total kad kawen, 90 sen.
aku target nak yg paling mahal pun 60 sen jerk.
sebab aku dah bajet-bajet utk tu.
aku cakap kat En Hunny, aku x berkenan. dia kata, nape x cakap kat kedai tadi..
macam mana nak cakap.. syahir dah bawak datang sana jauh-jauh.
then pegi ngan mak ayah dia pulak.
tak kan aku nak wat perangai bukan-bukan kan.
huhu~

sampai sekarang still x puas hati n rasa nak cancel jerk kad tuh..
tapi.................

masih in love~

tengok title post aku nih..
masih lg di cloud 9.. hehe
pagi tadi aku bangun awal gila.
6.15am, aleeya masuk bilik nak cari tudung skolah aku trus bangun.
slalu aku malas-malasan kat katil tunggu 6.30.. baru nak kelam kabut. huhu~

En Hunny Bunny lum bangun.
hujan pulak. mesti syiok tido kan.. aku je terpaksa bangun awal n x boleh tido balik pas subuh. huhu
aku alihkan kete En Hunny, sebab nak bawak kete aku keluar.
mati-mati kete orang tuh.. sebab manual.. hadoyai.. memang fail!
hantar hazriq n aleeya g skolah, singgah 7e cari planta n biskut marie. nak buat bekal kek batik utk mak n adik En Hunny.

aku sampai rumah, dia dah bangun. kat depan tv ngan ayah. rupanya dia dah bangun masa aku baru nak keluar tuh. tapi lambat sesaat.. huhu~ kalau x dia nak ekut aku hantar diorang g skolah.
aku bawak dia pegi dapo, suruh dia makan pisang goreng sementara aku masak coklat utk kek.
ngade-ngade, nak suruh bfast pun nak same-same. *dalam hati rasa nak lompat sampai siling.. haha*

teman dia bfast. borak-borak. seronok. (^_^)
lepas bfast, mak kata nak pegi ambik rambutan kat umah nenek sedara.
aku ajak la g ngan kete, bley amek banyak sket. ajak En Hunny skali.
dia ikut je. *suka.. sebab dia pandai adapt ngan family aku*
sampai sana, cukup 2 guni rambutan mak kait. aku ngan dia tukang kutip.
nenek suruh ambik buah dokong. tapi kena panjat.
aku risau nak bagi dia panjat, sebab pokok basah. kang kena amek mc cap segamat plak.. haha~
skali dia panjat ok jerk. aku lupa la plak yg dulu dia penah ponteng claz tadika kat atas pokok.. =p

balik rumah, siapkan baju dia. tengok ali baba & 40 penyamun.
kata nak balik pukul 9.30am. tapi mata melekat kat tv lagi. mak lak dah sibuk masak kat dapo.
sudah nye, aku paksa dia balik lepas makan. =p
pukul 11.30 baru balik.
aku bekalkan dia kek batik, rambutan seguni ngan buah dokong yg dia panjat tadi.
n aku selit kad kat dalam plastic bag dia. x tau nak bagi ape.
aku appreciate gile dia sanggup datang sini. tido sini. layan ayah borak.*sebab ayah susah nak rapat dengan orang luar*
sebab tu sampai sekarang aku still rasa in love dekat dia. 200%!
haha~

saba nurul. refer ticker tu dulu aeh??
4 month ++ lagik..
;)

Sunday, August 8, 2010

terharu ke??

hehe~
aku tak tau la nak cakap aku terharu atau apa.
yg pasti aku suka n aku bahagia.
En Hunny Bunny hantar aku balik petang tadi.
masa kat PD, dia dah state awal-awal yg dia rasa sangat malas nak drive balik rumah lepas hantar aku tu.
aku cuba tangkap apa maksud dia.
dia ni x nak balik ke ape..

aku terus racun la..
"pa tido la segamat.."
haruslah hasut sang Arnab..
dia x bagi respons pun..
then, aku tanya dia balik.
dia malas nak drive hanta aku ke @ dia malas nak drive balik PD..
dia kata dia malas nak drive balik PD.
bagi hint kah mamat ni? huhu~
last last, aku suruh je dia tido segamat.
abeh cite.
lagi pun kitorang gerak dari PD tu pun dah pukul 2 lebih.
drive se-perlahan yang boleh..
*kalau laju kang cepat sampai.. aku suke waktu yg aku habiskan dengan dia dalam kereta*..
dan sekarang, dia dah pun pengsan kat bilik idil.

kata nak tengok MU vs Chelsea.. tengok dalam mimpi aje lah cik abg sayang..
hehe~
anyway, thanks..
ma banyak gelak je sepanjang 3 hari ni.
x pernah gelak macam tu ngan papa..
i really love you..
so much!

Thursday, August 5, 2010

serabut..

petang tadi aku jumpa vendor katering.
with mak, ayah n aleeya.
sebenarnya, aku still pening lagik. ye la, mak order makan untuk 1500 orang.
then aku tempah kad pun untuk 1500 orang. kire makan tuh, dah double jadi 3000 orang ke ape?
aku pening la ngan mak.
aku cakap kat dia.. kalau dia tempah makan untuk 1500 orang makan, should be kad kawin dalam 800 cukup la kan.
tapi ayah kata, kampung plus taman jerk dah 1500 family.
means, yg makanan mak order tu x double lagi la kan.
habis tu, aku nak tempah kad kawen berapa pcs??

yg En Arnab plak,aku call tengah hari tadi time rehat, nak angin-angin.
pastu, malam keluar x cakap.
some more. pegi tengok wayang.. pun x cakap.
lepas aku provok, baru la nak cakap.
buat aku tawar hati nak pergi sana esok.
serius..
dah balik pun, x reti nak call. semalam kan dah ajar..
sakit hati..

merajuk??
harus lah!

Tuesday, August 3, 2010

lelaki itu..

malam tadi aku pening..
lumrah aku la.. suka fikir banyak n benda jadi lebih complicated after that.. huhu~
pukul 11, tutup fesbuk n tunggu dia call.
hati dok seru-seru nama dia.. x dengar ke hati saya panggil awak ni???
mungkin traffic jam kat highway *wink*.. lepas sejam baru la dia dengar suara hati aku..

1st call, aku x angkat. geram. 2nd call, terpaksa angkat sebab dia cuma akan call 2x max.
then if x pick up jugak, dia akan terus message "gud nite ma". Owh tidaaakk!

aku pening pasal kad kawin n katering.
hari tu ayah dah sampai merajuk dengan mak sebab mak x nak call balik vendor tuh. al-kisah, ayah dah call pun. cuma nak mak call balik untuk confirm menu n what so ever. tapi mak salah faham.. mak ingat ayah saje nak tolak semua benda dekat dia. aku yg kat tengah-tengah ni la yg tension. bila dah tension, mula la rasa x nak kawen.. huhu~ buruk perangai

aku cerita dari a-z apa yg aku rasa. apa yg buat aku pening bak gaban. dan macam biasa, dia memang pandai handle aku. cakap dia lembut je.


1st thing 1st, dia suruh aku duduk bincang bertiga. bukan kejap cakap ngan mak, lepas tu cakap dengan ayah. benda akan jadi lebih serabut sebab aku jadi orang tengah dan mungkin akan terpengaruh ngan cakap salah sorang dari diorang. *nampak nye betol.. huhu*

then, bincang pasal vendor. sebab dari situ kita akan tahu berapa orang yg akan kita jemput, n berapa keping kad nak buat. aku ingat start from card, baru fikir makan. terbalik sudah.

dia kata, aku kena rancang betul-betul. sebab belah family aku, ni kali pertama nak buat majlis besar. dia dah yg ketiga, so x de masalah. mak ayah dia dah ada pengalaman.

hmm~ senang je kan dia settle kan ape yg menyerabutkan aku sejam lepas.
aku yg dah rasa macam x nak kawen dah tadi, terus rasa
"mak.. kawenkan aku dengan lelaki ini secepat mungkin!" *miang*

sungguh..
sekarang baru aku sedar. *sebenarnya dah banyak kali sedar. tapi buat-buat pengsan*
aku sangat bersyukur. sebab...

:: dialah lelaki yg aku pernah, tengah n akan sayang sampai bila-bila.
:: dialah lelaki yg bakal jadi suami aku.
:: dialah lelaki yg bakal jadi anak mak n ayah aku nanti.
:: dialah yg bakal kongsi hidup dengan aku.

semoga dia akan terus jadi lelaki itu.
semoga ALLAH panjangkan jodoh kami. Aminn~

buat En Hunny Bunny.. terima kasih kerana menjadi lelaki itu.

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers