Pages

Saturday, October 30, 2010

homework? penting tau!

petang tadi TERtengok cerita bintang kecil.
anugerah kanak-kanak yang bersuara sedap.
pengacara dia cantik.
tapi, cantik je x cukup dik.
jadi pengacara kena banyak buat homework.
lagi pulak majlis yang besar macam tu.
yang ada YB..

dia macam teragak-agak nak cakap.
selalu tengok paper que.
apa skrip lepas ni.
sangat bergantung pada notes tu.
spoil betol.
nasib baik pengacara lelaki tu dapat nak cover.

p/s aku pernah teringin.. tapi orang pemalu mcm aku ni boleh ke jd mc? haha

Thursday, October 28, 2010

guru pengiring..

hari ni, i've got second job as guru pengiring.
hari tu bawak budak pegi majlis sahabat anti-dadah peringkat kebangsaan.
hari ni jadi guru pengiring utk team futsal perempuan sekolah.
ada game utk budak Form 3, main kat SDASA.

aku? Futsal? hehe~
kelakar.. =p

tapi guru pengiring je.. okay lah kan.
bukan coach pun.
dan hasilnya, student aku jadi champion.
juga mewakili daerah utk peringkat negeri kat Paroi 10/11/2010 ni.
and the best part is, diorang langsung x training ape.
hahaha~

team lelaki pun dapat no 3 je tau!
the next game, x tau la involve ke x.

next 9/11/2010, bawak budak utk sambutan VIP.
majlis anugerah kecemerlangan.
again, as guru pengiring..

Wednesday, October 27, 2010

dah siap!

kad kawen dah siap..
(^_^)/

ahad ni pegi ambik..
x sabar lah..
cantik x ekk??

si mulut long dot dot dot.

dah jumpa!
seorang yg banyak mulut di sekolah.

"bukan ko ke semalam yg jalan ngan pakwe tu?"
"ala.. PD ni bukan besar pun.."

hello cik akak~
tu bukan pakwe-lah..
tu tunang saya.. aka bakal suami.
x boleh ke jalan dengan dia?
apa daaa~

ingat aku ni student ke nak tegur macam tu sampai dengar satu bilik guru?

Saturday, October 23, 2010

2nd convo

graduation day.. =)


birthday dia..

last Thursday was birthday dia.
nak buat ape ye? hehe~
Last2, ain bagi idea. masyuk punye.. huhu~
plan awal, tapi last minute baru done.
gila! kena marah ngan ain lagi.. haha

last week hari busy saye lah..
isnin cuti, tapi busy kat segamat.
pegi pejabat agama. jumpa imam. imam plak pegi jb.
pastu, jumpa kak ida aka mak andam. TERjumpa baju baru. tuka kaler lagi..
haha~ kak ida sound :: jangan nanti kau datang nak nak tuka kaler lagi dah la..

selasa, dah siap2 nak pegi Tiara Beach Resort, PD.
bawak budak untuk sambutan Majlis Alumni PPDa peringkat kebangsaan.
kena tido sana semalam.

rabu petang, ada meeting koperasi.
lepas meeting baru free sekejap. rushing jumpe sha, amek cupcakes.
ni pun baru order last nyte. hahaha~
nasib baik dh register as regular customer.
lepas tu jumpa ain, print wording kat tabika dia.
gantung semua kat situ.
called Epul, kawtim pasal malam nanti.
aku x boleh nak keluar malam tu.
so kena mintak tolong ain n bf tolong gantungkan words tu kat ten ten.
sebab kat situ line clear sket nak gantung2 n captured by cctv.
ain jugak yang beli bunga. *sayang kau lah* haha~
pukul 11.30pm, ain call.
aku boleh tertido plak.
rushing lagi keluar, pegi ready tempat.

finally..

ni piccas from screen kat bilik cctv.

ini birthday boy saye.. 

made by sha..

khamis, tengok wayang ngan Epul, Eqa, Ain n Abg Lan.
jumaat karaoke ngan Ain n Abg Lan.
sabtu, masak di rumah bersama-sama.

(^_^)v

Daaa~

Thursday, October 14, 2010

confirm!

aku pegi jugak konvo akhir nye.. hehe~
berjaya hasut En Hunny.
ayah ngan mak x dapat pegi.. *sedih*
maybe idil ngan hazriq je yg ekut..
x ape lah..

siang tadi pegi rumah sewa kak zana *clazmate UPSI*..
best rumah dia.
nanti dah bawak barang mesti lagi best.
dia kreatif..
pegi rumah dia tadi pukul 4++ pm.
balik pukul 7.15 pm..
seronok kau borak sampai terkotorkan rumah dia..
hehe~ ampun kak..

minggu depan on 19-20/10/2010 kena bawak budak pegi Tiara Beach Resort.
majlis dengan KPM n Petronas, Program Pencegahan Dadah.
macam mane lah muka budak-budak tu nanti aku kerjakan ekk?
huhu~

Sunday, October 10, 2010

hey!


equals to 69 days..

cepat nye..
terasa nak buat something sweet hari ni.
10/10/10.
tapi, ape ye?

sekolah saya

lama betul x update story mory.. hehe~
sampai lupa last entry bertitle apa.
jap, tengok post lama..
.
.
.
.
.
.
.
.

owh.. pasal en tut.. *sensored* rupanya.
huhu~

biarlah dia.
hari tu dia add aku di facebook.
maaf, x boleh nak confirm. so i letak u kat senarai ignore aje.. huhu~

dah nak masuk 3 minggu kat sekolah.
banyak gila job aku dapat.
bermula dengan jadi cikgu koperasi.
next was jadi guru penasihat untuk Kelab Kebudayaan dan Fotografi, Kelab Bomba dan Bola Sepak.
hambik kau. bola sepak.. jangan main-main.
nampaknye, lepas ni kena rajin-rajin amek tuisyen ngan En Hunny la.. haha~

minggu lepas, jadi cikgu relief saje.
dari kelas depan, sampai kelas belakang aku masuk.
paling mencabar, 1 Gemilang.
nama pun gemilang kan, sakit mata dan tekak lah aku kat situ untuk 1 masa.
huhu~
sepanjang masuk kelas, aku cuma berkenalan, n buat game sikit.
nampaknye, aku kena prepare something untuk aktiviti dalam kelas lah.
boring, tambah sengsara kalau kena relief untuk 2 masa. 80 minit kau tau?

minggu lepas, kena relief budak form 3.
nama je nak exam, tapi bising macam budak darjah 2.
aku denda sorang budak berdiri sebab bising.
hampir 20 minit, baru aku suruh duduk.
menjerit tu, normal lah.
nak lawan suara budak yang 36 orang tu.. seksa!
sampai ada budak tegur :: merdu suara cikgu!
aku debik sebijik kang, tahu lah!

kat rumah, practise jadi cikgu garang.
x nak jadi cikgu lembut.
*even En Hunny dan kawan-kawan ketawa bila aku keluarkan statement tuh*


apa?
aku ni x garang ke?


minggu depan balik kampung.
yeayy!

Friday, October 1, 2010

be brave!

hari tu am texted kat google talk.
saying something yg aku nak dengar sangat dari mulut dia setahun setengah yg lepas.
goshh~ kenapa lah baru sekarang dia nak mention pasal benda tu?
x apa lah. ada hikmahnya.

bagi aku, usia sesuatu hubungan tu x penting sangat.
memang lah, makin lama kita kenal dia makin banyak benda yg kita tahu.
for me, i'm looking for the man yg betul-betul tahu apa yg dia nak.
yg x takutkan komitmen.
ready to be "someone's".
aku pernah tunggu, tapi tu dulu.
cukuplah aku bahagia dengan hidup aku sekarang.
walaupun selalu nak gaduh.. *darah manis nihh*

sikit lagi nak kantoi ngan En Hunny..
hadoyaii~

new place

i'm here in Port Dickson.
x sangka sebenarnya dapat posting sini.
alhamdulillah.. semua kata "dah jodoh.." Amin~
dah cukup 5 hari aku kat sekolah.
jadual dapat tahun depan. subjek kau?
BM kot.
sedang cuba untuk sesuaikan diri dengan environment baru.
wish me luck, yaa~

sekarang, aku tumpang rumah mak minang.
rasa nak keluar cari rumah sendiri, tapi banyak sangat bantahan.
ayah minang suruh aku duduk sini sampai cuti hujung tahun.
memang lah dah x lama, tapi bukan ke nanti muka aku dah basi kat sini?
hadoyaii~ konflik dalaman betullah.
ayah kata, kalau agak-agak x de kawan tu x apa lah tumpang situ.
cuma kena jaga tatasusila. x boleh buat macam rumah sendiri.

sebenarnya, aku rindu diorang.
sudah rasa homesick.
rindu kat Aleeya.
tapi minggu ni x boleh balik.
esok majlis kawan En Hunny *abg mizi*..
En Hunny suruh balik segamat dengan dia.
walaupun diorang kat sini sangat baik, tapi i really miss keserabutan orang ramai kat segamat.
mintak-mintak minggu depan x de halangan.
nak balik!
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers