Pages

Friday, October 28, 2011

cousin's wed..

sorry, can't attend ur wedding.. huhu~
reason?

:: papa kena keje pagi tu.. x ada orang ganti.. *TIPU!*
:: petang ada game, x boleh escape.. *TIPU!*

Thursday, October 27, 2011

belum-lah!

minggu lepas aku x ada 4 hari kat skolah..
datang skolah hari isnin je, then induksi selasa sampai khamis..
jumaat, tiba-tiba kena pergi taklimat khas untuk guru koperasi.
lepas tu terus cuti sampai la Deepavali.
hari ni baru datang sekolah..
lalu sebelah kelas Tingkatan 1 Arif, terdengar sesuatu..

:: weiii~ cikgu Akmar belum bersalin lagi la.. tu dia datang..

hahaha~
rupanya begitu..
cikgu-cikgu pun ingatkan aku dah bercuti..
sampai ada yang kata..
:: bila nak bersalin ni? ko ni macam x nak bersalin je...

huhuhu~ nak..
hari-hari tido dalam debaran tau. *ayat x bleh blah*
dah mula sakit belakang tiap kali nak tido.
telentang, pinggang x leh nak mengiring lagi.
meletup-letup rasanya. sesak nafas jangan cakap lah kan..
makanya, hubby terpaksa jadi tukang urut tetap dan tidak berpencen lah sepanjang tempoh preggy ni kan..

baby memang dah rasa berat ke bawah.
nak-nak kalau duduk kat lantai buat kerja.
dah x mau membongkok lagi.
senak! huhu~
kakak-kakak kat skolah masing-masing dah cakap..
:: dia dah nak keluar tu.. perut dah turun..

erkkk~ menambah debaran mama la syg..


p/s Bile baby nak keluar ye? hehehe~

Monday, October 24, 2011

geram!

pergi mahkamah tadi.
nak ambil cop untuk surat akuan sumpah.

sampai-sampai je, pakcik tu bagitahu..
:: ni kena buat bayaran ye. tapi kaunter dah tutup pukul 3.30 petang tadi..
:: sekarang dah 3.35 petang.
:: datang esok je lah~

pakcik tu tanya kejap kat perempuan India, si pesuruhjaya sumpah.
pakcik :: boleh ambik tak satu ni?
makcik India :: esok pagi saya ada. ni nak anta bank dah..

tipu kan??
sakit hati sebab keluar tu cuma nak ambik cop.
apa salahnya ambik satu customer ni?

nak salah kan siapa ye?

patut ke tidak?

hehehe~
semalam, pagi-pagi dah merengek nak keluar.
dari hari tu lagi ajak hubby keluar dating..
kes boring duduk kat rumah la ni..

jadi, buat trick macam-macam nak keluar even hubby kata pening kepala pagi tu.
picit-picit sambil jual minyak..
ajak pergi Putrajaya..
nak berjalan, x hengat perut dah sarat. perasan gagah la pulak! huhu~
tapi, ajak punya ajak.. hubby lari masuk bilik pulak.
maka, aku diam aje la..
sudahnye, diam sampai ke petang.

maknanya, dah merajuk la tuan empunya badan ni kan.
semalam janji nak keluar breakfast.
tapi masing-masing buat breakfast sendiri kat dapo.
dia buat horlick, aku buat kopi.
dia makan biskut tiger, aku makan telur goreng.

pastu masuk bilik, tido.
petang pukul 2++, baru tanya..
:: mama nak keluar ke? *aku dah merengek-rengek, baru nak tanye?*
:: mama lapar x? *soalan ni lagi la hangin..*

dengan muka sedih, aku siap-siap..
dia pulak sibuk nak picit-picit belakang la..
nak sayang-sayang la..
*malas nak layan*
mata dah merah kan, mana nak layan orang gedik-gedik camtuh!

siap-siap, keluar pergi makan kat mamak.
mamak PD je okeh!
then heading to Carrefour Rahang.
x sampai sejam, dah keluar.
beli ape? *HANYA pampers bby + coklat*
lepas tu balik.
aku dah tarik muka lagi.
siap merayu, :: mama x nak balik rumah..
tapi, x de respons pun..
dia cuma membebel, bgtahu aku dah sarat.
kaki dah lenguh-lenguh..
x larat nak jalan.

owhhhhh~ tension nye mama, nak!
makanya...
nak terus merajuk ke, x?
huh~

Saturday, October 22, 2011

dia sudah 28..

semalam birthday hubby..
bangun pagi tu, memang dah ingat.
sengaja x nak wish..

pagi, datang sekolah kena pergi taklimat koperasi pulak kat SHAMs..
sesat-sesat aku dengan Lucy cari sekolah tu.
rupanya pernah lalu, cuma dah lupa jalan.

balik tu singgah rasah kemayan pulak, amek cupcakes untuk suprise kan hubby..
pun sesat jugak..
memang perjalanan penuh liku betul.. hehehe~

ni cuppies hubby..



suke.. =)
slalu order kat kinah, tapi dia kursus plak kat Langkawi..
terpaksa cari bakers lain..
tumpang cake kat rumah mun..
sebab x de hadiah, beli bouquet utk hubby..
6 kuntum je..

balik rumah dari seremban tu, hubby dah mula cakap-cakap..
:: mama lupa nak buat sesuatu kat papa hari ni..
eik.. dia ingat rupanya hari ni birthday dia..
wish la jugak.. jaga hati..
then, petang dia balik training tu baru bagi cuppies ngan bunga kat kedai maksu..
plan dengan mun+jack..
cian hubby..
kena campak dalam lumpur rupanya.
dengan badan berbau tu, jack ajak lepak minum pulak..
rupanya ada konspirasi sikit ye.. huhuhu~

anyway, happy 28th birthday dear hubby sayang..
semoga kasih sayang kita semakin bertambah, keluarga kita semakin bahagia dengan kehadiran baby bulan depan.. *insyaallah.*
mama n baby sayang papa ketat-ketat!
=)

dah balik..

alhamdulillah..
selamat pulang dari induksi.. =)
tempat kursus pun x jauh.. bagan lalang je..
tapi kuasa Allah kan, nasib baik selamat semua nya..

masa pendaftaran pun dah kena tanya dengan urusetia.
"dah berapa bulan?"
erkk... :: 7.. huhu~
sorry sayang, mama terpaksa tipu sikit uncle tu..
nanti dia suruh mama balik pulak..

member group ok, rumet pun ok..
bila terjaga malam, ia pulak yang ikut terjaga.
tanya ok ke x..
takut terbersalin kat hotel kot.. hehehe~

semoga dengan kekuatan baby dan izin Allah, mama lulus kursus induksi ni dan dapat cepat-cepat sah jawatan ye! =)

amin...

Wednesday, October 12, 2011

rezeki baby..

saya dah terima lantikan untuk naik DG41 dari DC41!..
yeayyy~
aku la yg paling lambat sebenarnye.. huhu~
yg posting lg lambat dari aku pun dah lama rasa DG.. aku yg TERlambat sekali.. huhu~
x kisah la kan.. asalkan dah sah taraf..
=)


ari tu kan ade cakap pasal induksi, kan?
tadi Cikgu Amir jumpa aku kat bilik guru.
masuk-masuk je terus tanya..

Dia :: Nurul, larat x nak pergi kursus ni?
Aku :: Larat nih..
Dia :: nak pergi x?
Aku :: nak pegi sangat..

rupanya dia dah tolong telefonkan orang jabatan pelajaran n9..
bagitau keadaan aku nih..
pastu, unit latihan suruh buat surat untuk mengatakan aku akan tanggung semua risiko masa kat sana.

baby.. jangan kuar lagi ye..
bagi mama settle ni dulu..
so, tahun depan x yah g kursus lama-lama.
x yah tinggal baby ngan papa.. kan?
*dengan harapan baby faham.. huhu*



Sekali dia moving la..
maknanya...


baby support mama habis-habisan! =)

Monday, October 10, 2011

x serupa bikin!

hari tu nasihatkan student.
jangan berhutang, nanti susah esok lusa..
masalahnye sekarang, aku dah berhutang 1 month bill dengan Encik Astro.
bil sampai tadi, rupanya last payment aku adalah pada bulan 8 hari tu.
bulan 9 x de payment.
lupa.. 
dalam cimb clicks plak x cukup untuk buat 2 payment.

so, aku buat payment for 1 month dulu.
the next payment after transfer duit nanti.
oleh itu, mari kita sorokkan bil Astro tu ye baby sayang..
kalau tidak, nahas kite if papa tahu..  -__-"
huhuhu~

Saturday, October 8, 2011

budget 2011..

semalam tengok budget.
separuh je, pastu budget lak tengok aku tidur kat sofa tu.. hehe~
pastu sambung dengar kat radio plak..
sebab nak pergi jemput mak ngan ayah kat Seremban.
yang sempat dengar cuma bonus setengah bulan gaji bulan 12 nih..
Alhamdulillah..~
syukur, rezeki baby nama nya tu..
nak beli stroller.. car seat..

tadi bukak fb..
ada orang post status..


:: Jadi cikgu jugak yang senang. kerja separuh hari. sabtu ahad cuti. x payah pegi wataniah. cukup masa naik gaji..

erkkkk~ sentap sikit la..
cikgu zaman sekarang x macam cikgu zaman dulu.
tu realitinya bila dah terjun dalam bidang pendidikan ni.
sebelum ni memang aku x nampak.

datang kerja, sebelum pukul 7am.
1 hari boleh dapat 6 waktu mengajar *ada yg kena sampai 8 waktu*
6 waktu x 40 minit = 240 minit.
1 hari, dari 7.40 am sampai 2.40 pm, ada lebih kurang 10/11 waktu.
masa free yang tinggal = 4 waktu.
kena jaga koperasi, tanda buku, buat kerja-kerja clerical.

2.40pm, x semestinya boleh terus balik.
meeting, sampai pukul 5..
x ada meeting, kena stay back untuk aktiviti 1 murid 1 sukan @ ko-ku..

balik rumah, kena sambung kerja sekolah pulak.
buku rekod mengajar untuk esok, kena buat.

bila sekolah masuk pertandingan, cikgu yang paling sibuk.
berkampung kat sekolah.
kadang-kadang rasa kerja pembantu am rendah tu lagi banyak masa free.
kerja dalam office ber air-cond.
ada masa main fb, makan-makan kat pantry.

tapi, bila tu dah jadi sumber rezeki, maka aku redha la.
walaupun kadang-kadang merungut dengan hubby.
biasalah tu kan..
luah perasaan katanya..
hmmmm~




Thursday, October 6, 2011

untuk dia.. =)

semalam kan hari protes.
maka, malam tadi pergi Jusco Seremban dengan Mun, Qis ngan Angah.
tershopping baju untuk si dia.
si kecil dalam tummy mama ni la..
hehe~

x banyak pun, tapi habis jugak lah RM150 lebih kurang..
huhu~
beli baju lengan panjang 2 pasang, baju lubang-lubang 2 pasang.. *due to keadaan PD yg panas ni*
rembat seluar Mickey 1.. and beg baby + papa.
kan dari hari tu dok usha beg tu..
konon nak beli untuk anak Nuar + Adura.
tapi, oleh sebab hubby suka tangguh beli barang.. dah abis dah bila datang lagi.
jadi tanpa berfikir panjang, aku terus check and capai aje la.
plus, warna silver tinggal 1.
yang lain tinggal hitam n putih.
putih tu cantik, takut cepat kotor pulak.

Mun suggest beli yang pattern ladybug tu.
tapi, rasa macam hubby x berapa nak comel je kalau bawak beg tu.
hohoho~

lepas habiskan duit, balik rumah.
sampai pukul 10.30 camtu.
hubby masih belum tidur..
menunggu si wifey yang membawa diri.

dan malam itu adalah sesi meluah rasa antara suami isteri ini, ye..
renung-renungkan..
dan selamat beramal!

phewwwww~
-_-"

Wednesday, October 5, 2011

emosi terlebih..

entah lah ye..
sejak-sejak masuk third trimester ni, emosi selalu terganggu.
rasa nak menangis.. *dah menangis dah pun*
cepat kecil hati. cepat terasa.
pantang ada yg x kena sikit, nak nangis.
air mata pun macam x segan silu keluar.
adakah ini mengesahkan bahawa bby adalah gegurl?

memang aku ni sensitif.
sebelum preggy pun sama.
tapi, sebab dah preggy ni.. rasa macam melampau pulak.
rasa nak sentiasa ada dengan hubby.
x mau bagi dia pergi mana-mana.
duduk dengan aku je.

alkisah, hubby pergi training kat seremban.
semalam, balik training dah lambat.
8++ pm baru sampai rumah.
then, nak keluar lagi pergi urut kaki.
ankle sakit, jalan hincut-hincut.

tapi, hari ni larat pulak nak pergi jogging kat lake garden tu.
awak jalan pun hincut-hincut.
lepas training diorang nak pergi cari kasut bola.
sponsor jugak ke?
bukan ke kalau main bola tu kasut sendirian berhad?

aku sedih bila hari-hari macam ni.
aku nak dia selalu dengan aku.
stand by if anything happen.
aku dah 8 bulan lebih.
walaupun aku sendiri selalu cakap kat baby, jangan keluar lagi.. tapi kita tak tahu, kan?


aku letih kena tinggal kat rumah sorang-sorang.
aku cemburu bila dia ada ramai kawan.
aku cemburu bila dia masih ada masa untuk buat apa yang dia suka.
aku cemburu bila dia x rasa apa-apa bila tinggalkan aku sendiri..

Monday, October 3, 2011

masalah orang..

boleh jadi punca masalah kita, kan?
urmmm...
patutnye x boleh nak jaga tepi kain orang sangat.
tapi, secara x langsung buat aku rasa insecure pulak.

my friend texted ari tu.
ade krisis dengan hubby dia.
something yg aku rasa personal sebab aku pun x tahu sangat.

tapi, kisah dulu-dulu yang pernah hubby dia buat tu, menyentapkan jugak la.
having affair with some other woman.
tapi tu dulu.. sekarang, x tahu still ada atau x..

and the problem is, my hubby agak close dengan hubby dia.
kerja sama-sama, 1 team.
rumah pun selang berapa je..

aku bukan nak buruk sangka, cuma..
haishhh~

2 3 hari ni aku asyik ulang dialog yang sama je..
:: mama sayang papa sangat..
:: mama nak jadi isteri papa selagi mama hidup..

Ya Allah, peliharalah rumah tangga kami..
Amin...

ada bakat jugak rasanya.. =)

malam semalam pergi tengok baby Kak Miah.
hadiah dah 2 bulan beli, baru dapat bagi semalam.
huhu~

Anak dia comel sangat..
ikut muka ayah dia. putih pulak lagi.
eishhh~ geram tengok.
aku dah berani pegang.
ye la, budak dah 2 bulan.
berat pun dah naik 5 kilo.. hehe~

dia meragam malam tadi, nak tido tapi x lena.
lepas aku dukung, tepuk-tepuk.. dia tido balik.
eishh.. ada bakat jadi mak jugak aku ni.. hehe~

masa dukung anak Kak Miah aka Ammar tu, si kecik kat dalam ni sibuk gerak-gerak.
masa dukung Daniel anak sepupu hubby pun sama.
baby cemburu ke suka?
hehehe~
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers