Pages

Saturday, June 18, 2011

teringin pulak..




cantik x kalau pakai macam ni?
teringin pulak nak bergaya macam ni..
aishh~

Friday, June 17, 2011

suka!

semalam ada event hari guru peringkat daerah kat Glory Beach Resort.
hotel sekitar PD saje, tapi aku sesat masa nak pegi.
hehe~ memang sah la lemah logistik!

bawak budak untuk sambutan VIP.
cikgu aka mak andam.
aku la tu..  sejak terjebak tahun lepas, tak boleh nak tarik diri lagi.

sampai hotel, kak ina ajak minum.
haruslah mengikut, dah pukul 8++ n belum sarapan lagi.
masa kat kedai, nampak kawan-kawan Mr hubby datang nak makan.
tak lama lepas tu, hubby pulak join.
baru mesej, kawan dia pulak bagitahu aku ada kat situ.
kak ina pulak sibuk nak kenal yang mana satu hubby.
kecoh sebentar.

but, something reminds me about the dating time.
main jeling-jeling dari jauh.
lambai-lambai dari jauh.
rasa macam zaman bercinta.
tengok sorok-sorok.
aishhhh~

Friday, June 10, 2011

18 minggu..

hola!
=)

sudah 18 minggu hari ni.
equals to 4 bulan 2 minggu.
means, already in my 2nd trimester of pregnancy.
so far, muntah dah kurang sikit.
x la jadi 1 kewajipan untuk muntah hari-hari.
alhamdulillah..

dah mula ke dapur balik.
masak yang simple-simple saje utk Hubby.
ok la tu..
minggu lepas kan dah minggu heaven, rilex saje bila mak masak.
huhu~
minggu depan pulak dah mula sekolah. *uwaaaa!*

perkembangan baby..
ok.. hari tu rasa macam ada gedik-gedik kat tummy.
baby ketuk perut mama, ke? hehe~
perut makin besar.
cepat mengah.
keluar rumah pun selekeh saje pakai tshirt Hubby.
comfy outfit during preggy..
konon nak beli baju baru, tp Hubby kate pakai je baju dia.
then, dia yang beli baju baru.
banyak chantek???

hari tu jumpa Ain. die datang umah tengok gambar kawen.
first thing yg dia cakap lepas 5 bulan x jumpa,
:: kenapa kurus ni??
ooo.. nampak jugak ye berat aku turun ni.
x pe.. kite bagi naik sikit nanti ye.
sikit je.. jenuh aku nak pantang nanti kalau naik banyak..
heeeee~

Wednesday, June 8, 2011

Untukmu Suami

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Amin...

- Artikel iluvislam.com

*jumpa ni dalam website iluvislam.. indah kan susunan ayat dia?  rasa macam nak bagi Mr hubby baca saja..*

Tuesday, June 7, 2011

nak tengok siapa?

dah seminggu..
kelopak mata bawah belah kanan asyik berdenyut.
orang kata, kalau mata kanan nak tengok benda baik.
nak tengok ape ye??
lama sangat.
nak kata tengok baby, dah tengok hari tu.
hmm.. ade la tu agaknye..

tadi pergi check up kat klinik desa.
berat dah naik!
yeayyy!!
*walhal naik cuma 200 gram*
jadi la.. dari x naik, n asyik turun je kan.
so, balik rumah bagi reward ice cream magnum kat baby.
=)

Monday, June 6, 2011

rindu?

dah bangun, dah mandi..
awal hari ni..
lepas tengok Mr hubby pergi keje tadi..
dah breakfast jugak..
nestum + milo n biskut tiger saje..
cukup lah..
sekarang tengah malas-malasan kat depan lappy.
jengah fb kejap..
blogwalking kejap..

tetibe terasa rindu pulak kat sang suami tu.
aduihhh~
nape nih, baby?

Sunday, June 5, 2011

tengok baby..

hari tu balik segamat..
Mr hubby cuti khamis jumaat sebab nak hantar mak balik.
hari khamis, ambik kesempatan pegi klinik, scan baby.
comel sangat.
*padahal x nampak muke pun.. hehe*

x dapat nak print, sebab kertas kat klinik tu dah habis.
cukuplah dapat tengok dia, sihat dalam rahim mama.
=)
baby gerak-gerakkan kaki.
jelir-jelir lidah. doktor kata dia makan.
pastu tangan letak kat dahi.
hehe..
baby pening ke mama ngan papa asek gaduh je?
pening kepala tengok perangai mama ngan papa ye?
comel..comel..
sekarang ni baru rasa excited nak beli barang baby.
sebab dah nampak die..

can't wait to see you, baby..
atok ngan nenek pun jaga mama sangat tau.
sebut je nak makan pau, berdesup diorang fikir kat mana ada jual pau petang-petang camtu.
nak makan ngan laici kang pulak tu..
besar cekadak betul.
papa pun x manjakan mama macam tu sangat.
tu yang bila nenek dah balik segamat, mama macam sedih-sedih je.
sebab dah x boleh nak manja-manja sangat.
huhu~

nanti hujung bukan, kita balik segamat jumpa nenek ngan atok lagi ye?
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers