Pages

Wednesday, September 28, 2011

hadoi!

duduk rumah sorang-sorang ni boring, kan?

baby, gerak kuat sikit..
teman mama..

hmmmm~

Tuesday, September 27, 2011

gila online shopping..

masalahnye, bukan untuk baby..
untuk mama baby..
huhuhu~

ari sabtu lepas beli dress lagi.
ni pun tengah usha-usha dress lagi.
Ya Allah.. kenapa la mama kamu ni sayang..
membazir je.
asyik nak melawa je.
agaknye, betul kot baby tu perempuan.
sebab orang kata kalau kat dalam tu perempuan, mak die suke mekap sume.
tapi artis tuh, selambe je..
hmmm~

p/s Cuba menyekat nafsu!

Sunday, September 25, 2011

necessary or unnecessary?

jalan-jalan kat mudah.my..
jumpa baby cot 2nd hand..
orang tu nak let go sebab x ada space dalam rumah dia.
rm150 je..
aku rasa macam nak sangat beli sebab harga paling rendah untuk baby cot yang aku pernah jumpa is between rm250++..
lagipun, kita tak tahu baby nak tidur dalam tu lama atau x kan..
so, rasa macam affordable je harga dia.
yet, barang nampak cantik.

aku try text the owner.
perempuan cina.
dia call balik pagi tadi, masa otw pergi brunch dengan hubby.
dia memang nak jual dekat orang dekat-dekat, sebab dia kat seremban je.
ok la, x jauh sangat.
tapi...


hubby x setuju pulak.
kata dia, awal lagi.
nanti baru cari.
tapi, nanti dah x ada baby cot dengan harga tu.
macam biasa, aku mati ayat nak cakap lagi.
plus, hubbby tengah demam selsema.
kepala berat.
x pasal-pasal pulak karang aku kena marah..


so.. is it necessary ke tidak sebenarnye ye???

Wednesday, September 21, 2011

sentap!

terasa hati sangat-sangat.
kecik hati sangat-sangat..

selamat malam..

~pantai~

malam tadi lepas makan, lepak kat pantai bagan pinang.
sebenarnya, mood tengah swing sikit..
x tahu lah, macam ada yang terasa hati dengan hubby.
nak lari sendiri, dah 7 bulan lebih..
huhuhu~
so, aku angkut hubby lari sekali.

pukul 9++ pm, duduk tengok air laut.
ntah la..
hati rasa tenang bila tengok laut.
duduk ambil angin sejuk..
walaupun dalam hati tahu itu x baik untuk ibu mengandung.

hubby tahu, ada yang x kena.
tapi, better diam dari cakap.
sebab tahu hubby x boleh nak terima.
lain kali kena cari cara lain untuk luah perasaan pada dia.
jalan selamat, peluk saja dia.
diam, confirm x kan tanya apa-apa lagi.
huhu~

lagipun, tu memang the best treatment bila hati rasa gundah gulana.
*ayat...*

Tuesday, September 20, 2011

air ape tu??

Mun bagi bihun sup tadi..
aku makan la..
hari ni rasa malas nak masak.. protes kes semalam..
*hubby balik lambat dan membiarkan ibu dan anak ni kelaparan dari petang sampai pukul 8.30*

maka, lepas makan bihun sup tadi terus la memalaskan diri depan laptop..
dahaga pulak..
g terjah peti ais..
ada 2 botol air mengandungi air jernih.
selalu minum air dalam botol putih tu..
hari ni terminum air dalam botol minute maid pulak..
bila telan, rasa pahit.
dah x boleh keluar lagi sebab dah telan..

yekkkkk! air ape papa kamu simpan ni baby?
terpaksa tunggu dia balik sebab handphone ada kat rumah dan dia pegi training pulak..

p/s mintak-mintak x de ape-ape..
risau kat baby..

Monday, September 19, 2011

Melting..

Penghujung Cintaku :: Pasha ft Adelia


berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri 

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]












Jangan lupa jadi isteri bila bergelar ibu..

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.

Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat…
sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

credit :: News @ Feryco

Aku kata....

Betul jugak ape yang die cakap.
cuma nak jalankan tanggungjawab tu berat.
jadi pekerja kat tempat kerja, balik rumah jadi ibu dan isteri.
tapi, bab suami adalah sentiasa anak sulung tu aku rasa tepat sangat-sangat.
sebab, baby belum keluar lagi pun hubby dah tunjuk manja dia.

hari tu ter-rajin nak bersihkan muka dia.
sapu toner bagai, masker lagi.
lepas 3 4 hari, dia mintak lagi.
kononnya aku dah janji nak buat seminggu 2x..
bila dah baring-baring tu, malas la nak bangun balik.
aku pun mintak la dia ambikkan semua benda-benda tu dalam drawer.
aku buat la nanti.
terus tarik muka, merajuk.
e'ehhh... orang tua dia ni..
masuk malam tadi, dah 2x dah dia tarik muka..
hadoi la..
"anak sulung" saya..

Friday, September 16, 2011

induksi..

semalam pergi taklimat awal induksi.
untuk orang-orang government ni, wajib pergi induksi untuk sah jawatan.
result interview hari tu belum keluar lagi, tapi nama dh naik..
alhamdulillah..

tarikh untuk kursus adalah 18-20/10/2011..
mungkin akan berubah..
harap-harap sempat la nak pergi.
sebab tu dari semalam dok usap-usap perut..
cakap dengan baby suruh keluar bulan 11 jugak, ikut due.
nanti kalau tangguh, kena pergi next year.
nanti kena tinggal baby ngan hubby..
kesian baby x dapat manja ngan mama.. huhu~

p/s Baby faham, kan?

sudah! =)

semalam adalah hari penuh rezeki untuk mama and baby.
dari pagi makan free sampai malam.
cikgu-cikgu buat pot luck.
petang open house 3 rumah.
sempat pergi 2 je.
menu adalah sangat masyuk.. hehe~
malam, kawan hubby panggil datang makan-makan pulak.
alhamdulillah...~

mungkin jugak sebab aku makan terlebih, maka x terasa sangat baby moving.
risau sangat, sebab dah dengar cerita macam-macam.
jadi, malam tu pergi klinik untuk scan baby.
alhamdulillah, baby ok..
jantung die denyut2..
kedudukan pun dah ok. kepala dah turun.
semua ok la..
senang hati aku..

masa scan tu, die duduk macam ni..

ni bukan baby saye..
gambaran saje..


nampak x?
kaki n tangan die tutup muka?
sebijik macam gambar kat ticker tu..
gambar kat scan hitam putih..
scan biasa je, sebab kat klinik tu x de 4D..
tapi, macam tu la die semalam.

ohhh~ doktor kate sesuatu tentang jantina die..




tapi tu jangkaan awal saje..
*kata hubby..
erkkk~ macam frust je?
huhu~


p/s Baby jangan buat macam tu lagi ye.. gerak la kuat-kuat sikit.. mama x marah.. =)

Wednesday, September 14, 2011


abaikan background yg sepah2 tu..
huhu~

habit baru sekarang, berdiri depan cermin sambil tengok perut.
baring depan tv pun tengok perut..
sebab baby suke sangat buat ombak dalam perut..
tapi, bila aku tengok, dia pun diam..
cover aehhh~ hehe~

sekarang pergerakan baby berat ke sebelah kiri.
bersila je, die kick kat bahagian bawah pusat belah kiri.
nak mengiring ke sebelah kiri jangan cakaplah.
siaplah kena tendang-tendang aku ni.
dia x selesa la kot.
kadang-kadang tengah mengajar pun sampai pejam-pejam mata sebab tiba-tiba dia buat moving kasar.
hadoiii~ sakit perut mama..

orang-orang semua dah sibuk tanya gender baby.
sesi teka-teki hari-hari pulak..
ade yang kata baby perempuan, sebab mak dia berseri-seri plus senyum aje...
ada yang kata lelaki, sebab perut nampak tajam ke depan..

ape pun x kisah, asalkan dia sihat walafiat..
tapi, dalam hati teruja jugak nak tahu..
nanti kena hasut hubby la.. =p




sayang kamu..
(^_^)v

Saturday, September 10, 2011

maternity photoshoot?

kena saving untuk baby..
tapi, teringin..

comelnye...










p/s saye suke...

makan-makan..

jadi cikgu ni glamour jugak, ye.. huhu~
student sibuk nak datang beraya kat rumah.
siap mintak duit raya lagi tu..
banyak cantik kau!
jawapan aku senang je la..
:: nak duit raya?
:: ko make sure ko study subjek Perdagangan dulu, dapat jawab soalan baru boleh bagi.
sape suruh cari pasal dengan cikgu, kan? haha~

diorang nak datang semalam..
tapi x dapat la..
letuh hari khamis pun x hilang lagi.
so, aku suruh dia datang ahad je.
berapa ramai yang nak datang, aku pun kurang pasti.
rasanya dalam 30 kot..
more or less la..

nak masak ape ye..
x pernah buat makan-makan untuk orang yang agak ramai.
rasanya, menu simple je kot.

soto + bihun sup..
puding..
air sunquick..
buah tembikai.

aci x menu macam tu?
nak masak lebih-lebih takut nanti x terlarat pulak.

Monday, September 5, 2011

cerita lama..

Korang penah crush on someone x?
aku rasa, x de sape yang x penah kan..
aku banyak sangat.. hehe~ *gedik*

tapi, satu crush ni yang betul-betul crush la..
he is a friend of my bff's brother.
kenal dia masa wedding bff la.
aku pengapit, dia photographer.
mula-mula nampak, saja-saja cakap kat bff yg kawan abg dia tu sweet.
tapi lepas cakap tu, automatik pulak tersuka.
suka tengok je la.
lagi pun masa tu dah kawan ngan hubby.
hubby pun nak datang jadi pengapit lelaki.. huhu~
makanya, x boleh nak lebih-lebih.

si bff pulak, sibuk risik-risik pasal Mr Photographer kat abg dia.
semua cerita lah aku tahu.
memang habit dari zaman sekolah, aku suka sangat usha orang yg aku suka dari jauh.
tengok curi-curi.
tengok je la, kan.. x la lebih-lebih.
tapi, mak si bff macam tahu pulak.
siap tanya aku kawan dengan siapa.. serius ke tidak..
Mr Photographer pun ok je.. borak elok je dengan aku.
anggap macam abang je la kan.
dia cikgu english kat sekolah cina kat KL. former, he was an architect.
berhenti sebab apa entah.
cerita dengan dia terhenti setakat kat situ je.

baru-baru ni, bff datang raya kat rumah.
terbukak cerita pulak pasal Mr Photographer.
dia frust gila bila tahu aku bertunang dulu.
bff kata, dia suka sejak tengok aku kali pertama.
dalam hati.. "Mr Photographer! kenapa x cakap awal-awal.."
huhu~
tapi, bila tengok muka hubby yang rajin sangat tolong buatkan air masa tetamu datang raya..
plus dengan baby yg moving dlm tummy..
aku senyum balik la..
x ada jodoh dengan dia.

Allah dah temukan aku dengan orang yg betul-betul sanggup susah senang sama-sama.
layan perangai yang berangin kadang-kadang ni.
manja x tentu pasal..
Alhamdulillah..

kuasa Allah tu besar.. kan baby?
=)

p/s I love you, hubby!
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers