Pages

Saturday, August 27, 2011

mood raya.. =)

hari ni 27 Ramadhan..
means tinggal 2 hari je lagi nak raya.
mood tahun ni lain sikit la..
macam excited pun ada.
maybe sebab dah berduit sendiri, dah berhubby..
huhu~

skang tengah kat bilik, konon-konon nak kemas baju.
tapi dari tadi dok stuck kat depan lappy..
hehe~ memang dasar banyak alasan! =p

kemas rumah kena tunggu hubby balik dulu..
dia pesan jangan panjat-panjat..
nak mop lantai, kena tunggu dia clean up kipas dulu.
penat dah hasut dia x payah pegi kerja tadi.
tapi, misi gagal la pulak.. hoho~

esok pagi balik kampung..
x sabarnye..

\(^_^)/


Friday, August 26, 2011

first preggy outfit..

huhu~

x gemuk... ke?

tadi try kain pelekat nak buat sampin hubby raya ni.
al-kisah, baju melayu kelabu yg pakai masa nikah hari tu x de sampin.
kecik.. so, die x nak pakai.
bile match kan dengan kain pelekat yg beli kat langkawi hari tu, macam cantik pulak.
warna purple.. ok la kan..
pastu, aku pun menggedik la try baju nikah aku dulu.
muat lagi lah....!
kain pun muat..

ni maknanya aku x gemuk atau dulu masa nikah memang aku gemuk?
huhu~ hubby bagi pakai raya nanti.
tapi takut ketat plak kain pas makan banyak rumah nanti..
hehe~

p/s esok nak gotong-royong kemas rumah.. =)

Thursday, August 25, 2011

persiapan raya

tahun ni, raya pertama di rumah sendiri.
walaupun cuma kuarters MPPD..
kena la hias sikit, kan?
tapi, oleh sebab bugdet dah banyak pergi kat baby..
makanya aku tak beli langsir baru pun.. huhuhu~
mungkin aku recycle langsir rumah mak.. hahaha~

malam tadi pergi beli bekas kuih raya.
terasa macam mak-mak pulak.
sebab selama ni, aku yang bawak mak pergi beli benda macam tu..
beli alas meja.. tempat basuh tangan..
remeh jugak sebenarnya kan.
rasa macam nak kena beli pinggan sikit la, plus sudu garfu.
sebab takut kalau orang datang makan benda selain kuih raya.
tapi, nak beli yang tu kena sorok sikit ngan hubby.
karang die bising x sudah.

p/s barulah saya tahu, lelaki sebenarnya kalau membebel lebih worst dari perempuan.. =p

baju raya!

dah sampai..
yeay!
al-kisah, kan nak cari baju raya sama warna dengan hubby.
dah pusing Seremban, tak jumpa.
ada sebenarnya, tapi perut saya sangkut..
hukhuk~
try 2 pasang, semua pun sangkut kat perut.
makanya, aku mengambil langkah berani *ayat x bleh blah* untuk beli baju online.
maxi dress.

macam mana rupa gayanya aku pakai baju tu, tidak-lah diketahui.
sebab tadi orang sky net hantar kat rumah tapi tak ada orang.
*nasib baik hubby belum balik rehat.. kalau tidak, kantoi la beli baju lagi*

p/s x sabar nak balik kampung!

Monday, August 22, 2011

demimu anak..

sabtu lepas pergi KL..
stay umah Kiela. patang sabtu tu pergi terjah onebabyworld.
beli selimut murah, rompers, lampin, sarung tangan + kaki..
socks.. banyak jugak lah..
plus, beli breastpump jugak.
semoga ada la susu aku ni nanti.
aku beli spectra 3 yg electric tu.
x la penat tangan nak pump.. huhu~
hampir habis jugak la bonus raye aku.. huk..

beli barang anak, ayahnye x beli baju raya pulak.
ingat nak belanja sehelai dua, tapi dia pulak tak nak.
baik pulak hubby. huhu~
aku pulak sibuk nak carik jubah/dress kaler grey.
nak sama dengan baju melayu hubby.
nak pakai baju sama tahun ni.
kate pun first time raye sama..
huhu~

kuih raya pun dah dapat.
semuanya (x termasuk yang belum dapat) ada 11 balang.
huhuhu~ mati la kalau hubby nampak.
membebel x sudah pulak tu karang.
rasanya ada lagi 2.
rasanya lah.. x tau la kalau lebih.. huhu

Saturday, August 20, 2011

senget-benget

hahaha~ itu perut aku la tu..
lately baby sangat suke mengeras kat certain-certain kawasan.
pastu boleh la nampak senget-benget perut ni.
jap-jap cam ade seketul je kat belah kanan.
comel. suka.
sebab bila baby moving macam tu, rasa macam kita ni ada kawan.
boleh cakap-cakap ngan die.

tapi, sekarang dia dah pandai siku-siku.
sakit jugak la..
x tau dia ni menggeliat ke ape.
hari tu masa tengah potong kuku hubby.
tangan hubby sandarkan kat perut sebab x larat nak angkat. *berat..hehe*
then masa tu la dia main siku dia kat dalam tu.
tanya hubby, rasa x dia gerak?
baru la hubby tau sakit rupanya bila dia gerak-gerak ganas camtu.

hari tu masa dalam claz.
baru nak start teaching, dia boleh kuis pulak kat bawah tu.
hadoiii~ suke ye dengki mama..

Friday, August 19, 2011

Ramadhan 19

Alhamdulillah..
setakat ni x de ponteng lagi.
even kadang-kadang rasa x larat sangat.
=)

hari ni berbuka kat luar dengan hubby n kawan-kawan.
tapi tetap kirim kek batik ngan air tebu pakcik yang dia selalu beli kat bazar.
dari pukul 1 tadi dok tengok jam, terasa-rasa air tebu tu.
sampai rasa nak suruh hubby beli 1 bungkus untuk aku sorang.
haha~ bernafsu betul!

kuih raya dah dapat sejenis.
yang lain-lain maybe minggu depan.
aku pun dah lupa total kuih raya yang aku beli kat sekolah tu berapa.
order ngan siapa pun aku dah tak ingat.
jadi, terpaksa dengar hubby membebel.
huhu~

p/s esok pegi hunting baby's stuff kat kl.. =)

Monday, August 15, 2011

kisah semalam~ Ramadhan 14

semalam cukup 2 minggu kita puasa.
malam tadi pun terang je, bulan penuh.. =)
ada kisah rupanya pada 2 minggu Ramadhan tu.. huhu~

last post, hubby bagi tahu nak berbuka kat luar dengan Ca'ir n Misri.
ada orang belanja.
kan aku tahu sendiri.
lastly, pagi Sabtu hubby bagitahu sendiri.
tapi via texted aje.
motif? *takot la tuh nak cakap face to face!*

hubby balik tengah hari, aku buat muka selamba.
godek-godek website window shopping barang baby.
lepas tu baring depan tv tanda buku budak.
dia tegur, sepatah aje aku jawab. * durhaka* huhu~
petang, berbuka kat rumah mak mertua.
mood masih sama. diam saje.
sampai la ke Ramadhan 14 tu.

tengah hari, balik rumah lepas tolong mak masak sikit-sikit.
dalam hati dah plan nak berbuka dengan mak.
carik kasih sayang mak mertua pulak.. huk~

tiba-tiba..
:: mama x yah masak la petang ni. ikut papa jek..
*eikkk? salah dengar ke?*
siap suruh iron baju segala bagai sebab nak berbuka kat luar.
rupanya terkesan jugak ye ke-diam-an aku 2 hari ni.
sampai tiba-tiba baik hati pulak nak memujuki hati aku yang berduka lara ni..
hehehe~

anyway, thanks hubby sebab bawak saya semalam even kita x makan 1 meja.
saya enjoy duduk dengan wife Ca'ir yang sama-sama preggy dan kuat makan tu..
;p

p/s saya belanja baju raya nanti, k?

Saturday, August 13, 2011

sejukkan hati..




sejuk, kan?
tengah sedih-sedih semalam, tengok pic barang-barang baby buat hati macam cool balik.
nak-nak bila baby pun response.
ok..ok..
nanti mama beli socks macam ni ye..
comel je anak mama nanti..
hehe~

nak window shopping lagi..

berbuka sendiri?

hari ni buka kat rumah mak mertua.
hubby dah rindu masak lemak mak die la tuh.. huhu~
esok?
mungkin aku akan berbuka sendiri.
alasan?
hubby akan keluar berbuka bersama kawan-kawan beliau TANPA isteri.
ada sedikit sedih dan sayu di situ.
punca?
:: macam biasa, aku tahu sendiri. bukan dari mulut dia.
:: terpaksa buka puasa sorang-sorang.
:: x ada inisiatif ke nak tolak @ at least bawak la aku same!

aku bukan kesah sangat tang makan-makan tu.
tapi, sejak dah jadi wifey ni..
everything yang kite buat, hubby is the 1st thing muncul dalam kepala.
nak beli Dynamo murah pun teringat hubby jugak, tau!
so, it makes me wonder la..
ade tak muke aku ni terpampang kat kepala dia masa dia plan something?

p/s kalau la rumah mak dekat... hmmm~

Tuesday, August 9, 2011

new EDD..

balik segamat minggu lepas.
pergi Pakar Lim untuk scan baby.
mana la tau kot-kot dia nak tunjuk sesuatu.. hehe~

akhirnya, x nampak pun.
dapat EDD baru pulak.
doctor tu kira balik, plus minus kelewatan datang period semua.
so. maybe baby akan tengok mama secara live on 22 Nov 2011.
lambat lebih kurang 11 hari dari tarikh asal.

baby sihat.
cuma dia songsang.
kaki kat bawah, kepala kat atas.
patutlah selalu rasa macam dia kuis-kuis kat bawah tu.
pandai usik mama ye..
sampai terasa nak pee pee pun ada.
heh~

tak apa lah lambat pun.
asalkan baby sihat dan sempurna sifat.
=)

Friday, August 5, 2011

malas

petang nak buka apa ye?
malas nak masak..
huhu~
tadi pergi TF, supermarket baru bukak kat belakang Billion.
beli hamper untuk baby kak Miah.
petang nak g tengok.

masa nak balik, terserempak dengan Ain.
teguran dia :: nape ko kurus ni kak? perut kau mana?
eikkk~ dah 63.3 kgs ni.. x cukup gemuk ke?
ok la ni..
berat maintain.
kan baby?


hari ni baby dah 26 minggu.. =)

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan 4

sudah hari keempat.
semalam lembik satu hari.
lepas sahur muntah balik nasi goreng.
+ ubat baby.
hasilnye, baby x berapa nak aktif sangat. huhu~
hari ni mama topup balik, kan syg..

hari ni masak balik.
menu berbuka simple saje..
bihun goreng. nak beli cempedak tadi..
tak jadi sebab takot kang hubby beli makanan banyak kat bazar ramadhan.
sahur pun x tahu nak masak ape. hubby x requset apa-apa.
plus x mau makan nasi.
even buat aku rasa macam *Alhamdulillah...* tapi pening pulak nak isi perut cik abang tu.
 -_-'

p/s Kak miah dah selamat bersalin baby boy semalam.. x sabar nak pergi tengok.. =)

Tuesday, August 2, 2011

check up..

ntah yang ke berapa.
x kira pulak..
huhu~
timbang berat macam biasa.
kalau dulu, sangat-sangat nak kalau nampak penurunan.
sekarang jadi risau, sebab ada someone dalam tummy.

berat mama untuk hari ini..
63.3 kg..
equals to berat sebulan yg lepas.
huhu~
best news is, mama x ada diabetes!
adakah sebab mama muntahkan balik air glucose hari tu??
Tuhan aje yg tahu.. huhu~

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1

hari ni mula puasa.
hari tu risau-risau, takut x boleh tahan.
sebab perut asyik lapa je.
tadi pun sama, tapi tahan la.
puasa ok, cuma letih sikit.
makanya, malam ni TERpaksa biarkan hubby pergi terawih sendiri.
aku, di rumah tulis blog + facebook + key-in markah budak.
insyaallah, rabu nak pergi.
esok dah x dapat sebab hubby nak teman kawan bersunat.. hahaha~

baby agak aktif hari ni.
dari pagi tadi terasa dia gerak-gerak.
mama ngan papa bangun sahur, baby pun sahur sama ye?
hehe~ kamu comel lah sayang.

oppsss~ jubah yg aku order online tu dah sampai.
so, dah boleh pergi sekolah pakai uniform la.
tadi pun ramai yang menegur perut dah nampak.
hehe~ baby nak show off ye?
ok2.. nanti mama beli baju banyak sikit, boleh tukar-tukar pergi sekolah ye..
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers