Pages

Friday, May 20, 2011

Doa untuk baby..

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.
 
get this from Puan Nurul Farhana..

sunyi tau

mr Hubby is not around.
dia gerak pegi Kuantan pagi tadi pukul 10.
maknanya, aku balik sekolah hari ni rumah kosong x ada orang.
nasib baik ada course buat buku program tadi.
balik-balik je dah petang.
x la rasa sangat kena tinggal.

tengah tunggu Idil.
tadi kat tol Karak.
tak tahu pukul berapa sampai.
then, heading to Segamat.
cepat la sampai!
x nak duduk rumah sorang2.

dah mula rasa rindu.
hmmm~

Thursday, May 19, 2011

terasa..

aku bakal ditinggalkan.
uwaaaa~
esok hubby nak ppergi Kuantan..
penat merengek nak ikut, tapi sikit pun die x mau dengar.
jadi, aku pun ambil keputusan untuk tinggalkan dia jugak.
fair and square.

aku balik segamat.maybe esok atau sabtu.
dengan idil.
idil turun seremban, then kami berdua sampai segamat.
ayah x bagi balik sendiri, risau jadi apa-apa.
since dah bawa baby ni, x boleh nak ikut kepala sendiri je.
*masih ikut, sebenarnya*

hubby nak pergi esok.
tapi aku dah terasa hilang sejak sabtu lepas.
ntah la.
sayu pulak rasa hati.
have a safe journey, hubby.
will wait until u'r here.

Sunday, May 15, 2011

starving!

mi goreng mamak.. eishhh~

nasi kandar!
the best part is ayam goreng mamak n papadom die tuh..


Lapar!
nak keluar sorang, malas.. hukhuk..
Mr hubby, cepat la balik..

insaf!

malam tadi lepak rumah mertua Kiela.
Hubby kena pegi Paroi lagi pukul 8pm.
petang lepas Hubby balik, aku terus peluk dia.
sangat tight..
ntah la, rasa macam rindu sangat2 + sedih sebab maybe next week dia kena pegi Kuantan.
syahdu rasa bila tau diri nak kena tinggal. huk..

so, malam tadi keluar pergi tapau makanan kat The Store.
makan sikit. then masa nak balik muntah tepi kereta.
Hubby pergi beli air kat 7e..

masa nak balik tu, Kiela bagitahu sis-in-law dia miscarriage.
tempoh pregnant is 3 month ++.
so since malam tadi, rasa macam takut n risau.
fikirkan baby dalam rahim.

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

so pagi ni, search dalam internet the causes.
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Merokok
  • Horman yang tidak seimbang
  • Jangkitan kuman
  • Masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.
  • Terdedah pada radiasi dengan banyak
  • Mengambil ubatan yang memudaratkan bayi
  • Demam yang tersangat panas
  • Rahim yang tidak normal
jadi, aku ambil keputusan untuk mula makan ubat yang nurse bagi.
and no more skipping taking those pills.
plus makanan berkhasiat.
i hope i can makan the good things for the sake of my baby..
since perut susah nak terima makanan sangat, ni buat aku risau.

baby.. mama hope baby sihat kat dalam kantung tu.
semua orang tunggu baby, sayang baby.
mama janji akan jaga baby baik-baik.
*sedih*

Saturday, May 14, 2011

western lagi?

agaknye, anak aku ni bakal study sampai oversea kot..
asek nak makan benda-benda western je.

lunch time. nak masak?
untuk waktu sekarang ni, tu bukan langkah yang bijak..
*dasar malas*
hahaha...
jadi, pick up phone..
1 300 88 2525 la kan..

pizza crunchy crust royal masala 1..
add on mushroom soup n meatball bolognaise ye..

tinggal sorang, makan nak banyak.
akhirnya, bolognaise cuma habis separuh.
pizza habis 2 slices. nasib baik bukan roti type punya pizza.
kalau x, memang ke mangkuk tandas la royal masala aku tu.
soup??

nantilah kalau lapar.
baby dah kenyang.
*kalau dah x habis tu, memang x nak mengaku!*

p/s Semalam shopping seluar untuk maternity. over kan? 2 pulak tu! hehe

got to dance 2..

tengok audition got to dance..
sebab suka tengok judges die..
ashley banjo..

dia ni sweet lah..
huhu

bersin..

saya x sihat.. huk..
the worst thing is, Mr hubby x ada.
main futsal di Paroi.
demam dah dari khamis, tapi jumaat nampak macam dah ok.
tiba-tiba hari ni asek nak bersin2 pulak.

nak makan ubat.. eurghhh..
tekak terasa nak makan ice cream plak.. hehe..

Tuesday, May 10, 2011

ape nak kate?

letih..
x mahu cakap lagi.
kadang cakap pun x boleh nak terima.
benda yang sama jugak yang jadi.

Wednesday, May 4, 2011

mimpi?

tadi baca blog YongNana, dia tulis pasal mimpi.
sejak-sejak pregnant ni, selalu mimpi bukan-bukan.
samalah..
kadang tu, siap bersiri lagi.
masa balik rumah mak hari tu, mimpi kena tembak kat kepala.
aku la yang kena tembak tu.
siap rasa pening-pening lagi.
terjaga, mata dah berair..
terus cari Mr hubby kat sebelah.
bangunkan dia, cerita pasal mimpi.
dia pun terkejut bila cium pipi rasa air.*air mata ok, bukan air liur*

rupanya aku dah menangis dalam tidur tu.
malam semalam, mimpi Mr hubby ada affair ngan perempuan lain.
ishhh~ agak-agak la nak mimpi pun..
tak mau la benda-benda macam tu.
takut tau!

*baby dah 3 bulan.. =)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers