Pages

Friday, December 30, 2011

cerita kosong

Jumaat terakhir 2011..
alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ni..
menyemai kasih sayang dan belajar jadi mama untuk Aryssa..

lama x update diary..
huhu~
last week is the best after tempoh berpantang 44 hari.
of course sebab pantang dah habis..
then dapat keluar even cuma pusing Seremban saje.
tapi, bila jalan bertiga, it's fun..

day 1 bawak Aryssa terjah JJ.
mengamuk sekejap sebab lapar kat dalam tu.
meroyan sekejap sebab tak dapat nak pergi makan celebrating our 1st anniversary..
JJ kan ada tempat breastfeeding baby, x de alasan kan nak balik cepat..
siap kena sound direct yang membawa kepada peperangan..
:: Mama ingat die bujang lagi, Cha..
hamboi.. x ada insurans nampaknye nih..

day 2, Aryssa is getting better..
sebab mama dah belikan dia stroller..
macam biasa, buat muka pelik kat dalam tu..
masuk pulak Tesco yg penuh manusia..
lepas makan, bagi dia makan pulak.
kat bilik yg tukar diapers tu..
jadi, Aryssa sangat behave di situ..

day 3, hang out without Aryssa..
mama berjaya membawa pulang sepasang kasut.. yeayy!
Aryssa terpaksa ditinggal kat umah wan sebab kedegilannya hisap susu thru botol.
nanti mama tinggal Icha pergi work, cane?
x leh tanggal tau?
oleh sebab Aryssa baik-baik aje dengan wan, mama hadiahkan pampers dan sabun mandi!
hehehe~

Minngu depan, dah start kerja..
owhhh~ saya nak sangat sambung cuti lagi sebulan..
apakan daya..
mama terlambat..
huhuhu~ *malas*

okeyh.. si kecik tu dah bangun..
jom berenang bersama Aryssa.. =)






Wednesday, December 14, 2011

SBPA

tahun depan, ade jadual gaji baru untuk cikgu..
cikgu je ke atau semua kakitangan awam, aku pun x sure..
semalam tengok jadual tu, sikit pun aku x faham.. huuhu~
khamis depan ada taklimat kat sekolah, tapi x gagah nak pergi.
hello puan HM, saya tengah cuti bersalin tau..
bukan cuti sekolah..
kalau saya tegah cuti sekoalh, bley la nak panggil saya datang sekolah bila-bila awak nak.
tapi, cuti bersalin adalah hak saya.
takkan nak suruh datang jugak, kan?
nasib kamu lah puan..

berapa pun gajinye, aku terima.
yang aku tau, ada naik sikit..
huhu~
memang jenis x berapa nak amek tahu sangat sebenarnya..
tau, cukup bulan gaji masuk..

Friday, December 2, 2011

1 month old!

Aryssa sudah sebulan..
yeay!
esok ke ari ni ye?
kalau ikut ticker tu dah 4 weeks 1 day old..
hehe~

isnin ni nak pergi cucuk + timbang..
berapa agaknye berat anak dara tu ye?
tengok pp dah makin naik..
tangan dah makin sedap..
kaki macam nak kena gigit..
seronok tengok perkembangan anak..
cuma..


sedar x sedar, tinggal sebulan je cuti..
dah nak naik sekolah..
ruginya x apply cuti 90 hari... hukhuk!

Monday, November 28, 2011

cepat sembuh ye..

aryssa kena ruam..
mak kate normal, sebab minyak dalam badan die baru nak keluar..
tapi aku sebagai mak memang cepat risau.
ruam merah-merah start dari kepala.
elok yang kat kepala, turun kat muka pulak..
ni tengah naik kat muka ngan leher..
kesian sangat..

x sanggup tengok..
tiap kali dukung dia, mengadu ngan hubby.
sampai aku yang kena marah..
huhuu~
orang tu dah la pening ngan darah tinggi die..
plus ngan aku yang dok sibuk mengadu tu..


cepat baik ye sayang..
mama sayang kamu ketat-ketat..

Tuesday, November 22, 2011

believe..

kepercayaan..
penting kan dalam relationship..
kalau x ada kepercayaan, susah la..
asyik nak cemburu.. curiga..

aku nak sangat percaya..
sebab aku memang percaya..
tapi, berita tu.
buat aku rasa macam ragu-ragu..

macam mana ni?

Friday, November 18, 2011

ditinggal papa~

malam ni mama dan Aryssa tidur berdua saje..
papa is going to Pasir Gudang for futsal tournament..
huhuhu~
Aryssa behave ye..

Wednesday, November 16, 2011

breastfeeding

semua orang dok cakap pasal benda ni lately, kan?
bagi BF sampai anak 6 bulan..
then continue sampai anak 2 tahun..

masa mula-mula preggy, ada pasang niat jugak.
tapi macam x serius sangat la.
then, bila dah bersalin, niat tu datang balik.
cuma masa mula-mula nak bagi direct to Aryssa, dia mengamuk sebab x cukup.
terpaksa call abang ipar mintak susu formula sikit.
kes x mahu anak kebuluran.
lepas bagi susu, baru la Aryssa tido sampai pagi.

esoknya, try bagi lagi BF..
tapi sakit.
then, jadi down balik.
sebab susu sikit.
hari-hari search internet apa yang patut dimakan untuk bagi susu banyak.
hubby belikan soya.. susu.. untuk tambah susu.
dia temankan aku pump sebab x dapat nak bagi direct pada Aryssa.
dia temankan aku tiap-tiap malam bila Aryssa bangun nak menyusu dan cuci drypers..

sampai satu tahap, aku menangis sebab Aryssa asyik mengamuk bila susu x cukup.
terpaksa bagi susu botol pulak.
ada satu masa tu Aryssa tersedak sampai muntah susu.
mama pulak yang menangis.
huhuhu~
hubby panggil aku..
:: meh dekat papa, meh..
aku terus tambah nangis la kan..

hubby kata..
:: kita kena sabar.
   masa dia kecik-kecik ni, dia x mintak ape-ape pun dengan kita.
   cuma mintak susu, tukar pampers.
   bila dah besar, macam-macam yang dia mintak.
   mama kena kuat.
   kan syurga di bawah tapak kaki ibu..

urm...~
sejuk hati..
Tq Mr hubby for the support.
sayang papa ketat-ketat! (^_^)

p/s Rasa macam sedih-sedih sikit sebab hubby nak pergi Pasir Gudang weekend ni main futsal.
      Siapa nak teman malam-malam kalau Aryssa nak manja-manja? huk!

Sunday, November 13, 2011

sebagai mama dan isteri

baru 11 hari jadi mama.
memang la sebelum ni dah memang mama..
tapi ni the real "mama" to a daughter la kan..
sangat mencabar.
sampai hari pun aku still x dapat lupa detik-detik melahirkan Aryssa.
dari saat sakit pinggang..
pecah air ketuban..
sampai la admitted kat wad, dan menunggu 24 jam untuk give birth.
kalau suruh tulis journal, confirm tiap saat aku x lupa.
huhuhu~
patut la Allah kata kita mesti utamakan mak in whatever situation kan.
sebab ni lah.. huhu~

besides jadi mama to Aryssa, i'm still "mama" to my hubby.
kat sini lah cabaran yang kadang-kadang buat aku agak tertekan.
lepas bersalin, nak kena pantang.
then, dalam tempoh berpantang kena pakai + makan segala bagai makanan.
nak bagi tambah susu utk Aryssa..
nak bagi body shape back to before preggy.
kalau ikut, sebelum pregnant pun aku x la slim.
chubby jugak.
tapi, since dah tengok kawan-kawan yang lepas bersalin badan mula mencanak naik, aku kena la prevent dulu kan.

malam, kena berjaga untuk anak.
nak-nak pulak dia dah pandai berjaga malam nak berpangku.
sangat stress bila dah bagi susu, tapi dia still x nak pejam mata.
susu x cukup ke?
bertambah stress bila hubby sedap main sms n Facebook masa aku tengah berhempas pulas susukan anak dengan rasa sakit.
*first time bagi breastfeed, sakit ok..*

kadang-kadang rasa macam give up.
sebab aku memang orang yang x tahan tekanan.
cepat sangat nak mengalah.
anak x boleh tido, mak yang melalak..
cane??
huhuhu~

tapi bila tengok muka suci anak kecik tu..
mengenangkan sakitnya bersalin..
buat aku rasa macam kuat balik.
sebab, hidup aku dah boleh dikatakan sempurna sekarang.
ada suami yang bertanggungjawab..
ada anak yang comel..
apa lagi yang aku nak, kan?
syukur..

p/s ni sesi motivasi untuk diri sendiri.. huhuhu~


Mama sayang kamu..
malam ni jangan meragam lagi ye..

Friday, November 11, 2011

=)

ini entry lapuk sebenarnye..
hehehe~
sebab hari ni baby dah genap 8 hari..
patut nye hari ni due date die.. tapi terpantas pulak..
x ape lah.. x larat nye ama nak tangguh tahan perut lagi seminggu kan..
yang penting baby selamat.. mama selamat.. =)

setakat ni, die baik-baik aje.
masa awal-awal balik tu dia meragam sikit.
maybe baru lagi, so susu x banyak..
mengamuk selang setengah jam..
hari ke2, sejam..
and die getting better and better day by day..
Alhamdulillah..

cuma ada satu hari tu, memang dia x nak tido awal pagi.
pukul 12 lebih berjaga sampai pukul 2..
mentalnya..
last-last, mama dia yang nangis kat papa..
sebab baby x nak tido..
huhuhu~

cabaran kan....

bak kata mak bidan...



:: kau ingat senang jadi mak? 



Nur Hanna Aryssa bt Hazrul Azrin

alahai.. anak dara mama.. hehehe~

Tuesday, November 1, 2011

DIA..



the one and only "mbah" i've had.
dari kecik, aku x pernah ada nenek.
since nenek belah ayah pergi sebelum aku tengok dunia.
then, inilah satu-satunya nenek yang aku ada.
nenek yang aku panggil "mbah" dari kecik sampai la sekarang.
dia lah nenek yang bawak aku naik basikal pergi kedai.
dialah nenek yang belikan aku baju batik masa pergi Penang.
dialah nenek yang hadiahkan rantai sebagai hadiah kawen hujung tahun lepas.
dialah segala-galanya lepas arwah atuk pergi.

sekarang, x ada lagi mbah..
x ada lagi orang yang akan telefon rumah bila hari hujan untuk minta teman.
x ada lagi orang yang telefon mintak hantar pergi kedai.
x ada lagi orang minta tolong pasang langsir tiap kali raya.
perginya DIA seminggu sebelum Hari Raya AidilAdha..
perginya DIA di tanah suci Mekah.
perginya DIA membawa sekeping hati yang tercapai hasrat akhirnya.
menjejakkan kaki ke tanah haram.

Mbah.. tenanglah mbah di sana.
di tanah lindungan Allah.
kenangan yang tersimpan, x mungkin dapat dilupa sampai bila-bila.
Semoga mbah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
hanya Al-Fatihah dan bacaan Yassin yang dapat kite sedekahkan buat mbah.
Al-Fatihah...



Salam sayang,
Nurul, Hazrul, dan bakal cicit mbah yang x sempat mbah jumpa..


pass baton!

hari tu post kekecewaan sebab x dapat attend kenduri cousin..
this is the fact.. huhu~
Mr Hubby x pegi pun keje..
x pegi game jugak petang Sabtu tu..
sebab.... Demam!
hehehe~

mula-mula, tunjuk protes jugak la..
tapi, aku kan lembut hati orangnye..
tengok dia bersin-bersin.. selsema..
pakai sweater pulak even dengan short.. hohoho~
pergi la jenguk dia dalam bilik tu..
pakai kan coolfever.. cool kan aku? hahaha!

jadi la aku nurse x bertauliah dari jumaat sampai ahad..
sudahnya, ahad malam dia pass baton lak kat aku.
hidung dah mula berair, kepala berat.
esoknya, Isnin aku pulak yg demam..
amek kau.. laki bini mc.
huhuhu~

nasib baik baby x keluar lagi..
kalau x, dengan baby sekali demam..


p/s 10 days more.. counting days.. huhu~

Friday, October 28, 2011

cousin's wed..

sorry, can't attend ur wedding.. huhu~
reason?

:: papa kena keje pagi tu.. x ada orang ganti.. *TIPU!*
:: petang ada game, x boleh escape.. *TIPU!*

Thursday, October 27, 2011

belum-lah!

minggu lepas aku x ada 4 hari kat skolah..
datang skolah hari isnin je, then induksi selasa sampai khamis..
jumaat, tiba-tiba kena pergi taklimat khas untuk guru koperasi.
lepas tu terus cuti sampai la Deepavali.
hari ni baru datang sekolah..
lalu sebelah kelas Tingkatan 1 Arif, terdengar sesuatu..

:: weiii~ cikgu Akmar belum bersalin lagi la.. tu dia datang..

hahaha~
rupanya begitu..
cikgu-cikgu pun ingatkan aku dah bercuti..
sampai ada yang kata..
:: bila nak bersalin ni? ko ni macam x nak bersalin je...

huhuhu~ nak..
hari-hari tido dalam debaran tau. *ayat x bleh blah*
dah mula sakit belakang tiap kali nak tido.
telentang, pinggang x leh nak mengiring lagi.
meletup-letup rasanya. sesak nafas jangan cakap lah kan..
makanya, hubby terpaksa jadi tukang urut tetap dan tidak berpencen lah sepanjang tempoh preggy ni kan..

baby memang dah rasa berat ke bawah.
nak-nak kalau duduk kat lantai buat kerja.
dah x mau membongkok lagi.
senak! huhu~
kakak-kakak kat skolah masing-masing dah cakap..
:: dia dah nak keluar tu.. perut dah turun..

erkkk~ menambah debaran mama la syg..


p/s Bile baby nak keluar ye? hehehe~

Monday, October 24, 2011

geram!

pergi mahkamah tadi.
nak ambil cop untuk surat akuan sumpah.

sampai-sampai je, pakcik tu bagitahu..
:: ni kena buat bayaran ye. tapi kaunter dah tutup pukul 3.30 petang tadi..
:: sekarang dah 3.35 petang.
:: datang esok je lah~

pakcik tu tanya kejap kat perempuan India, si pesuruhjaya sumpah.
pakcik :: boleh ambik tak satu ni?
makcik India :: esok pagi saya ada. ni nak anta bank dah..

tipu kan??
sakit hati sebab keluar tu cuma nak ambik cop.
apa salahnya ambik satu customer ni?

nak salah kan siapa ye?

patut ke tidak?

hehehe~
semalam, pagi-pagi dah merengek nak keluar.
dari hari tu lagi ajak hubby keluar dating..
kes boring duduk kat rumah la ni..

jadi, buat trick macam-macam nak keluar even hubby kata pening kepala pagi tu.
picit-picit sambil jual minyak..
ajak pergi Putrajaya..
nak berjalan, x hengat perut dah sarat. perasan gagah la pulak! huhu~
tapi, ajak punya ajak.. hubby lari masuk bilik pulak.
maka, aku diam aje la..
sudahnye, diam sampai ke petang.

maknanya, dah merajuk la tuan empunya badan ni kan.
semalam janji nak keluar breakfast.
tapi masing-masing buat breakfast sendiri kat dapo.
dia buat horlick, aku buat kopi.
dia makan biskut tiger, aku makan telur goreng.

pastu masuk bilik, tido.
petang pukul 2++, baru tanya..
:: mama nak keluar ke? *aku dah merengek-rengek, baru nak tanye?*
:: mama lapar x? *soalan ni lagi la hangin..*

dengan muka sedih, aku siap-siap..
dia pulak sibuk nak picit-picit belakang la..
nak sayang-sayang la..
*malas nak layan*
mata dah merah kan, mana nak layan orang gedik-gedik camtuh!

siap-siap, keluar pergi makan kat mamak.
mamak PD je okeh!
then heading to Carrefour Rahang.
x sampai sejam, dah keluar.
beli ape? *HANYA pampers bby + coklat*
lepas tu balik.
aku dah tarik muka lagi.
siap merayu, :: mama x nak balik rumah..
tapi, x de respons pun..
dia cuma membebel, bgtahu aku dah sarat.
kaki dah lenguh-lenguh..
x larat nak jalan.

owhhhhh~ tension nye mama, nak!
makanya...
nak terus merajuk ke, x?
huh~

Saturday, October 22, 2011

dia sudah 28..

semalam birthday hubby..
bangun pagi tu, memang dah ingat.
sengaja x nak wish..

pagi, datang sekolah kena pergi taklimat koperasi pulak kat SHAMs..
sesat-sesat aku dengan Lucy cari sekolah tu.
rupanya pernah lalu, cuma dah lupa jalan.

balik tu singgah rasah kemayan pulak, amek cupcakes untuk suprise kan hubby..
pun sesat jugak..
memang perjalanan penuh liku betul.. hehehe~

ni cuppies hubby..



suke.. =)
slalu order kat kinah, tapi dia kursus plak kat Langkawi..
terpaksa cari bakers lain..
tumpang cake kat rumah mun..
sebab x de hadiah, beli bouquet utk hubby..
6 kuntum je..

balik rumah dari seremban tu, hubby dah mula cakap-cakap..
:: mama lupa nak buat sesuatu kat papa hari ni..
eik.. dia ingat rupanya hari ni birthday dia..
wish la jugak.. jaga hati..
then, petang dia balik training tu baru bagi cuppies ngan bunga kat kedai maksu..
plan dengan mun+jack..
cian hubby..
kena campak dalam lumpur rupanya.
dengan badan berbau tu, jack ajak lepak minum pulak..
rupanya ada konspirasi sikit ye.. huhuhu~

anyway, happy 28th birthday dear hubby sayang..
semoga kasih sayang kita semakin bertambah, keluarga kita semakin bahagia dengan kehadiran baby bulan depan.. *insyaallah.*
mama n baby sayang papa ketat-ketat!
=)

dah balik..

alhamdulillah..
selamat pulang dari induksi.. =)
tempat kursus pun x jauh.. bagan lalang je..
tapi kuasa Allah kan, nasib baik selamat semua nya..

masa pendaftaran pun dah kena tanya dengan urusetia.
"dah berapa bulan?"
erkk... :: 7.. huhu~
sorry sayang, mama terpaksa tipu sikit uncle tu..
nanti dia suruh mama balik pulak..

member group ok, rumet pun ok..
bila terjaga malam, ia pulak yang ikut terjaga.
tanya ok ke x..
takut terbersalin kat hotel kot.. hehehe~

semoga dengan kekuatan baby dan izin Allah, mama lulus kursus induksi ni dan dapat cepat-cepat sah jawatan ye! =)

amin...

Wednesday, October 12, 2011

rezeki baby..

saya dah terima lantikan untuk naik DG41 dari DC41!..
yeayyy~
aku la yg paling lambat sebenarnye.. huhu~
yg posting lg lambat dari aku pun dah lama rasa DG.. aku yg TERlambat sekali.. huhu~
x kisah la kan.. asalkan dah sah taraf..
=)


ari tu kan ade cakap pasal induksi, kan?
tadi Cikgu Amir jumpa aku kat bilik guru.
masuk-masuk je terus tanya..

Dia :: Nurul, larat x nak pergi kursus ni?
Aku :: Larat nih..
Dia :: nak pergi x?
Aku :: nak pegi sangat..

rupanya dia dah tolong telefonkan orang jabatan pelajaran n9..
bagitau keadaan aku nih..
pastu, unit latihan suruh buat surat untuk mengatakan aku akan tanggung semua risiko masa kat sana.

baby.. jangan kuar lagi ye..
bagi mama settle ni dulu..
so, tahun depan x yah g kursus lama-lama.
x yah tinggal baby ngan papa.. kan?
*dengan harapan baby faham.. huhu*



Sekali dia moving la..
maknanya...


baby support mama habis-habisan! =)

Monday, October 10, 2011

x serupa bikin!

hari tu nasihatkan student.
jangan berhutang, nanti susah esok lusa..
masalahnye sekarang, aku dah berhutang 1 month bill dengan Encik Astro.
bil sampai tadi, rupanya last payment aku adalah pada bulan 8 hari tu.
bulan 9 x de payment.
lupa.. 
dalam cimb clicks plak x cukup untuk buat 2 payment.

so, aku buat payment for 1 month dulu.
the next payment after transfer duit nanti.
oleh itu, mari kita sorokkan bil Astro tu ye baby sayang..
kalau tidak, nahas kite if papa tahu..  -__-"
huhuhu~

Saturday, October 8, 2011

budget 2011..

semalam tengok budget.
separuh je, pastu budget lak tengok aku tidur kat sofa tu.. hehe~
pastu sambung dengar kat radio plak..
sebab nak pergi jemput mak ngan ayah kat Seremban.
yang sempat dengar cuma bonus setengah bulan gaji bulan 12 nih..
Alhamdulillah..~
syukur, rezeki baby nama nya tu..
nak beli stroller.. car seat..

tadi bukak fb..
ada orang post status..


:: Jadi cikgu jugak yang senang. kerja separuh hari. sabtu ahad cuti. x payah pegi wataniah. cukup masa naik gaji..

erkkkk~ sentap sikit la..
cikgu zaman sekarang x macam cikgu zaman dulu.
tu realitinya bila dah terjun dalam bidang pendidikan ni.
sebelum ni memang aku x nampak.

datang kerja, sebelum pukul 7am.
1 hari boleh dapat 6 waktu mengajar *ada yg kena sampai 8 waktu*
6 waktu x 40 minit = 240 minit.
1 hari, dari 7.40 am sampai 2.40 pm, ada lebih kurang 10/11 waktu.
masa free yang tinggal = 4 waktu.
kena jaga koperasi, tanda buku, buat kerja-kerja clerical.

2.40pm, x semestinya boleh terus balik.
meeting, sampai pukul 5..
x ada meeting, kena stay back untuk aktiviti 1 murid 1 sukan @ ko-ku..

balik rumah, kena sambung kerja sekolah pulak.
buku rekod mengajar untuk esok, kena buat.

bila sekolah masuk pertandingan, cikgu yang paling sibuk.
berkampung kat sekolah.
kadang-kadang rasa kerja pembantu am rendah tu lagi banyak masa free.
kerja dalam office ber air-cond.
ada masa main fb, makan-makan kat pantry.

tapi, bila tu dah jadi sumber rezeki, maka aku redha la.
walaupun kadang-kadang merungut dengan hubby.
biasalah tu kan..
luah perasaan katanya..
hmmmm~




Thursday, October 6, 2011

untuk dia.. =)

semalam kan hari protes.
maka, malam tadi pergi Jusco Seremban dengan Mun, Qis ngan Angah.
tershopping baju untuk si dia.
si kecil dalam tummy mama ni la..
hehe~

x banyak pun, tapi habis jugak lah RM150 lebih kurang..
huhu~
beli baju lengan panjang 2 pasang, baju lubang-lubang 2 pasang.. *due to keadaan PD yg panas ni*
rembat seluar Mickey 1.. and beg baby + papa.
kan dari hari tu dok usha beg tu..
konon nak beli untuk anak Nuar + Adura.
tapi, oleh sebab hubby suka tangguh beli barang.. dah abis dah bila datang lagi.
jadi tanpa berfikir panjang, aku terus check and capai aje la.
plus, warna silver tinggal 1.
yang lain tinggal hitam n putih.
putih tu cantik, takut cepat kotor pulak.

Mun suggest beli yang pattern ladybug tu.
tapi, rasa macam hubby x berapa nak comel je kalau bawak beg tu.
hohoho~

lepas habiskan duit, balik rumah.
sampai pukul 10.30 camtu.
hubby masih belum tidur..
menunggu si wifey yang membawa diri.

dan malam itu adalah sesi meluah rasa antara suami isteri ini, ye..
renung-renungkan..
dan selamat beramal!

phewwwww~
-_-"

Wednesday, October 5, 2011

emosi terlebih..

entah lah ye..
sejak-sejak masuk third trimester ni, emosi selalu terganggu.
rasa nak menangis.. *dah menangis dah pun*
cepat kecil hati. cepat terasa.
pantang ada yg x kena sikit, nak nangis.
air mata pun macam x segan silu keluar.
adakah ini mengesahkan bahawa bby adalah gegurl?

memang aku ni sensitif.
sebelum preggy pun sama.
tapi, sebab dah preggy ni.. rasa macam melampau pulak.
rasa nak sentiasa ada dengan hubby.
x mau bagi dia pergi mana-mana.
duduk dengan aku je.

alkisah, hubby pergi training kat seremban.
semalam, balik training dah lambat.
8++ pm baru sampai rumah.
then, nak keluar lagi pergi urut kaki.
ankle sakit, jalan hincut-hincut.

tapi, hari ni larat pulak nak pergi jogging kat lake garden tu.
awak jalan pun hincut-hincut.
lepas training diorang nak pergi cari kasut bola.
sponsor jugak ke?
bukan ke kalau main bola tu kasut sendirian berhad?

aku sedih bila hari-hari macam ni.
aku nak dia selalu dengan aku.
stand by if anything happen.
aku dah 8 bulan lebih.
walaupun aku sendiri selalu cakap kat baby, jangan keluar lagi.. tapi kita tak tahu, kan?


aku letih kena tinggal kat rumah sorang-sorang.
aku cemburu bila dia ada ramai kawan.
aku cemburu bila dia masih ada masa untuk buat apa yang dia suka.
aku cemburu bila dia x rasa apa-apa bila tinggalkan aku sendiri..

Monday, October 3, 2011

masalah orang..

boleh jadi punca masalah kita, kan?
urmmm...
patutnye x boleh nak jaga tepi kain orang sangat.
tapi, secara x langsung buat aku rasa insecure pulak.

my friend texted ari tu.
ade krisis dengan hubby dia.
something yg aku rasa personal sebab aku pun x tahu sangat.

tapi, kisah dulu-dulu yang pernah hubby dia buat tu, menyentapkan jugak la.
having affair with some other woman.
tapi tu dulu.. sekarang, x tahu still ada atau x..

and the problem is, my hubby agak close dengan hubby dia.
kerja sama-sama, 1 team.
rumah pun selang berapa je..

aku bukan nak buruk sangka, cuma..
haishhh~

2 3 hari ni aku asyik ulang dialog yang sama je..
:: mama sayang papa sangat..
:: mama nak jadi isteri papa selagi mama hidup..

Ya Allah, peliharalah rumah tangga kami..
Amin...

ada bakat jugak rasanya.. =)

malam semalam pergi tengok baby Kak Miah.
hadiah dah 2 bulan beli, baru dapat bagi semalam.
huhu~

Anak dia comel sangat..
ikut muka ayah dia. putih pulak lagi.
eishhh~ geram tengok.
aku dah berani pegang.
ye la, budak dah 2 bulan.
berat pun dah naik 5 kilo.. hehe~

dia meragam malam tadi, nak tido tapi x lena.
lepas aku dukung, tepuk-tepuk.. dia tido balik.
eishh.. ada bakat jadi mak jugak aku ni.. hehe~

masa dukung anak Kak Miah aka Ammar tu, si kecik kat dalam ni sibuk gerak-gerak.
masa dukung Daniel anak sepupu hubby pun sama.
baby cemburu ke suka?
hehehe~

Wednesday, September 28, 2011

hadoi!

duduk rumah sorang-sorang ni boring, kan?

baby, gerak kuat sikit..
teman mama..

hmmmm~

Tuesday, September 27, 2011

gila online shopping..

masalahnye, bukan untuk baby..
untuk mama baby..
huhuhu~

ari sabtu lepas beli dress lagi.
ni pun tengah usha-usha dress lagi.
Ya Allah.. kenapa la mama kamu ni sayang..
membazir je.
asyik nak melawa je.
agaknye, betul kot baby tu perempuan.
sebab orang kata kalau kat dalam tu perempuan, mak die suke mekap sume.
tapi artis tuh, selambe je..
hmmm~

p/s Cuba menyekat nafsu!

Sunday, September 25, 2011

necessary or unnecessary?

jalan-jalan kat mudah.my..
jumpa baby cot 2nd hand..
orang tu nak let go sebab x ada space dalam rumah dia.
rm150 je..
aku rasa macam nak sangat beli sebab harga paling rendah untuk baby cot yang aku pernah jumpa is between rm250++..
lagipun, kita tak tahu baby nak tidur dalam tu lama atau x kan..
so, rasa macam affordable je harga dia.
yet, barang nampak cantik.

aku try text the owner.
perempuan cina.
dia call balik pagi tadi, masa otw pergi brunch dengan hubby.
dia memang nak jual dekat orang dekat-dekat, sebab dia kat seremban je.
ok la, x jauh sangat.
tapi...


hubby x setuju pulak.
kata dia, awal lagi.
nanti baru cari.
tapi, nanti dah x ada baby cot dengan harga tu.
macam biasa, aku mati ayat nak cakap lagi.
plus, hubbby tengah demam selsema.
kepala berat.
x pasal-pasal pulak karang aku kena marah..


so.. is it necessary ke tidak sebenarnye ye???

Wednesday, September 21, 2011

sentap!

terasa hati sangat-sangat.
kecik hati sangat-sangat..

selamat malam..

~pantai~

malam tadi lepas makan, lepak kat pantai bagan pinang.
sebenarnya, mood tengah swing sikit..
x tahu lah, macam ada yang terasa hati dengan hubby.
nak lari sendiri, dah 7 bulan lebih..
huhuhu~
so, aku angkut hubby lari sekali.

pukul 9++ pm, duduk tengok air laut.
ntah la..
hati rasa tenang bila tengok laut.
duduk ambil angin sejuk..
walaupun dalam hati tahu itu x baik untuk ibu mengandung.

hubby tahu, ada yang x kena.
tapi, better diam dari cakap.
sebab tahu hubby x boleh nak terima.
lain kali kena cari cara lain untuk luah perasaan pada dia.
jalan selamat, peluk saja dia.
diam, confirm x kan tanya apa-apa lagi.
huhu~

lagipun, tu memang the best treatment bila hati rasa gundah gulana.
*ayat...*

Tuesday, September 20, 2011

air ape tu??

Mun bagi bihun sup tadi..
aku makan la..
hari ni rasa malas nak masak.. protes kes semalam..
*hubby balik lambat dan membiarkan ibu dan anak ni kelaparan dari petang sampai pukul 8.30*

maka, lepas makan bihun sup tadi terus la memalaskan diri depan laptop..
dahaga pulak..
g terjah peti ais..
ada 2 botol air mengandungi air jernih.
selalu minum air dalam botol putih tu..
hari ni terminum air dalam botol minute maid pulak..
bila telan, rasa pahit.
dah x boleh keluar lagi sebab dah telan..

yekkkkk! air ape papa kamu simpan ni baby?
terpaksa tunggu dia balik sebab handphone ada kat rumah dan dia pegi training pulak..

p/s mintak-mintak x de ape-ape..
risau kat baby..

Monday, September 19, 2011

Melting..

Penghujung Cintaku :: Pasha ft Adelia


berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri 

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]












Jangan lupa jadi isteri bila bergelar ibu..

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.

Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat…
sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

credit :: News @ Feryco

Aku kata....

Betul jugak ape yang die cakap.
cuma nak jalankan tanggungjawab tu berat.
jadi pekerja kat tempat kerja, balik rumah jadi ibu dan isteri.
tapi, bab suami adalah sentiasa anak sulung tu aku rasa tepat sangat-sangat.
sebab, baby belum keluar lagi pun hubby dah tunjuk manja dia.

hari tu ter-rajin nak bersihkan muka dia.
sapu toner bagai, masker lagi.
lepas 3 4 hari, dia mintak lagi.
kononnya aku dah janji nak buat seminggu 2x..
bila dah baring-baring tu, malas la nak bangun balik.
aku pun mintak la dia ambikkan semua benda-benda tu dalam drawer.
aku buat la nanti.
terus tarik muka, merajuk.
e'ehhh... orang tua dia ni..
masuk malam tadi, dah 2x dah dia tarik muka..
hadoi la..
"anak sulung" saya..

Friday, September 16, 2011

induksi..

semalam pergi taklimat awal induksi.
untuk orang-orang government ni, wajib pergi induksi untuk sah jawatan.
result interview hari tu belum keluar lagi, tapi nama dh naik..
alhamdulillah..

tarikh untuk kursus adalah 18-20/10/2011..
mungkin akan berubah..
harap-harap sempat la nak pergi.
sebab tu dari semalam dok usap-usap perut..
cakap dengan baby suruh keluar bulan 11 jugak, ikut due.
nanti kalau tangguh, kena pergi next year.
nanti kena tinggal baby ngan hubby..
kesian baby x dapat manja ngan mama.. huhu~

p/s Baby faham, kan?

sudah! =)

semalam adalah hari penuh rezeki untuk mama and baby.
dari pagi makan free sampai malam.
cikgu-cikgu buat pot luck.
petang open house 3 rumah.
sempat pergi 2 je.
menu adalah sangat masyuk.. hehe~
malam, kawan hubby panggil datang makan-makan pulak.
alhamdulillah...~

mungkin jugak sebab aku makan terlebih, maka x terasa sangat baby moving.
risau sangat, sebab dah dengar cerita macam-macam.
jadi, malam tu pergi klinik untuk scan baby.
alhamdulillah, baby ok..
jantung die denyut2..
kedudukan pun dah ok. kepala dah turun.
semua ok la..
senang hati aku..

masa scan tu, die duduk macam ni..

ni bukan baby saye..
gambaran saje..


nampak x?
kaki n tangan die tutup muka?
sebijik macam gambar kat ticker tu..
gambar kat scan hitam putih..
scan biasa je, sebab kat klinik tu x de 4D..
tapi, macam tu la die semalam.

ohhh~ doktor kate sesuatu tentang jantina die..




tapi tu jangkaan awal saje..
*kata hubby..
erkkk~ macam frust je?
huhu~


p/s Baby jangan buat macam tu lagi ye.. gerak la kuat-kuat sikit.. mama x marah.. =)

Wednesday, September 14, 2011


abaikan background yg sepah2 tu..
huhu~

habit baru sekarang, berdiri depan cermin sambil tengok perut.
baring depan tv pun tengok perut..
sebab baby suke sangat buat ombak dalam perut..
tapi, bila aku tengok, dia pun diam..
cover aehhh~ hehe~

sekarang pergerakan baby berat ke sebelah kiri.
bersila je, die kick kat bahagian bawah pusat belah kiri.
nak mengiring ke sebelah kiri jangan cakaplah.
siaplah kena tendang-tendang aku ni.
dia x selesa la kot.
kadang-kadang tengah mengajar pun sampai pejam-pejam mata sebab tiba-tiba dia buat moving kasar.
hadoiii~ sakit perut mama..

orang-orang semua dah sibuk tanya gender baby.
sesi teka-teki hari-hari pulak..
ade yang kata baby perempuan, sebab mak dia berseri-seri plus senyum aje...
ada yang kata lelaki, sebab perut nampak tajam ke depan..

ape pun x kisah, asalkan dia sihat walafiat..
tapi, dalam hati teruja jugak nak tahu..
nanti kena hasut hubby la.. =p




sayang kamu..
(^_^)v

Saturday, September 10, 2011

maternity photoshoot?

kena saving untuk baby..
tapi, teringin..

comelnye...










p/s saye suke...

makan-makan..

jadi cikgu ni glamour jugak, ye.. huhu~
student sibuk nak datang beraya kat rumah.
siap mintak duit raya lagi tu..
banyak cantik kau!
jawapan aku senang je la..
:: nak duit raya?
:: ko make sure ko study subjek Perdagangan dulu, dapat jawab soalan baru boleh bagi.
sape suruh cari pasal dengan cikgu, kan? haha~

diorang nak datang semalam..
tapi x dapat la..
letuh hari khamis pun x hilang lagi.
so, aku suruh dia datang ahad je.
berapa ramai yang nak datang, aku pun kurang pasti.
rasanya dalam 30 kot..
more or less la..

nak masak ape ye..
x pernah buat makan-makan untuk orang yang agak ramai.
rasanya, menu simple je kot.

soto + bihun sup..
puding..
air sunquick..
buah tembikai.

aci x menu macam tu?
nak masak lebih-lebih takut nanti x terlarat pulak.

Monday, September 5, 2011

cerita lama..

Korang penah crush on someone x?
aku rasa, x de sape yang x penah kan..
aku banyak sangat.. hehe~ *gedik*

tapi, satu crush ni yang betul-betul crush la..
he is a friend of my bff's brother.
kenal dia masa wedding bff la.
aku pengapit, dia photographer.
mula-mula nampak, saja-saja cakap kat bff yg kawan abg dia tu sweet.
tapi lepas cakap tu, automatik pulak tersuka.
suka tengok je la.
lagi pun masa tu dah kawan ngan hubby.
hubby pun nak datang jadi pengapit lelaki.. huhu~
makanya, x boleh nak lebih-lebih.

si bff pulak, sibuk risik-risik pasal Mr Photographer kat abg dia.
semua cerita lah aku tahu.
memang habit dari zaman sekolah, aku suka sangat usha orang yg aku suka dari jauh.
tengok curi-curi.
tengok je la, kan.. x la lebih-lebih.
tapi, mak si bff macam tahu pulak.
siap tanya aku kawan dengan siapa.. serius ke tidak..
Mr Photographer pun ok je.. borak elok je dengan aku.
anggap macam abang je la kan.
dia cikgu english kat sekolah cina kat KL. former, he was an architect.
berhenti sebab apa entah.
cerita dengan dia terhenti setakat kat situ je.

baru-baru ni, bff datang raya kat rumah.
terbukak cerita pulak pasal Mr Photographer.
dia frust gila bila tahu aku bertunang dulu.
bff kata, dia suka sejak tengok aku kali pertama.
dalam hati.. "Mr Photographer! kenapa x cakap awal-awal.."
huhu~
tapi, bila tengok muka hubby yang rajin sangat tolong buatkan air masa tetamu datang raya..
plus dengan baby yg moving dlm tummy..
aku senyum balik la..
x ada jodoh dengan dia.

Allah dah temukan aku dengan orang yg betul-betul sanggup susah senang sama-sama.
layan perangai yang berangin kadang-kadang ni.
manja x tentu pasal..
Alhamdulillah..

kuasa Allah tu besar.. kan baby?
=)

p/s I love you, hubby!

Saturday, August 27, 2011

mood raya.. =)

hari ni 27 Ramadhan..
means tinggal 2 hari je lagi nak raya.
mood tahun ni lain sikit la..
macam excited pun ada.
maybe sebab dah berduit sendiri, dah berhubby..
huhu~

skang tengah kat bilik, konon-konon nak kemas baju.
tapi dari tadi dok stuck kat depan lappy..
hehe~ memang dasar banyak alasan! =p

kemas rumah kena tunggu hubby balik dulu..
dia pesan jangan panjat-panjat..
nak mop lantai, kena tunggu dia clean up kipas dulu.
penat dah hasut dia x payah pegi kerja tadi.
tapi, misi gagal la pulak.. hoho~

esok pagi balik kampung..
x sabarnye..

\(^_^)/


Friday, August 26, 2011

first preggy outfit..

huhu~

x gemuk... ke?

tadi try kain pelekat nak buat sampin hubby raya ni.
al-kisah, baju melayu kelabu yg pakai masa nikah hari tu x de sampin.
kecik.. so, die x nak pakai.
bile match kan dengan kain pelekat yg beli kat langkawi hari tu, macam cantik pulak.
warna purple.. ok la kan..
pastu, aku pun menggedik la try baju nikah aku dulu.
muat lagi lah....!
kain pun muat..

ni maknanya aku x gemuk atau dulu masa nikah memang aku gemuk?
huhu~ hubby bagi pakai raya nanti.
tapi takut ketat plak kain pas makan banyak rumah nanti..
hehe~

p/s esok nak gotong-royong kemas rumah.. =)

Thursday, August 25, 2011

persiapan raya

tahun ni, raya pertama di rumah sendiri.
walaupun cuma kuarters MPPD..
kena la hias sikit, kan?
tapi, oleh sebab bugdet dah banyak pergi kat baby..
makanya aku tak beli langsir baru pun.. huhuhu~
mungkin aku recycle langsir rumah mak.. hahaha~

malam tadi pergi beli bekas kuih raya.
terasa macam mak-mak pulak.
sebab selama ni, aku yang bawak mak pergi beli benda macam tu..
beli alas meja.. tempat basuh tangan..
remeh jugak sebenarnya kan.
rasa macam nak kena beli pinggan sikit la, plus sudu garfu.
sebab takut kalau orang datang makan benda selain kuih raya.
tapi, nak beli yang tu kena sorok sikit ngan hubby.
karang die bising x sudah.

p/s barulah saya tahu, lelaki sebenarnya kalau membebel lebih worst dari perempuan.. =p

baju raya!

dah sampai..
yeay!
al-kisah, kan nak cari baju raya sama warna dengan hubby.
dah pusing Seremban, tak jumpa.
ada sebenarnya, tapi perut saya sangkut..
hukhuk~
try 2 pasang, semua pun sangkut kat perut.
makanya, aku mengambil langkah berani *ayat x bleh blah* untuk beli baju online.
maxi dress.

macam mana rupa gayanya aku pakai baju tu, tidak-lah diketahui.
sebab tadi orang sky net hantar kat rumah tapi tak ada orang.
*nasib baik hubby belum balik rehat.. kalau tidak, kantoi la beli baju lagi*

p/s x sabar nak balik kampung!

Monday, August 22, 2011

demimu anak..

sabtu lepas pergi KL..
stay umah Kiela. patang sabtu tu pergi terjah onebabyworld.
beli selimut murah, rompers, lampin, sarung tangan + kaki..
socks.. banyak jugak lah..
plus, beli breastpump jugak.
semoga ada la susu aku ni nanti.
aku beli spectra 3 yg electric tu.
x la penat tangan nak pump.. huhu~
hampir habis jugak la bonus raye aku.. huk..

beli barang anak, ayahnye x beli baju raya pulak.
ingat nak belanja sehelai dua, tapi dia pulak tak nak.
baik pulak hubby. huhu~
aku pulak sibuk nak carik jubah/dress kaler grey.
nak sama dengan baju melayu hubby.
nak pakai baju sama tahun ni.
kate pun first time raye sama..
huhu~

kuih raya pun dah dapat.
semuanya (x termasuk yang belum dapat) ada 11 balang.
huhuhu~ mati la kalau hubby nampak.
membebel x sudah pulak tu karang.
rasanya ada lagi 2.
rasanya lah.. x tau la kalau lebih.. huhu

Saturday, August 20, 2011

senget-benget

hahaha~ itu perut aku la tu..
lately baby sangat suke mengeras kat certain-certain kawasan.
pastu boleh la nampak senget-benget perut ni.
jap-jap cam ade seketul je kat belah kanan.
comel. suka.
sebab bila baby moving macam tu, rasa macam kita ni ada kawan.
boleh cakap-cakap ngan die.

tapi, sekarang dia dah pandai siku-siku.
sakit jugak la..
x tau dia ni menggeliat ke ape.
hari tu masa tengah potong kuku hubby.
tangan hubby sandarkan kat perut sebab x larat nak angkat. *berat..hehe*
then masa tu la dia main siku dia kat dalam tu.
tanya hubby, rasa x dia gerak?
baru la hubby tau sakit rupanya bila dia gerak-gerak ganas camtu.

hari tu masa dalam claz.
baru nak start teaching, dia boleh kuis pulak kat bawah tu.
hadoiii~ suke ye dengki mama..

Friday, August 19, 2011

Ramadhan 19

Alhamdulillah..
setakat ni x de ponteng lagi.
even kadang-kadang rasa x larat sangat.
=)

hari ni berbuka kat luar dengan hubby n kawan-kawan.
tapi tetap kirim kek batik ngan air tebu pakcik yang dia selalu beli kat bazar.
dari pukul 1 tadi dok tengok jam, terasa-rasa air tebu tu.
sampai rasa nak suruh hubby beli 1 bungkus untuk aku sorang.
haha~ bernafsu betul!

kuih raya dah dapat sejenis.
yang lain-lain maybe minggu depan.
aku pun dah lupa total kuih raya yang aku beli kat sekolah tu berapa.
order ngan siapa pun aku dah tak ingat.
jadi, terpaksa dengar hubby membebel.
huhu~

p/s esok pegi hunting baby's stuff kat kl.. =)

Monday, August 15, 2011

kisah semalam~ Ramadhan 14

semalam cukup 2 minggu kita puasa.
malam tadi pun terang je, bulan penuh.. =)
ada kisah rupanya pada 2 minggu Ramadhan tu.. huhu~

last post, hubby bagi tahu nak berbuka kat luar dengan Ca'ir n Misri.
ada orang belanja.
kan aku tahu sendiri.
lastly, pagi Sabtu hubby bagitahu sendiri.
tapi via texted aje.
motif? *takot la tuh nak cakap face to face!*

hubby balik tengah hari, aku buat muka selamba.
godek-godek website window shopping barang baby.
lepas tu baring depan tv tanda buku budak.
dia tegur, sepatah aje aku jawab. * durhaka* huhu~
petang, berbuka kat rumah mak mertua.
mood masih sama. diam saje.
sampai la ke Ramadhan 14 tu.

tengah hari, balik rumah lepas tolong mak masak sikit-sikit.
dalam hati dah plan nak berbuka dengan mak.
carik kasih sayang mak mertua pulak.. huk~

tiba-tiba..
:: mama x yah masak la petang ni. ikut papa jek..
*eikkk? salah dengar ke?*
siap suruh iron baju segala bagai sebab nak berbuka kat luar.
rupanya terkesan jugak ye ke-diam-an aku 2 hari ni.
sampai tiba-tiba baik hati pulak nak memujuki hati aku yang berduka lara ni..
hehehe~

anyway, thanks hubby sebab bawak saya semalam even kita x makan 1 meja.
saya enjoy duduk dengan wife Ca'ir yang sama-sama preggy dan kuat makan tu..
;p

p/s saya belanja baju raya nanti, k?

Saturday, August 13, 2011

sejukkan hati..




sejuk, kan?
tengah sedih-sedih semalam, tengok pic barang-barang baby buat hati macam cool balik.
nak-nak bila baby pun response.
ok..ok..
nanti mama beli socks macam ni ye..
comel je anak mama nanti..
hehe~

nak window shopping lagi..

berbuka sendiri?

hari ni buka kat rumah mak mertua.
hubby dah rindu masak lemak mak die la tuh.. huhu~
esok?
mungkin aku akan berbuka sendiri.
alasan?
hubby akan keluar berbuka bersama kawan-kawan beliau TANPA isteri.
ada sedikit sedih dan sayu di situ.
punca?
:: macam biasa, aku tahu sendiri. bukan dari mulut dia.
:: terpaksa buka puasa sorang-sorang.
:: x ada inisiatif ke nak tolak @ at least bawak la aku same!

aku bukan kesah sangat tang makan-makan tu.
tapi, sejak dah jadi wifey ni..
everything yang kite buat, hubby is the 1st thing muncul dalam kepala.
nak beli Dynamo murah pun teringat hubby jugak, tau!
so, it makes me wonder la..
ade tak muke aku ni terpampang kat kepala dia masa dia plan something?

p/s kalau la rumah mak dekat... hmmm~

Tuesday, August 9, 2011

new EDD..

balik segamat minggu lepas.
pergi Pakar Lim untuk scan baby.
mana la tau kot-kot dia nak tunjuk sesuatu.. hehe~

akhirnya, x nampak pun.
dapat EDD baru pulak.
doctor tu kira balik, plus minus kelewatan datang period semua.
so. maybe baby akan tengok mama secara live on 22 Nov 2011.
lambat lebih kurang 11 hari dari tarikh asal.

baby sihat.
cuma dia songsang.
kaki kat bawah, kepala kat atas.
patutlah selalu rasa macam dia kuis-kuis kat bawah tu.
pandai usik mama ye..
sampai terasa nak pee pee pun ada.
heh~

tak apa lah lambat pun.
asalkan baby sihat dan sempurna sifat.
=)

Friday, August 5, 2011

malas

petang nak buka apa ye?
malas nak masak..
huhu~
tadi pergi TF, supermarket baru bukak kat belakang Billion.
beli hamper untuk baby kak Miah.
petang nak g tengok.

masa nak balik, terserempak dengan Ain.
teguran dia :: nape ko kurus ni kak? perut kau mana?
eikkk~ dah 63.3 kgs ni.. x cukup gemuk ke?
ok la ni..
berat maintain.
kan baby?


hari ni baby dah 26 minggu.. =)

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan 4

sudah hari keempat.
semalam lembik satu hari.
lepas sahur muntah balik nasi goreng.
+ ubat baby.
hasilnye, baby x berapa nak aktif sangat. huhu~
hari ni mama topup balik, kan syg..

hari ni masak balik.
menu berbuka simple saje..
bihun goreng. nak beli cempedak tadi..
tak jadi sebab takot kang hubby beli makanan banyak kat bazar ramadhan.
sahur pun x tahu nak masak ape. hubby x requset apa-apa.
plus x mau makan nasi.
even buat aku rasa macam *Alhamdulillah...* tapi pening pulak nak isi perut cik abang tu.
 -_-'

p/s Kak miah dah selamat bersalin baby boy semalam.. x sabar nak pergi tengok.. =)

Tuesday, August 2, 2011

check up..

ntah yang ke berapa.
x kira pulak..
huhu~
timbang berat macam biasa.
kalau dulu, sangat-sangat nak kalau nampak penurunan.
sekarang jadi risau, sebab ada someone dalam tummy.

berat mama untuk hari ini..
63.3 kg..
equals to berat sebulan yg lepas.
huhu~
best news is, mama x ada diabetes!
adakah sebab mama muntahkan balik air glucose hari tu??
Tuhan aje yg tahu.. huhu~

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1

hari ni mula puasa.
hari tu risau-risau, takut x boleh tahan.
sebab perut asyik lapa je.
tadi pun sama, tapi tahan la.
puasa ok, cuma letih sikit.
makanya, malam ni TERpaksa biarkan hubby pergi terawih sendiri.
aku, di rumah tulis blog + facebook + key-in markah budak.
insyaallah, rabu nak pergi.
esok dah x dapat sebab hubby nak teman kawan bersunat.. hahaha~

baby agak aktif hari ni.
dari pagi tadi terasa dia gerak-gerak.
mama ngan papa bangun sahur, baby pun sahur sama ye?
hehe~ kamu comel lah sayang.

oppsss~ jubah yg aku order online tu dah sampai.
so, dah boleh pergi sekolah pakai uniform la.
tadi pun ramai yang menegur perut dah nampak.
hehe~ baby nak show off ye?
ok2.. nanti mama beli baju banyak sikit, boleh tukar-tukar pergi sekolah ye..

Wednesday, July 27, 2011

tekanan..

jangan stress sangat..
cian kat baby.

tapi nak buat macam mana.
memang stress sangat-sangat.
semalam cuti.
heaven sangat bila hubby ajak pergi Seremban malam tadi.

bila bangun tido, back to the reality.
pergi sekolah, everything kena settle asap.

HEM :: Akmar, nanti hantar fail disiplin yg dah siap kemaskini kat meja akak.
HM :: Cikgu form teacher ke? tolong ceriakan kelas ye, esok orang Jabatan nak datang
C. Budaya :: Jangan lupa sediakan budak malam ni. Kita kena gerak awal sikit untuk sambutan VIP .
Students :: Cikgu dah siap tanda kertas ke belum???

arghhh~ boleh x bagi aku bernafas sikit?
semua nak rushing kerja satu hari.
hari ni pulak kerja sampai malam.
ni dah mengalahkan kerja kat CIMB dulu rasanya.
yang tu tensi kat office, then balik rumah semua hilang.
kerja x bawak balik.
sekarang ni rasa terbeban sangat.

as someone ask me..
:: kenapa quit kerja kat bank and jadi cikgu? tension tau cikgu ni.

as for me..
bukan kerja tu yang men-tensi-kan diri..
tapi pihak atasan.
orang bawahan ni pelaksana.
awak orang atasan sebagai pentadbir.
tak bermakna awak boleh nak push kami yang bawahan ni sesuka hati.
ingat la, kalau orang bawahan ni mogok..
tahu-lah!

Tuesday, July 26, 2011

selongkar..



1st pic amek dengan hubby..
masa Kiela tunang.
ni dah lepas sebulan couple..
and kali kedua jumpa dia.
masa 1st time jumpe, dia x de rambut lagi.
hehe~

terbeli.. hehe

dalam pada letih-letih puasa 12 jam tadi, sempat pulak aku menyinggahkan kaki ke PD walk.
niat nak beli waffle je.
dah lama mengidam.
ter-lalu pulak kat kedai-kedai baju kat situ.
ter-beli la pulak cardi ngan maxi.
huhu~

pastu teringat niat asal, nak beli waffle.
ok, beli waffle peanut choc 1..
masa nak balik, ter-nampak pulak blouse comel bunga-bunga.
RM10 pulak lagi.
maka, ter-beli la pulak sehelai.

*nasib baik hubby dah pergi keje..*
hoho~

glucose..

tahu kan preggy mommy kena minum air glucose?
aku baru balik je ni.
huhu~
masuk 24 minggu, kena minum air x sedap tu kat klinik.
mula-mula datang ambil darah, then minum segelas..
bukan segelas sangat la..
sebab dia se-mug ..
besar mug yang aku selalu bancuh air milo tiap pagi.
nak menangis dah aku minum.

masa kena ambil darah tu, aku dah toleh tempat lain.
alasan.. :: taknak tengok jarum tu masuk..
rasa, x pe..
then masa minum tu, aku membelakangkan orang yang ramai tunggu turn nak serah urat. huk~
hubby dah perhatikan aku masa tu.
sebab glucose dia penuh 1 pack ubat tu.
dia sibuk imagine macam mana wife dia yang agak lembik-lembik kuat ni nak telan..
hehehe~
dan akhirnya, aku sedekahkan se-mug air manis tu kat semut-semut depan Bank Islam.
mesti diorang tengah hooray-hooray.. hahaha

lepas 2 jam, datang balik untuk 2nd blood test.
ni untuk tengok whether kandungan gula dalam darah kita di paras normal atau lebih.
masa nurse tanya.. muntah x, haruslah dengan yakin aku cakap takkkk...
padahal..  -_-"

Saturday, July 23, 2011

babymoon?

dulu honeymoon..
sekarang aku jumpe istilah babymoon pulak.
bukan anak bulan ye..
dulu masa mula-mula kawen, honeymoon adalah secara team ye.
pegi dengan family jack.
itu pun ke Melaka aje.
ok lah.. *baik, kan aku ni? haha*

tapi tiba-tiba sekarang rasa macam nak pergi jalan-jalan lagi.
tapi just two of us je.
*eiiikkk.. three lah, mama!*
lupa si kecik.. hehe~
tak dapat babymoon, cukuplah pergi jalan-jalan.
dating-dating macam dulu-dulu.
rindu..

tu yang malam tadi ajak hubby keluar pusing-pusing pukul 9.30 pm.
pergi makan yong tau fu kat Pantai Bagan Pinang.
pusing kejap sampai Telok Kemang.
pastu balik rumah, masing-masing tido depan tv.
cheh!

Friday, July 22, 2011

6 month..

sudah masuk 24 minggu..
equals to 6 month..
baby dah besar..
=)

odah dah masuk 7 bulan.
malam tadi lepas scan terus text bg tahu..
it's a boy.. hehe~
me?
hubby kata tunggu dia besar sikit..
nampaknye mama kena sabar la sebelum dapat tengok baby..
huk..

Thursday, July 21, 2011

kelaparan..

ye.. memang aku kuat makan sekarang.
semalam teringin nak makan paru masak cili.
tak dapat lagi..
huk..!

hari ni pegi beli buah cempedak pulak..
kejap lagi mama goreng, kita makan sama-sama ye baby..
=)
sekarang papa dah x mau makan malam sangat..
mama boring nak makan sorang-sorang.
so, kite makan yang simple aje lah.

semalam mun tanya pasal paru tu.
rupanya dia nak masakkan-lah!
weehuuu~ seronok pulak jadi mommy to be ni..
kak muni kat sekolah nak buatkan cheese cake..
lapaaaaaa~

Wednesday, July 20, 2011

tak jadi!

dia x jadi pergi tengok Drogba..
alasan, sebab cuma jumpa skuad olimpik je..
dalam hati, suka.. huhu~

tapi, sabtu ni maybe kena main untuk MPPD kat Kajang.
malam sabtu.
erkkk.. aku kena tinggal lagi ke?
tak segan silu, terus cakap nak ikut.
dia bising sikit la.
macam biasa, alasan dia :: x ada orang bawak bini + pergi naik bas dengan semua player lelaki.
tapi, yang kawin tu dia.
kawan lain banyak yang single.
kalau dia x bawak bini, macam mana nak ada orang bawak bini..
sigh~

terus kata, :: tak tahu lagi pegi ke x..
mesti jap lagi konspirasi ngan jack, kata kena naik bas.
mencik!

Saturday, July 16, 2011

interview..

semalam pergi interview SPP..
untuk lantikan tetap cikgu..
sebenarnya, baru je apply awal bulan 6 hari tu.
rezeki kot, sebulan aje dah panggil.

masuk bilik 2, interviwer is YB Datuk Mukhtar bin Boerhanuddin.
masuk by group, 5 orang.
semua x kenal.
mula-mula je dah ada sorang terkena.
tanya pasal KDNK.
berapa KDNK malaysia sekarang.
hancusss~
dengan aku sekali tak tau.
tanya makna, boleh la.

kesimpulannya, tak tahu nak kata.
cuma hopefully tak ada masalah apa-apa.
tak sanggup nak kena penalty 11 tahun baru boleh apply balik.
kang kawan-kawan dah naik DG44, aku still DC..
penat belajar tahu!
ohhh~ doa-doalah ini rezeki baby..

invited ke tidak?

malam ni hubby ada dinner.
minggu hari tu lagi dia dah cakap.
then, semalam aku pegi beli baju.
alasan.. :: nanti kalau mama cantik, papa jugak yang bangge kan..?
*dasar suka membodek!* hahaha

hari ni, masa duduk-duduk tengok pocoyo..
terfikir pulak.
kat invitation card tu cuma tulis nama hubby.
bukan En Hazrul Azrin dan pasangan..
erkkkk..
am i invited ke tidak?
baju dah beli..
ade ke orang datang bawak partner?
hadoiiii~

Friday, July 15, 2011

23 weeks..

masuk minggu baru..
sudah 23..
kalau tengok kat ticker tu, nampak gambar baby tengah hisap jari.
baby tengah buat benda tu ke?
hehe..

malam hari tu, baby letup-letup lagi dalam perut.
sebelum tido, hubby mesti letak tangan kat perut baca Al-fatihah, 4 qul..
masa tu 2 3x jugak la rasa letupan tuh..
habis je baca, hubby bagitau..
 :: baby gerak tadi..
aku senyum je lah..
pastu boleh pulak dia letak tangan lama-lama, sebab nak main dengan baby.
excited la tu..
comel pulak suami saya malam ni.. bweeekk.. =p

Wednesday, July 13, 2011

mesra pulak..

bukan curious..
cuma macam suka+pelik..
*curious la tu.. huhu*

hari isnin, balik lambat macam biasa.
meeting x ada.
tapi tanda buku karangan budak. sedar-sedar dah pukul 4.
balik, lepak depan tv. *harus.....*
hubby balik awal, pukul 5 dah ada kat rumah.
tiba-tiba..
dia  :: jom kite pegi seremban nak x?
aku :: nak beli ape?
dia :: saje nak jalan-jalan.

ok aje lah.. walaupun macam penat.
nanti die sibuk, x leh jalan-jalan lagi.

selasa pulak..
malam pergi fotostat sijil.
balik kedai fotostat, ajak lepak makan yong tau fu kat pantai bagan pinang.

dia :: dah lama x dating macam ni, kan?
aku :: kite mane pernah lepak macam ni... *spoil mood romantik je!*
hahaha~

ye la..
aku admit aku suka bila dia manja-manjakan aku macam ni..
siapa x suka, kan??

die x selesa..

dah x boleh tekan perut lagi.
menonggeng masa menaip.. masa tulis atas lantai..
semua kena buat atas meja.
sebab nanti rasa letup-letup kuat dalam tummy.
erkkk.. baby marah ke?
hehehe~

Wednesday, July 6, 2011

sejuk kaki tangan

marah sangat sampai sejuk 1 badan!

ambulans = kereta cikgu

ada budak jatuh kat bilik wuduk tadi.
so, as guru bertugas.. sekali lagi aku yg kena bawak dia pegi hospital.
laju-laju je aku bawak.
nak tolong cucikan, cikgu pulak yang ngeri..
hehehe~

sampai spital, tunggu mak dia.
call si ayah, kat hutan pulak.. *anak askar la tuh*
masa tunggu mak dia datang, ada accident lain kat junction masuk PD.
teruk budak tu.
driver trauma. menangis je.
maybe sebab dia sorang je selamat.
2 collapsed, sorang luka.
berdarah dahi die, meleleh kat tudung.
lalu depan aku pulak tu.
terpaksa la paling muka tempat lain.
cikgu takut darah.. huhu~

oleh sebab doctor dah kena buat yg urgent dulu, student aku kena tunggu.
masa aku balik pun, die still kat kerusi tu jugak.
nasib baik mak die dah datang.


dua kali dah ni.. sepanjang bertugas ade aje yang luka, sakit-sakit..
ibu mengandung ni jugak la yang bertungkus lumus.
lagi 3? ntah die tahu ada budak jatuh, ntah x..
hmmm~

Tuesday, July 5, 2011

terasa hati lagi..

hubby is going to meet him kat Bukit Jalil nanti.
WITHOUT me!
worse thing is, aku dapat tahu pun dari Nain.
masa join diorang lepak minum last week.
adoiii~

monthly check up..

tadi pegi check up..
buat ultrasound, dengar degup jantung baby.
laju.. =)
bagitau nurse, ada rasa macam letup-letup dalam perut.
curious nak tahu sama ada itu movement atau angin.
nurse kata, itu nadi baby.
oooo... bukan la die tendang ye? hehe..

sebelum balik, kena inject untuk kancing gigi.
yang macam form 3 dulu.
ye.. memang betul la kebas.
tangan kiri lenguh sampai sekarang.
huhu~

.
.
.
.
.
.
.
*hubby x tanya pun ape nurse cakap masa check up hari ni.. sedih*

x elok kan?

stress dan cemburu tak elok untuk baby, kan?

Monday, July 4, 2011

bola 2..

join hubby tengok bola malam tadi.
menjerit-jerit aku masa Safiq Rahim golkan.
hehe~
pastu tengok sikit, tanye hubby kenapa dapat kad kuning.
macam mana nak tahu dapat pergi next level ke x..
huhu...
dulu tengok jugak bola, tapi tak la tahu sangat rules die.
oleh sebab dah kawen ngan orang yang main bola..
haruslah belajar apa yg dia suka kan..

even Malaysia kalah 2-3 dengan Chinese Taipei malam tadi, aku rasa macam salute dekat gol Aidil.
jauh, tapi cantik.
Sarbinee pun best.
masa dia lambung-lambung badan tangkap bola.

tapi ni cuma review dari orang yg x berapa nak reti pasal bola la..
hehe~



*macam mana la diorang boleh lantik aku jadi penasihat Kelab Bola Sepak sekolah..*
=p

5 bulan..



nampak perut x??
muke pun x de pink2 kan? huhu~
kalau masa keje kat CIMB dulu, fahmi mesti tegur kalau lepas solat muke x de pink2 macam pagi datang keje..
huhuhu~

x tahan sungguh!

cepat sangat perut rasa lapar.
kalau kat sekolah, aku akan pegi makan pukul 10am..
brunch sekali gus..
pastu tapau kuih 3 biji, utk bekal tengah hari sket.

ohhh~ sungguh aku x tahan lapar.
kalau biar masuk angin sikit, mula la nak menghambur keluar ape yg baru masuk dalam perut.
salah makan sikit, muntah.
macam petang semalam..
makan nasi goreng ikan masin, pastu muntah kat tepi 7e..
tu isi perut ke2 kat 7e..
hehehe~

dan sekarang, aku tengah lapar lagi.
dah siap masak untuk dinner.
sambal tempe+ikan bilis aje..
n sayur petola tumis air..
aku dah makan sikit sementara nak tunggu Hubby balik beli ketumbar..
nak buat ayam goreng.
tapi rasa x tahan sangat ni..
cepat la balik..
saya nak makan!!

Sunday, July 3, 2011

girl kah?

dulu masa mula2 preggy, aku sendiri rasa macam lelaki.
tapi bila dah masuk 5 bulan ni, rasa macam girl pulak.
hahaha~
mane satu ye sayang mama?
nanti bulan depan kita pegi scan ye?
baby jangan nyorok2 tau..

*terpengaruh dengan kata-kata orang kat sekolah..

Friday, July 1, 2011

x pernah suka justin bieber..

tapi tiba-tiba suka lagu ni..

That Should Be Me lyrics
Songwriters: Atweh, Nasri; Bieber, Justin; Gottwald, Luke; Messinger, Adam;

Everybody's laughing in my mind
Rumors spreading 'bout this other guy

Do you do what you did, what you did with me?
Does he love you the way I can?
Did you forget all the plans that you made with me?
'Cause baby, I didn't

That should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me, this is so sad
That should be me, that should be me

That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong, I can't go on
'Til you believe that that should be me
That should be me

You said you needed a little time for my mistakes
It's funny how you use that time to have me replaced
Did you think that I wouldn't see you out at the movies?
Whatcha doing to me?

You're taken' him where we used to go
Now if you're trying to break my heart
It's working 'cause you know

That, that should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me, this is so sad
That should be me, that should be me

That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong, I can't go on
'Til you believe that should be me

I need to know should I fight for our love or disown?
It's getting harder to shield this pain in my heart, ooh

That should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me, this is so sad
That should be me, that should be me

That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong, I can't go on
'Til you believe that that should be me, ooh

Holding your hand, that should be me
The one making you laugh, oh baby
Oh, that should be me, yeah

That should be me, giving you flowers
That should be me, talking for hours
That should be me, that should be me
That should be me

Never should've let you go
I never should've let you go
That should be me
Never should've let you go
That should be me

Never should've let you go
Never should've let you go
That should be me

degup-degup..


hati rasa x senang..
kenapa ye??

 ya Allah, tenangkanlah hati ni..
tiba-tiba rasa macam nak duduk sebelah mak..

mak sakit..

lama x menaip..
sabtu hari tu, balik dari sekolah terus ke segamat.
mak sakit.
kate idil, positive breast cancer..

mataa dah bengkak-bengkak menangis.
x boleh nak bayangkan ape-ape.
cuma tahu nak tengok mak, jumpa mak.

nasib Mr hubby faham, terus siap-siap balik kampung.
sampai rumah, badan mak panas.
kesian mak.
muka dia pun nampak sangat risau.
ahad, bawak mak datang PD.
mak nak pegi buat blood test kat Lablink KPJ, then nak jumpa someone yg boleh ubatkan mak.
mak x nak buat biopsy.
maybe sebab arwah akak ipar mak dulu sakit makin teruk due to that.

sekarang, kami buat apa yang patut untuk bantu mak.
aku pun call mak hari-hari.
tanya dah makan ubat ke belum.
makin kurus la mak nanti.
makan semua kena pantang.
telan ubat macam telan nasi.
berbelas biji setiap hari.
ubat pun mahal.
stok 10 hari, makan almost rm4k's..
nak buat macam mana.
ayah kata, ape aje untuk mak.

*semoga Allah selamatkan mak, panjangkan usianya.*

Saturday, June 18, 2011

teringin pulak..




cantik x kalau pakai macam ni?
teringin pulak nak bergaya macam ni..
aishh~

Friday, June 17, 2011

suka!

semalam ada event hari guru peringkat daerah kat Glory Beach Resort.
hotel sekitar PD saje, tapi aku sesat masa nak pegi.
hehe~ memang sah la lemah logistik!

bawak budak untuk sambutan VIP.
cikgu aka mak andam.
aku la tu..  sejak terjebak tahun lepas, tak boleh nak tarik diri lagi.

sampai hotel, kak ina ajak minum.
haruslah mengikut, dah pukul 8++ n belum sarapan lagi.
masa kat kedai, nampak kawan-kawan Mr hubby datang nak makan.
tak lama lepas tu, hubby pulak join.
baru mesej, kawan dia pulak bagitahu aku ada kat situ.
kak ina pulak sibuk nak kenal yang mana satu hubby.
kecoh sebentar.

but, something reminds me about the dating time.
main jeling-jeling dari jauh.
lambai-lambai dari jauh.
rasa macam zaman bercinta.
tengok sorok-sorok.
aishhhh~

Friday, June 10, 2011

18 minggu..

hola!
=)

sudah 18 minggu hari ni.
equals to 4 bulan 2 minggu.
means, already in my 2nd trimester of pregnancy.
so far, muntah dah kurang sikit.
x la jadi 1 kewajipan untuk muntah hari-hari.
alhamdulillah..

dah mula ke dapur balik.
masak yang simple-simple saje utk Hubby.
ok la tu..
minggu lepas kan dah minggu heaven, rilex saje bila mak masak.
huhu~
minggu depan pulak dah mula sekolah. *uwaaaa!*

perkembangan baby..
ok.. hari tu rasa macam ada gedik-gedik kat tummy.
baby ketuk perut mama, ke? hehe~
perut makin besar.
cepat mengah.
keluar rumah pun selekeh saje pakai tshirt Hubby.
comfy outfit during preggy..
konon nak beli baju baru, tp Hubby kate pakai je baju dia.
then, dia yang beli baju baru.
banyak chantek???

hari tu jumpa Ain. die datang umah tengok gambar kawen.
first thing yg dia cakap lepas 5 bulan x jumpa,
:: kenapa kurus ni??
ooo.. nampak jugak ye berat aku turun ni.
x pe.. kite bagi naik sikit nanti ye.
sikit je.. jenuh aku nak pantang nanti kalau naik banyak..
heeeee~

Wednesday, June 8, 2011

Untukmu Suami

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Amin...

- Artikel iluvislam.com

*jumpa ni dalam website iluvislam.. indah kan susunan ayat dia?  rasa macam nak bagi Mr hubby baca saja..*

Tuesday, June 7, 2011

nak tengok siapa?

dah seminggu..
kelopak mata bawah belah kanan asyik berdenyut.
orang kata, kalau mata kanan nak tengok benda baik.
nak tengok ape ye??
lama sangat.
nak kata tengok baby, dah tengok hari tu.
hmm.. ade la tu agaknye..

tadi pergi check up kat klinik desa.
berat dah naik!
yeayyy!!
*walhal naik cuma 200 gram*
jadi la.. dari x naik, n asyik turun je kan.
so, balik rumah bagi reward ice cream magnum kat baby.
=)

Monday, June 6, 2011

rindu?

dah bangun, dah mandi..
awal hari ni..
lepas tengok Mr hubby pergi keje tadi..
dah breakfast jugak..
nestum + milo n biskut tiger saje..
cukup lah..
sekarang tengah malas-malasan kat depan lappy.
jengah fb kejap..
blogwalking kejap..

tetibe terasa rindu pulak kat sang suami tu.
aduihhh~
nape nih, baby?

Sunday, June 5, 2011

tengok baby..

hari tu balik segamat..
Mr hubby cuti khamis jumaat sebab nak hantar mak balik.
hari khamis, ambik kesempatan pegi klinik, scan baby.
comel sangat.
*padahal x nampak muke pun.. hehe*

x dapat nak print, sebab kertas kat klinik tu dah habis.
cukuplah dapat tengok dia, sihat dalam rahim mama.
=)
baby gerak-gerakkan kaki.
jelir-jelir lidah. doktor kata dia makan.
pastu tangan letak kat dahi.
hehe..
baby pening ke mama ngan papa asek gaduh je?
pening kepala tengok perangai mama ngan papa ye?
comel..comel..
sekarang ni baru rasa excited nak beli barang baby.
sebab dah nampak die..

can't wait to see you, baby..
atok ngan nenek pun jaga mama sangat tau.
sebut je nak makan pau, berdesup diorang fikir kat mana ada jual pau petang-petang camtu.
nak makan ngan laici kang pulak tu..
besar cekadak betul.
papa pun x manjakan mama macam tu sangat.
tu yang bila nenek dah balik segamat, mama macam sedih-sedih je.
sebab dah x boleh nak manja-manja sangat.
huhu~

nanti hujung bukan, kita balik segamat jumpa nenek ngan atok lagi ye?

Friday, May 20, 2011

Doa untuk baby..

Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.
 
get this from Puan Nurul Farhana..

sunyi tau

mr Hubby is not around.
dia gerak pegi Kuantan pagi tadi pukul 10.
maknanya, aku balik sekolah hari ni rumah kosong x ada orang.
nasib baik ada course buat buku program tadi.
balik-balik je dah petang.
x la rasa sangat kena tinggal.

tengah tunggu Idil.
tadi kat tol Karak.
tak tahu pukul berapa sampai.
then, heading to Segamat.
cepat la sampai!
x nak duduk rumah sorang2.

dah mula rasa rindu.
hmmm~

Thursday, May 19, 2011

terasa..

aku bakal ditinggalkan.
uwaaaa~
esok hubby nak ppergi Kuantan..
penat merengek nak ikut, tapi sikit pun die x mau dengar.
jadi, aku pun ambil keputusan untuk tinggalkan dia jugak.
fair and square.

aku balik segamat.maybe esok atau sabtu.
dengan idil.
idil turun seremban, then kami berdua sampai segamat.
ayah x bagi balik sendiri, risau jadi apa-apa.
since dah bawa baby ni, x boleh nak ikut kepala sendiri je.
*masih ikut, sebenarnya*

hubby nak pergi esok.
tapi aku dah terasa hilang sejak sabtu lepas.
ntah la.
sayu pulak rasa hati.
have a safe journey, hubby.
will wait until u'r here.

Sunday, May 15, 2011

starving!

mi goreng mamak.. eishhh~

nasi kandar!
the best part is ayam goreng mamak n papadom die tuh..


Lapar!
nak keluar sorang, malas.. hukhuk..
Mr hubby, cepat la balik..

insaf!

malam tadi lepak rumah mertua Kiela.
Hubby kena pegi Paroi lagi pukul 8pm.
petang lepas Hubby balik, aku terus peluk dia.
sangat tight..
ntah la, rasa macam rindu sangat2 + sedih sebab maybe next week dia kena pegi Kuantan.
syahdu rasa bila tau diri nak kena tinggal. huk..

so, malam tadi keluar pergi tapau makanan kat The Store.
makan sikit. then masa nak balik muntah tepi kereta.
Hubby pergi beli air kat 7e..

masa nak balik tu, Kiela bagitahu sis-in-law dia miscarriage.
tempoh pregnant is 3 month ++.
so since malam tadi, rasa macam takut n risau.
fikirkan baby dalam rahim.

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

so pagi ni, search dalam internet the causes.
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Merokok
  • Horman yang tidak seimbang
  • Jangkitan kuman
  • Masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.
  • Terdedah pada radiasi dengan banyak
  • Mengambil ubatan yang memudaratkan bayi
  • Demam yang tersangat panas
  • Rahim yang tidak normal
jadi, aku ambil keputusan untuk mula makan ubat yang nurse bagi.
and no more skipping taking those pills.
plus makanan berkhasiat.
i hope i can makan the good things for the sake of my baby..
since perut susah nak terima makanan sangat, ni buat aku risau.

baby.. mama hope baby sihat kat dalam kantung tu.
semua orang tunggu baby, sayang baby.
mama janji akan jaga baby baik-baik.
*sedih*
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers