Pages

Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

DIA..



the one and only "mbah" i've had.
dari kecik, aku x pernah ada nenek.
since nenek belah ayah pergi sebelum aku tengok dunia.
then, inilah satu-satunya nenek yang aku ada.
nenek yang aku panggil "mbah" dari kecik sampai la sekarang.
dia lah nenek yang bawak aku naik basikal pergi kedai.
dialah nenek yang belikan aku baju batik masa pergi Penang.
dialah nenek yang hadiahkan rantai sebagai hadiah kawen hujung tahun lepas.
dialah segala-galanya lepas arwah atuk pergi.

sekarang, x ada lagi mbah..
x ada lagi orang yang akan telefon rumah bila hari hujan untuk minta teman.
x ada lagi orang yang telefon mintak hantar pergi kedai.
x ada lagi orang minta tolong pasang langsir tiap kali raya.
perginya DIA seminggu sebelum Hari Raya AidilAdha..
perginya DIA di tanah suci Mekah.
perginya DIA membawa sekeping hati yang tercapai hasrat akhirnya.
menjejakkan kaki ke tanah haram.

Mbah.. tenanglah mbah di sana.
di tanah lindungan Allah.
kenangan yang tersimpan, x mungkin dapat dilupa sampai bila-bila.
Semoga mbah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
hanya Al-Fatihah dan bacaan Yassin yang dapat kite sedekahkan buat mbah.
Al-Fatihah...



Salam sayang,
Nurul, Hazrul, dan bakal cicit mbah yang x sempat mbah jumpa..


Friday, October 28, 2011

cousin's wed..

sorry, can't attend ur wedding.. huhu~
reason?

:: papa kena keje pagi tu.. x ada orang ganti.. *TIPU!*
:: petang ada game, x boleh escape.. *TIPU!*

Wednesday, October 5, 2011

emosi terlebih..

entah lah ye..
sejak-sejak masuk third trimester ni, emosi selalu terganggu.
rasa nak menangis.. *dah menangis dah pun*
cepat kecil hati. cepat terasa.
pantang ada yg x kena sikit, nak nangis.
air mata pun macam x segan silu keluar.
adakah ini mengesahkan bahawa bby adalah gegurl?

memang aku ni sensitif.
sebelum preggy pun sama.
tapi, sebab dah preggy ni.. rasa macam melampau pulak.
rasa nak sentiasa ada dengan hubby.
x mau bagi dia pergi mana-mana.
duduk dengan aku je.

alkisah, hubby pergi training kat seremban.
semalam, balik training dah lambat.
8++ pm baru sampai rumah.
then, nak keluar lagi pergi urut kaki.
ankle sakit, jalan hincut-hincut.

tapi, hari ni larat pulak nak pergi jogging kat lake garden tu.
awak jalan pun hincut-hincut.
lepas training diorang nak pergi cari kasut bola.
sponsor jugak ke?
bukan ke kalau main bola tu kasut sendirian berhad?

aku sedih bila hari-hari macam ni.
aku nak dia selalu dengan aku.
stand by if anything happen.
aku dah 8 bulan lebih.
walaupun aku sendiri selalu cakap kat baby, jangan keluar lagi.. tapi kita tak tahu, kan?


aku letih kena tinggal kat rumah sorang-sorang.
aku cemburu bila dia ada ramai kawan.
aku cemburu bila dia masih ada masa untuk buat apa yang dia suka.
aku cemburu bila dia x rasa apa-apa bila tinggalkan aku sendiri..

Monday, August 15, 2011

kisah semalam~ Ramadhan 14

semalam cukup 2 minggu kita puasa.
malam tadi pun terang je, bulan penuh.. =)
ada kisah rupanya pada 2 minggu Ramadhan tu.. huhu~

last post, hubby bagi tahu nak berbuka kat luar dengan Ca'ir n Misri.
ada orang belanja.
kan aku tahu sendiri.
lastly, pagi Sabtu hubby bagitahu sendiri.
tapi via texted aje.
motif? *takot la tuh nak cakap face to face!*

hubby balik tengah hari, aku buat muka selamba.
godek-godek website window shopping barang baby.
lepas tu baring depan tv tanda buku budak.
dia tegur, sepatah aje aku jawab. * durhaka* huhu~
petang, berbuka kat rumah mak mertua.
mood masih sama. diam saje.
sampai la ke Ramadhan 14 tu.

tengah hari, balik rumah lepas tolong mak masak sikit-sikit.
dalam hati dah plan nak berbuka dengan mak.
carik kasih sayang mak mertua pulak.. huk~

tiba-tiba..
:: mama x yah masak la petang ni. ikut papa jek..
*eikkk? salah dengar ke?*
siap suruh iron baju segala bagai sebab nak berbuka kat luar.
rupanya terkesan jugak ye ke-diam-an aku 2 hari ni.
sampai tiba-tiba baik hati pulak nak memujuki hati aku yang berduka lara ni..
hehehe~

anyway, thanks hubby sebab bawak saya semalam even kita x makan 1 meja.
saya enjoy duduk dengan wife Ca'ir yang sama-sama preggy dan kuat makan tu..
;p

p/s saya belanja baju raya nanti, k?

Friday, July 1, 2011

mak sakit..

lama x menaip..
sabtu hari tu, balik dari sekolah terus ke segamat.
mak sakit.
kate idil, positive breast cancer..

mataa dah bengkak-bengkak menangis.
x boleh nak bayangkan ape-ape.
cuma tahu nak tengok mak, jumpa mak.

nasib Mr hubby faham, terus siap-siap balik kampung.
sampai rumah, badan mak panas.
kesian mak.
muka dia pun nampak sangat risau.
ahad, bawak mak datang PD.
mak nak pegi buat blood test kat Lablink KPJ, then nak jumpa someone yg boleh ubatkan mak.
mak x nak buat biopsy.
maybe sebab arwah akak ipar mak dulu sakit makin teruk due to that.

sekarang, kami buat apa yang patut untuk bantu mak.
aku pun call mak hari-hari.
tanya dah makan ubat ke belum.
makin kurus la mak nanti.
makan semua kena pantang.
telan ubat macam telan nasi.
berbelas biji setiap hari.
ubat pun mahal.
stok 10 hari, makan almost rm4k's..
nak buat macam mana.
ayah kata, ape aje untuk mak.

*semoga Allah selamatkan mak, panjangkan usianya.*
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers