Pages

Saturday, April 30, 2011

tak makan lagi!

malam tadi muntah lagi.
tak banyak pun, tapi cukup buat aku rasa letih.
sakit perut.
jadi, plan awal nak pergi pasar malam x jadi.
tak gagah nak berjalan kat tempat yang berbau makanan camtu.
niat nak makan laksam pun postpone.
beli kat segamat je lah..

oleh sebab kemuntahan itu, dah 2 malam aku tak makan.
cian Mr hubby, dah lama aku tak teman dia dinner.
makan nasi tapau sorang2.
minum susu separuh gelas, then tidur balik.
kalau refer kat ticker, baby dah 12 week..
and the first trimester ended next week.
moga-moga semua ok.
dan aku dapat makan macam dulu-dulu..

baby, behave yaa..
love u!

ohh ayah..

just having her heavy breakfast.
makan nasi lemak dengan telur rebus pagi ni.
sedapnye.. *baby, jangan buang tau*

malam tadi ayah sms.

tanya :: balik kampung ke esok.. nape x bagitau ayah?
reply :: ayah taknak balas message kite pun ari tu..
tanya lagi :: ayah rindu kat kau ni..

dah lama rasanya x dengar ayah cakap macam tu.
sejak-sejak kawen ni.
rasa macam zaman dulu-dulu.
masa kat Uitm..
ada konflik sikit hari tu.
ayah kecik hati sikit pasal benda kecik.
makin sensitif pulak dia.

sooo..
haruslah petang ni melarikan diri dari kesibukan PD, balik Segamat..
=)

Tuesday, April 26, 2011

turun pulak?

aku ingat berat naik sebab preggy..
rupanya, turun 2.1 kilos..
nurse tu pun tanya, kenapa turun..
:: awak tak makan ke?
aku makan jerk.. tapi perut tak mau terima banyak.
kadang tu, makan dan keluar balik.
and bila dah start muntah dari petang membawa ke malam, memang aku takkan makan terus.
masa naik atas penimbang tu, terkejut jugak.
betul ke?
rasanya ari tu timbang lain.

rupanya betul.
nurse suruh makan benda berkhasiat.
plus dapat lagi vitamin.
3 jenis, okay..
ari tu ada 1 pun susah nak makan.

dah kena sound tadi..
:: makan la ubat tu ma.. untuk baby, kan???

Monday, April 25, 2011

isnin yang biru..

betul ke?
monday blues?? hehe~
hari isnin memang macam hari orientasi bagi aku kat sekolah.
bau bilik guru yang ditinggalkan 2 hari, cukup buat aku mual.
plus bau kantin, dan masakan nye.
hadoi..
tapi gagah jugak pegi makan sebab hari ni ada menu moi sup.

masuk kelas pun nak moody aje.
hari-hari masuk sekolah, student akan tanya..
:: cikgu x sihat ke?
muka aku ni macam orang sakit agaknya..
huhu...


hubby x ada, keluar jadi ref kat amsa.
biarlah die pegi.
aku ikut kang balik lambat pulak.
baik duduk rumah bersenang-senang..
*senang la kalau tak meloya kejap lagi*


esok ada check up kat klinik desa.
baby, elok-elok k..
=)

Saturday, April 23, 2011

mau cuba

hari ni nak cuba masak.
pagi tadi wat breakfast jemput bilis je.. hehe~
tengah hari, masak benda yang x payah tumis.
pening kepala bau tumis-tumis sekarang ni.

dulu bukan main suka lagi.
yang paling worse, lauk ayam kicap fevret dah tak boleh masuk.
hadoiii..

Friday, April 22, 2011

x sempat..

since selasa x ada kat sekolah.
selasa :: pegi uruskan makanan pegawai untuk Kejohanan Bola Tampar MSSNNS kat Paroi.
rabu & khamis :: bawak budak bola sepak under 15 & 18 main untuk MSSD..
jadi pengurus..
lepas tu, semua orang gelakkan aku.

:: hebat la cikgu ni..
:: cikgu pandai ke main bola?

jahat okey budak-budak ni..
nak buat macam mana.
sekolah dah kepupusan cikgu lelaki.

selasa n rabu, semua ok..
semua bermula khamis.
bila Mak Chad *isteri Pak Chad, pengusaha kantin sekolah* letak makanan dalam boot kereta.
dengan keadaan PD yang panas terik membara tu, haruslah bau makan tu merebak ke seluruh ruang dalam kereta kan.
masa otw ke SMTeknik tu, aku bukak tingkap luas-luas.
x la bau sangat.
nak balik tu, masih boleh bertahan lagi.

tapi, lepas minum air soya + roti cheese.. semuanya jadi disaster.
dah dekat sangat nak sampai rumah, aku dah boleh rasa benda membuak dalam perut dan tekak.
ni mesti muntah punya kat rumah.
lastly, yaaa! x sempat nak masuk toilet.
x sempat nak sampai kat sinki, aku dah terhambur semua yang baru masuk dalam perut tu keluar.
merata kat depan pintu toilet.
situasi membawa ke malam.
muntah..dan muntah lagi.

rupanya hari ni pun sama.
muntah kat sekolah.
student pun tanya kenapa muka nampak pucat sangat.
huuhu~

hadoi.. ni pun tengah menahan rasa.
tak mau.. tak mau..

Monday, April 18, 2011

the blind side..


aku tengok cerita ni malam tadi.
awal-awal cerita lagi aku dah meleleh.

mula-mula cakap kat hubby, sedih je.
tau-tau dah menitik.
kantoi lak nanges.. huhu~

satu kepantangan aku untuk tengok orang yang badan besar tapi tersisih, selalu kena buli.
sebab tu la aku rasa cerita ni betul-betul sedih.
bila Sandra Bullock amek Big Mike tinggal kat rumah dia, sediakan katil n bilik tidur.
sedih bila Big Mike kata dia x pernah pun ada katil sebelum ni.

dulu masa kat sekolah pun macam tu.
ada sorang budak yang berbadan besar, tapi selalu sorang-sorang.
dan aku takkan tengok dia sebab nanti aku akan sedih tiba-tiba.

dasar cengeng!

nafsu..

haip... jangan salah paham plak..
nafsu makan tuh..
=p

hari sabtu petang, berjaya membawa Mr Hubby pegi Alamanda.
beli cookies saja, habis dekat rm50..
still ada 200gm lagi double choc chips with pecans kat dalam peti ais tu.

semalam, lepas tengok bola kat padang kastam, pegi Secret Recipe.
cheeze choc + choc indulgence di situ.
masih lagi belum dimakan, tersadai dalam peti ais tu.

nak makan, tapi tekak x selesa. perut membuak-buak.
nak-nak bila masuk rumah lepas setengah hari ditinggalkan.
letih la.
asal balik rumah je, mula la menghamburkan balik apa yang dimakan kat sekolah tadi.
bau rumah, bau kereta.
semua buat aku loya.
bukak freezer pun kena tahan nafas.
haduiii..
semoga Allah kuatkan semangat aku untuk semua ni.

x lama pun kan..
orang kata 4 bulan ke atas dah ok..
go mama.. go! *kate baby..*
hehehe

Saturday, April 16, 2011

breakfast..

baru lepas makan.
roti canai + ayam goreng + teh panas.
oooo sedap.. huhu~

Mr hubby beli pagi-pagi tadi.
ala-ala suami mithali.. *wekk*

tengah memujuk dia pegi alamanda ni.
cari famous amos cookies..
cepat la kate ye..
huhu~

Friday, April 15, 2011

i saw ..

tak tau nak letak hujung tu him/her..
hehe..
pagi tadi pergi scan.
dah nampak jantung. *even sebenarnya aku x nampak sangat*
doktor kata dah ada denyutan.
saiz die? 26.7mm..
kecik nye..
comel duduk dalam kantung mama kan..
balik school, sempat masuk kelas pukul 10.20 tu.

lepasclaz 12.20, ada meeting panitia BM lak.
stay kejap.
perut dah berkeroncong.
Mr hubby amek kat school lepas meeting, terus pegi makan.
menu hari ni..
ikan keli sambal, ulam raja n cencaluk..
nasi separuh aku habis ari ni..
best.. best..
balik rumah pun rasa macam nak makan lagi..

dah ok ke morning sickness nih?
atau memang dia cuma nak menu ikan keli je?
sebab hari tu makan kat kantin, lauk yang sama pun x muntah..
memilih ye, baby..

sekarang, tengah mengunyah mempelam.
yang masak kuning tu.
tekak tak mahu yang muda.
hmmm..

Monday, April 11, 2011

heppp~

owhhh...
suke tengok ticker tu..
3 bulan.. 3 minggu.. 3 hari..
cantik owhhh..
hehe~

suka, sebab hari ni x payah masak lagi.
mak mertua bagi lauk.
tq mak..
memang i love u lah!

muahx!
=p
memang dasar pemalas sekarang ni..
pantang nampak kerusi, nak duduk je.
tido awal pulak tu.
Mr Hubby dah bertukar jadi mak nenek cum warden.
tukang kejut aku tidur tiap kali terlelap depan tv walhal keje sekolah 1 pun x siap lagi.
huhuhu~
mata asek nak terpejam je.
nak buat cane..

ikut schedule, jumaat ni kena pegi clinic untuk scan baby..
baby sihat x ekk?
mama x minum susu nih..

Friday, April 1, 2011

buku pink itu..

saya dah buat tau!

hehehe~
adakah ini excited?
mestilah.. semoga Allah pelihara baby hingga cukup 9 bulan 10 hari dalam rahim mama.
sihat dan sempurna.
aminnn...

hari khamis amek cuti semata-mata nak buat buku pink.
itu untuk ibu-ibu mengandung saje tau.
x boleh pilih warna lain.
rupanya x lama pun, sejam lebih saje.
dah siap.
rugi pulak cuti. sebab rabu depan kena datang lagi.
huhu~ orang x saba, macam ni la.

lepas amik darah, check semua n borak-borak dengan nurse baru tahu.
rupanya baby baru 7 minggu.
maknanya, nak masuk 2 bulan la minggu depan.

the EDD plak..
11.11.11..
cantik, kan?
=)
x kisah la kalau baby x keluar tarikh tu..
yang penting, dia sihat, sukup sifat dan sempurna.
love you!

lupa pulak, hari ni Mr Hubby takde.
so kejap lagi nak pegi tido rumah mak mertua.
aku kan isteri mithali..
dengar cakap suami..
wahaahaa~
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers