Pages

Wednesday, December 29, 2010

back to school

ini bukan kisah shopping baju sekolah anak.
bukan jugak kisah pegi cari stationery sebab yg tahun lepas punye hilang.
*uwaa~ itu aku!*

tadi kat sekolah.
Pendaftaran student form 1.
parents yg datang pun ramai.
ada sorang ayah student ni, datang untuk register anak dia.
datang rugged semacam.
dengan jacket kulit + singlet luas kat dada + mata ber-eye-liner.
*macam dress up amy search pun ade pakcik nih!*

tu x kisah lagi.
yg nyampah tu, datang sekolah nak hangin-hangin.
awak tu nak sekolahkan anak, so bagi kerjasama la kat cikgu.
suruh masuk dengar taklimat, x mau.
bila kena charge yuran utk maintenance toilet rm5/year, melenting.
mengamuk kat office.

hadoiii~
budi bahasa mana pakcik?
macam mana student nak hormat cikgu, kalau dah berakar umbi macam tu?
bukan nak suruh takutkan cikgu.
just show some respect to us.
sebab orang macam kami ni la yg perah otak nak didik anak awak.
kalau rasa anda orang yg perfect serba serbi, boleh bukak sekolah sendiri n ajar anak awak.



bak kata pengetua,
:: jangan layankan sangat parents yg ada gangguan mental.

p/s What you give, you get back. ingat tuh ye anak-anak!

Wednesday, December 22, 2010

alhamdulillah...

dah settle..
dah 4 hari bergelar Puan..
Puan Nurul ye adik-adik..
hehehe~

syukur sangat sebab dah selamat semua..
terharu dengan kwn lama yg sanggup datang dari Pahang..
dengan family lak tu..
cume x sempat nak snap pic..

tinggal majlis kat PD this weekend..
esok balik sana, tengok rumah..
wuuhuuu~

Wednesday, December 15, 2010

checklist.. checklist..

sila rujuk ticker kat bawah..
lagi 3 hari, okay..
3 hari..
huhuhu~

macam-macam rasa ada..
dh macam ABC special kat foodcourt Sogo tuh..
huk..

goodie bag, sudah..
bilik pengantin *haishhh* belum lagi..
fizikal, almost ok..
mental?
not sure yet..


nervous!

Saturday, December 11, 2010

Friday, December 10, 2010

it says..

dalam hati kata
"Aku lari, kang!"

tapi akal kata..
"Kau gilaaa?!"

x sepatutnya aku rasa sedih.
x sepatutnya aku salahkan dia.
tapi aku memang sedih.
n aku menangis sebab aku sedih sangat.
biar mak nampak.
biar kau kena marah.

PADAN MUKA!

tak senang..

kenapa hati rasa lain..
kenapa rasa macam berdebar..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

macam x nak kawen..
=(
Ya Allah.. kau jauhkanlah gangguan syaitan.

Thursday, December 9, 2010

(",)

Jangan kau pergi
:: erry putra, reen and shajiry

tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo

ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo

janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh
ooooo

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi
.......

*dengar lagu ni buat aku rasa sangat jatuh cinta pd En Hazrul Azrin.. *

Wednesday, December 8, 2010

nearest..

the day dh semakin dekat..
n dia dah mula pandai merajuk.
kenapa ye?
sejak sebulan terakhir bergelar "bujang" nih, dia makin cepat emosi.
tanye sikit, nak marah.
lambat sikit, nak merajuk.
touching.

tadi Hairie email draft utk banner + bunting.
*sponsor, weehuuu!!*
En Hunny suruh check then confirmkan.
masa dia call, aku tengah mamai.
baru bangun.
lambat je la nak jwb..

aku :: jap g ma tengok la.
dia :: ma kate nk cepat..
aku :: ye la.. jap la..
dia :: hmmm~ sukati la.. *pap! letak telefon*

eikkkkk~ letak telefon??
kenapa lah macam ni..
tinggal 10 hari je weii..
*risau*

Tuesday, December 7, 2010

Baraka Allahu Lakuma Lyrics

By: Maher Zain

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

p/s Saya mahu lagu ini masa majlis saya.. boleh kan, incik deejay?

selamat tahun baru..

tak lambat sangat rasanya nak cakap macam tuh.
cuma lambat sikit tulis post baru. huhu~
azam tahun baru, sempurnakan azam tahun lepas.
harap-harap tahun depan x payah nak ulang balik azam yg sama lah..
hehe~

erti hijrah bagi aku?
saya akan berhijrah dari seorang CIK pada CIK PUAN pada 12 Muharam ni.

waaaa~

Monday, December 6, 2010

transformation?

it's just 12 days..
changing my 25-years-status.. from Ms to Mrs..
Cik --> Puan..

urmmmm..
nak CIK PUAN, boleh x?
=p

tiba-tiba rasa macam seram sejuk.
betul ke?
takutlah nak kahwin.
part of me tells that i'm ready.
part of that says, omg.. just another 12 days??

Friday, December 3, 2010

sunset..






just love the scenery..
love the moment..
saya memang suka air!
sebab pisces, kot..
ikan.. haha~

suka-suka curik..

x tahu lah this was tagged for me ke x. she did mention "Kak Nurul".. don't know this Nurul ke x.. tapi, nak curik jugak lah.. kena mintak permission lah ni.. boleh ye, yaya? hehe~
1.Siapakah diri anda di rumah? 
daughter of amran + kakak of aidil, hazriq n aleeya + emy's sister..

2.Siapakah diri anda disamping rakan? 
cikgu kaunseling..

3. 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai:
*further study
*being a wife (almost.. wuhuu)
*being a mummy
*own rumah yg simple yet nice
*pegi Mekah with family..
p/s nak letak lagi boleh x? banyak lagi nih.. hoho~

4.Siapakah nama pasangan anda?
Hazrul Azrin Ishak.. *luv yaa~*

5.Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda:
* x pandai marah lama-lama
* matang
* x boros (compared to me.. huhu)
* cool
* easy going


6. Bila tarikh anda couple?
7 May 2009

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
x pahit sgt.. payau2 je..
8.Lagu tema cinta anda?
rasa macam x ada.. huhu~tapi suka nyanyi lagu kekanda adinda dedicate to him..
 
9.Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

being more romantic.. awww~

10.Pernah terfikir nama untuk anak?berikan sebab.. ada.. sebab boring.. mood sampai la..
11.Tag 10 rakan ada yang lain: 
open to all..

tak boleh tahan!









boleh ke tahan geram bile tgk muke budak kecik ni?
hadoiii~
anak auntie..
bile la nk jumpe lg ye.. 
rindu nak kiss pipi Qisya..

Tuesday, November 30, 2010

all the best!

Aidil dah masuk POLISAS, Kuantan.
register semalam, whole family except me + Hazriq pegi hantar.

nothing much to say.
just be good, study smart n never forget ur promises.
do pray for ur success.
amin~

Sunday, November 28, 2010

...............................

here..
in PD..
balik pagi tadi, pukul 10 dari Segamat.
straight to Balakong, hanta kain lace baru utk nikah.. huhu~ *membazir*

then petang pukul 3.30, gerak balik PD.
dalam hati nak cepat sampai.
sebab ada orang kate nak tunggu kite balik.
happy dalam hati, tapi still drive in good manners.
sebab hujan..

sampai PD pukul 4.30++..
cuma ada mak minang kat rumah..
dalam hati :: Mana org yg kata nak tunggu tadi?
belum balik keje kot.. okay..

then, borak ngan mak minang.
tengok tv jap before beransur ke bilik.
badan letih.
plus selsema + rasa nak demam.
baring sekejap.
mandi.

tunggu lagi.
6.30pm..
senyap..message tadi x delivered.
tiba-tiba phone bunyi.

"Pa pegi Seremban kejap."


WTH?

Friday, November 26, 2010

22 hari.

days left..
huhu~
balik cuti seminggu, hari2 keluar.

day 1- jumpa katerer + beli baju mak pengantin.
day 2- hantar kad kahwin + beli langsir :: jakel + nagoya..
day 3- hunting perabot bilik + beli makanan utk doorgift + tempah kerepek..
day 4- beli dulang hantaran, bunga n what-so-ever..
day 5- beli langsir utk rumah sewa + jumpa mak andam..
day 6 (esok) - kenduri kawen kat maokil..

haaa~ amek kau..
schedule i full, tau!
tapi sangat lega, sebab things almost settle.
cuma rasa macam nak cat bilik kaler putih.
suci gitu.. haha~
macam comel je bila bilik tu kaler putih n perabot pun putih.
x sabar nak make over bilik tu.

=)

deep inside

so bad, dear..

Wednesday, November 24, 2010

3 hari setengah..

ahad hari tu balik segamat.
cuti seminggu before back to school on next monday.
since ahad lepas till today, dah masuk tiga hari setengah x nampak En Hunny..
huhu~ rasa rindu sangat pulak..
maybe dah terbiasa nampak dia hari-hari.
then bila lama sikit x nampak, rasa jauh.
seronok rasa ni sebenarnya.
sebab betul-betul ajar aku makna rindu.
*ayat x boleh blah* =p

x ape lah kan..
x lama lagi kena tengok muka dia hari-hari.
balik kampung pun, dengan dia jugak.
mase tu, ada lagi x rasa rindu tu??

Sunday, November 21, 2010

Cinta Tiada Akhirnya  :: Jaclyn Victor

Kuyakin Cintaku Ini
Tak Bisa Melangkah Pergi
Kaku Berdiri Disini
Menanti Lafaz Kasihmu
Biar Kau Akui aku Kekasihmu

Gelora Asmara Tika Bersama
Bunga Mekar Seluruh Semestanya
Mimpi Indah Kita
Bintang Berwarna
Janji Setia Kita
Selama… Ditaman Cinta

Cinta Tiada Akhirnya
Membara Kekal Kesyurgamu
Tak Usah Kau Raguiku
Sayangku Dengarkan Kasih
aku Milikmu Selamanya
Percayalah…

Gelora Asmara Tika Bersama
Bunga Mekar Seluruh Semestanya
Mimpi Indah Kita
Bintang Berwarna Janji Setia
Kita Selamanya
Kasih Antara Kita
Tercipta Abadinya
Tak Mungkin Memisahkan aku dan Dia
Ukir Namaku Dalam Cintamu Selamanya
Biar Semarakkan Kasih Mu… Selalu

Gelora Asmara Tika Bersama
Bunga Mekar Seluruh Semestanya
Mimpi Indah Bintang Berwarna Berjanji Setia
Kita Selamanya

Gelora Asmara Tika Bersama
Bunga Mekar Seluruh Semestanya
Mimpi Indah Bintang Berwarna Berjanji Setia
Kita Selamanya Ditaman Cinta


 gedik! =p

welcome!





selamat datang!
hehe~
sedar-sedar je dah berdarah manis..
alhamdulillah..
do pray for both of you, friends..

Saturday, November 20, 2010

cubit paha kiri, kanan pun rasa tau!

bukan aku yg cubit, lah! huhu~
tadi lepas majlis korban kat sekolah, keluar dengan En Hunny.
pegi Seremban je.
cari barang nak bagi abang, n barang hantaran dia yg masih belum settle.
kalah perempuan.
sebab aku punye dah beli siap lama.. ;p

dia rasa dia sudah berisi.
makin comel.
*aku rasa biasa je.. x suka lelaki kurus..*
try seluar, dah banyak bertukar size.
masuk levi's, kena amek seluar yg bukan size dia.
then alter, bagi kecik.
muka sangat tension, sebab seluar yg dia suka x de size.

sebelum tu beli short crocodile.
tu yg terkantoi size dah bertukar.

dia masam je.
x nampak senyum sikit pun.
dalam kereta, aku diam bila dia diam.
lepas tu, dalam diam-diam tu la aku nanges.
huhuhu.. =,(

sedih bila tengok dia macam tu.

nanti kite work out kat gym same-same k, sayang..
i tetap sayang you, walau ape pun keadaan you esok-esok..
<3

lupa janji?

hehe~
aku la tu..
lama x update blog.
x tau nak cerita apa.
banyak aktiviti kat sekolah.
sibuk sikit la..
sory miss diary.. =/

p/s sampai lupa nak wish hari raya.. Selamat Hari Raya Aidiladha!

Saturday, November 6, 2010

kecik hati + sedih!

semalam pegi umah best fren kat ukay perdana.
tido sana a night sebab nak gerak awal ke kuala kangsar.
housemate kawen kat sg siput hari ni.

a conversation begins..

kiela :: nurul, ipin nak buat majlis kat melaka 18hb ni..
aku :: 18hb ape?
kiela :: 18/12..

whattt??

tu kan majlis kawen aku.
masa gaduh ngan En Hunny pun, dia dah tahu aku amek tarikh tu.
ape plak macam ni..

tapi aku cool je dulu. *padahal dalam hati tahan nanges*
sampai la aku nak balik PD petang tadi, dia mention balik pasal tarikh tu.
majlis bertandang + cukur jambul untuk Qisya.
hadoiii~

tu majlis kawen aku.
wajib la aku mengharapkan kehadiran kawan baik aku, kan.
9 tahun kawan.
dari dia couple zaman sekolah, habis sekolah, kerja, tunang, nikah, malam berinai, sanding..
semua aku ikut flow dia.
sampai akak dia kawen pun aku yang jadi pengapit.

hadoiii~
nangis sudah!

Saturday, October 30, 2010

homework? penting tau!

petang tadi TERtengok cerita bintang kecil.
anugerah kanak-kanak yang bersuara sedap.
pengacara dia cantik.
tapi, cantik je x cukup dik.
jadi pengacara kena banyak buat homework.
lagi pulak majlis yang besar macam tu.
yang ada YB..

dia macam teragak-agak nak cakap.
selalu tengok paper que.
apa skrip lepas ni.
sangat bergantung pada notes tu.
spoil betol.
nasib baik pengacara lelaki tu dapat nak cover.

p/s aku pernah teringin.. tapi orang pemalu mcm aku ni boleh ke jd mc? haha

Thursday, October 28, 2010

guru pengiring..

hari ni, i've got second job as guru pengiring.
hari tu bawak budak pegi majlis sahabat anti-dadah peringkat kebangsaan.
hari ni jadi guru pengiring utk team futsal perempuan sekolah.
ada game utk budak Form 3, main kat SDASA.

aku? Futsal? hehe~
kelakar.. =p

tapi guru pengiring je.. okay lah kan.
bukan coach pun.
dan hasilnya, student aku jadi champion.
juga mewakili daerah utk peringkat negeri kat Paroi 10/11/2010 ni.
and the best part is, diorang langsung x training ape.
hahaha~

team lelaki pun dapat no 3 je tau!
the next game, x tau la involve ke x.

next 9/11/2010, bawak budak utk sambutan VIP.
majlis anugerah kecemerlangan.
again, as guru pengiring..

Wednesday, October 27, 2010

dah siap!

kad kawen dah siap..
(^_^)/

ahad ni pegi ambik..
x sabar lah..
cantik x ekk??

si mulut long dot dot dot.

dah jumpa!
seorang yg banyak mulut di sekolah.

"bukan ko ke semalam yg jalan ngan pakwe tu?"
"ala.. PD ni bukan besar pun.."

hello cik akak~
tu bukan pakwe-lah..
tu tunang saya.. aka bakal suami.
x boleh ke jalan dengan dia?
apa daaa~

ingat aku ni student ke nak tegur macam tu sampai dengar satu bilik guru?

Saturday, October 23, 2010

2nd convo

graduation day.. =)


birthday dia..

last Thursday was birthday dia.
nak buat ape ye? hehe~
Last2, ain bagi idea. masyuk punye.. huhu~
plan awal, tapi last minute baru done.
gila! kena marah ngan ain lagi.. haha

last week hari busy saye lah..
isnin cuti, tapi busy kat segamat.
pegi pejabat agama. jumpa imam. imam plak pegi jb.
pastu, jumpa kak ida aka mak andam. TERjumpa baju baru. tuka kaler lagi..
haha~ kak ida sound :: jangan nanti kau datang nak nak tuka kaler lagi dah la..

selasa, dah siap2 nak pegi Tiara Beach Resort, PD.
bawak budak untuk sambutan Majlis Alumni PPDa peringkat kebangsaan.
kena tido sana semalam.

rabu petang, ada meeting koperasi.
lepas meeting baru free sekejap. rushing jumpe sha, amek cupcakes.
ni pun baru order last nyte. hahaha~
nasib baik dh register as regular customer.
lepas tu jumpa ain, print wording kat tabika dia.
gantung semua kat situ.
called Epul, kawtim pasal malam nanti.
aku x boleh nak keluar malam tu.
so kena mintak tolong ain n bf tolong gantungkan words tu kat ten ten.
sebab kat situ line clear sket nak gantung2 n captured by cctv.
ain jugak yang beli bunga. *sayang kau lah* haha~
pukul 11.30pm, ain call.
aku boleh tertido plak.
rushing lagi keluar, pegi ready tempat.

finally..

ni piccas from screen kat bilik cctv.

ini birthday boy saye.. 

made by sha..

khamis, tengok wayang ngan Epul, Eqa, Ain n Abg Lan.
jumaat karaoke ngan Ain n Abg Lan.
sabtu, masak di rumah bersama-sama.

(^_^)v

Daaa~

Thursday, October 14, 2010

confirm!

aku pegi jugak konvo akhir nye.. hehe~
berjaya hasut En Hunny.
ayah ngan mak x dapat pegi.. *sedih*
maybe idil ngan hazriq je yg ekut..
x ape lah..

siang tadi pegi rumah sewa kak zana *clazmate UPSI*..
best rumah dia.
nanti dah bawak barang mesti lagi best.
dia kreatif..
pegi rumah dia tadi pukul 4++ pm.
balik pukul 7.15 pm..
seronok kau borak sampai terkotorkan rumah dia..
hehe~ ampun kak..

minggu depan on 19-20/10/2010 kena bawak budak pegi Tiara Beach Resort.
majlis dengan KPM n Petronas, Program Pencegahan Dadah.
macam mane lah muka budak-budak tu nanti aku kerjakan ekk?
huhu~

Sunday, October 10, 2010

hey!


equals to 69 days..

cepat nye..
terasa nak buat something sweet hari ni.
10/10/10.
tapi, ape ye?

sekolah saya

lama betul x update story mory.. hehe~
sampai lupa last entry bertitle apa.
jap, tengok post lama..
.
.
.
.
.
.
.
.

owh.. pasal en tut.. *sensored* rupanya.
huhu~

biarlah dia.
hari tu dia add aku di facebook.
maaf, x boleh nak confirm. so i letak u kat senarai ignore aje.. huhu~

dah nak masuk 3 minggu kat sekolah.
banyak gila job aku dapat.
bermula dengan jadi cikgu koperasi.
next was jadi guru penasihat untuk Kelab Kebudayaan dan Fotografi, Kelab Bomba dan Bola Sepak.
hambik kau. bola sepak.. jangan main-main.
nampaknye, lepas ni kena rajin-rajin amek tuisyen ngan En Hunny la.. haha~

minggu lepas, jadi cikgu relief saje.
dari kelas depan, sampai kelas belakang aku masuk.
paling mencabar, 1 Gemilang.
nama pun gemilang kan, sakit mata dan tekak lah aku kat situ untuk 1 masa.
huhu~
sepanjang masuk kelas, aku cuma berkenalan, n buat game sikit.
nampaknye, aku kena prepare something untuk aktiviti dalam kelas lah.
boring, tambah sengsara kalau kena relief untuk 2 masa. 80 minit kau tau?

minggu lepas, kena relief budak form 3.
nama je nak exam, tapi bising macam budak darjah 2.
aku denda sorang budak berdiri sebab bising.
hampir 20 minit, baru aku suruh duduk.
menjerit tu, normal lah.
nak lawan suara budak yang 36 orang tu.. seksa!
sampai ada budak tegur :: merdu suara cikgu!
aku debik sebijik kang, tahu lah!

kat rumah, practise jadi cikgu garang.
x nak jadi cikgu lembut.
*even En Hunny dan kawan-kawan ketawa bila aku keluarkan statement tuh*


apa?
aku ni x garang ke?


minggu depan balik kampung.
yeayy!

Friday, October 1, 2010

be brave!

hari tu am texted kat google talk.
saying something yg aku nak dengar sangat dari mulut dia setahun setengah yg lepas.
goshh~ kenapa lah baru sekarang dia nak mention pasal benda tu?
x apa lah. ada hikmahnya.

bagi aku, usia sesuatu hubungan tu x penting sangat.
memang lah, makin lama kita kenal dia makin banyak benda yg kita tahu.
for me, i'm looking for the man yg betul-betul tahu apa yg dia nak.
yg x takutkan komitmen.
ready to be "someone's".
aku pernah tunggu, tapi tu dulu.
cukuplah aku bahagia dengan hidup aku sekarang.
walaupun selalu nak gaduh.. *darah manis nihh*

sikit lagi nak kantoi ngan En Hunny..
hadoyaii~

new place

i'm here in Port Dickson.
x sangka sebenarnya dapat posting sini.
alhamdulillah.. semua kata "dah jodoh.." Amin~
dah cukup 5 hari aku kat sekolah.
jadual dapat tahun depan. subjek kau?
BM kot.
sedang cuba untuk sesuaikan diri dengan environment baru.
wish me luck, yaa~

sekarang, aku tumpang rumah mak minang.
rasa nak keluar cari rumah sendiri, tapi banyak sangat bantahan.
ayah minang suruh aku duduk sini sampai cuti hujung tahun.
memang lah dah x lama, tapi bukan ke nanti muka aku dah basi kat sini?
hadoyaii~ konflik dalaman betullah.
ayah kata, kalau agak-agak x de kawan tu x apa lah tumpang situ.
cuma kena jaga tatasusila. x boleh buat macam rumah sendiri.

sebenarnya, aku rindu diorang.
sudah rasa homesick.
rindu kat Aleeya.
tapi minggu ni x boleh balik.
esok majlis kawan En Hunny *abg mizi*..
En Hunny suruh balik segamat dengan dia.
walaupun diorang kat sini sangat baik, tapi i really miss keserabutan orang ramai kat segamat.
mintak-mintak minggu depan x de halangan.
nak balik!

Saturday, September 25, 2010

it's killing me..

aku texted dia.
his silence killing me.
dah nak masuk 2 hari.
i can't stop thinking.
banyak sangat benda nak fikir, then got some crisis dengan dia.
seriously, rasa macam nak mati.
='(

last nite, tido dengan mata bengkak.
malam ni?
ntah la. tengok dia reply x message tu.
tapi, dah nangis lagi dah..
x suka..

mahu jadi ini

tengok cerita sepi.
suka masa part afdlin dengan vanida.
sebab suka diorang.
hehe~
terpikat kat vanida yg sweet amat dengan bunga satu kat rambut.
nak buat jugak lah nanti..
tapi nak letak 3.. hehe~

teringat masa vanida n hubby *shidi* join sehati berdansa dulu.
suka masa diorang menari lagu hindustan.
sedar x sedar, dah 10 tahun dah diorang kahwin.
bertahan sampai hari ni.
setahu aku lah, diorang ni sangat kurang gosip.
jarang nak tengok cerita diorang kat paper.



sweet kan?
mahu jadi seperti ini.

purak-purak






susah, tahu?
sebab you are always be the reason of my feeling.
please..
throw away your ego.
x suka lah macam ni.

Friday, September 24, 2010

hey budak-budak!

x payah la nak touching bagai..
kemas aje lah barang kau.
sedia dihantar ke mana pun..

x payah la nak ingat-ingat dia.
entah dia ingat kau ke x.
kadang-kadang rasa macam x tunang pun ada.
sebab selalu sangat nak gaduh.
kenapa ekk?
masa bercinta x macam ni pun..
mungkin, bercinta x selama tempoh bertunang.
couple 7 bulan. tunang setahun.
sabar ye Nurul kema.
kamu kan minum milo.
haha~

hari senyap sedunia..

hari ni credit aku save.
sebab hari ni adalah hari senyap sedunia.

Thursday, September 23, 2010

tolong ingatkan aku

lelaki suka perempuan matang.
faham dia.

tapi saya x matang.
saya macam budak-budak.
saya sedih.
sebab dia kata saya macam budak-budak.
rupanya, itu tanggapan dia pada saya.
budak-budak.

budi bahasa budaya kita

aku call JPN n9 tadi.
hadoyai..~
budi bahasa out!
bukan la nak mintak layan macam VVIP what so ever, tapi layan la orang yg call tu elok-elok.
kami kat luar ni semua tahu korang tengah tension.
since naik kerja lepas raya hari tu ramai gile bakal-bakal cikgu yg telefon.
ye lah, lepas 4/5 bulan menganggur.
haruslah sangat excited dapat posting, kan?
kami cuma nak tanya, dapat sekolah mana.
taklimat kat mana.
apa keperluan yg diperlukan masa taklimat nanti.
sebab.. korang tak hantar surat!
setahu saya lah kan, semua  calon-calon cikgu dari negeri lain semua dapat surat.
Penang siap tulis nama sekolah lagi kat surat tu.

alasan :: kalau nak sahkan, ramai sangat dik. 200++ orang kite nak sahkan.

hello cik kak sayang..
kenapa johor yg ada 300++ bakal cikgu boleh bagitahu diorang dapat sekolah mana?
tak ade la.. kalau on 28hb tu kami dah kena masuk sekolah, mana sempat nak cari rumah.
nak suruh kami sewa hotel ke dalam keadaan 4/5 bulan menganggur kat rumah?
itu pun kalau area sekolah tu ada hotel.
mau nye dapat sekolah yg agak pedalaman?

sabar lah nurul.
yg angkat call kau tadi mesti kakak kerani yg sibuk make up masa kau datang JPN dulu kan?
hahaha!

somewhere in negeri sembilan

next monday, pergi taklimat kat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol..
makna nya, dah x lama lah kat rumah.
ayah pun dari hari tu asyik sebut-sebut..

kakak dah x lama kat rumah..
lepas ni Aleeya kena tidur sendiri.
mak kena masak n kemas rumah sendiri.
kita kena pegi shoping naik motor la. 


adoi la.
tiba-tiba rasa sayu.
mungkin sebab lama kat rumah.

aku rasa ni yg paling lama kot sejak habis sekolah.
since bulan 2 aku kat rumah, sampai sekarang bulan 9.
7 bulan. lama tuh.
aku cakap dekat Aleeya :: lepas ni Aleeya tidur sendiri tau..
dia cakap :: Aleeya tidur dengan mak lah..
huhu~


aku selalu gaduh dengan dia. seronok buli budak kecik tu.. hehe~
dah la kata-kata innocent je.
tolong dia buat homework.
kemas rumah sama-sama.
nyanyi sama-sama.

nanti agak-agak aku homesick lagi x?



Tuesday, September 21, 2010

new quotes.. =)


sometimes, "sharing" is not caring..

Wanie, kite suke la quotes ni..
suke gila! haha~

so damn romantic!

 









this 2 piccas is taken from my friend's facebook. Aini Hafizah.
she is 25 yesterday, and this was her birthday cake.
we studied in same class since Form 2, kalau x silap.
x rapat sangat, tapi we are good classmate.

sangat salute and adore birthday celebration dia.
dah la choc indulgence pulak tu!
boyfriend dia sweet and romantic gila kan?
this cake bukan di beri masa she is alone, tapi this celebration taken place kat office dia.
kat office, with officemate.
see? berapa ramai agaknya lelaki kat luar sana yg sangat berani nak buat macam ni?
En Hunny, kamu di tempat tercorotkah? haha~
rasa macam nak bagi dia tengok gambar ni.
bagi motivasi sikit.
cara nak pikat hati.
perempuan suka suprise.
nak-nak suprise macam nih.

to Aini, congrates dear.
cantik cincin kau.. hehe~

Monday, September 20, 2010

lulus cemerlang!

HIV test is done!
hehe~
nurse and abang yg ada kat dalam lab tuh kata
"okay.. sah.. dah boleh kawen nih.."

ape cakap macam tu..
malu i.. *gedik!*

aku ingat lama, sebab orang ramai gila kat klinik kesihatan.
aku sampai sana dah dekat 8.30 pagi.
rupanya 1 jam saja lah.. =)
pantas dan tuntas.. maybe sebab x payah nak ambik nombor kot..
then, pegi tunggu pos mini bukak, nak pos laju salinan ic kat En Hunny..

30 minit aku merewang cari dutch lady strawberry.
patah balik kat pos mini, x bukak-bukak jugak.
kata 10.15..
tunggu lagi.. sampai 10.30 pagi..
aku dah tension.
baru nak balik, uncle pos mini tu sampai dengan wife dia.

x jadi nak marah, sebab uncle tu kena hantar anak dia balik Gemas every Monday.
baik kan saya?? haha!

dah siap, balik rumah.
masak!

Sunday, September 19, 2010

i am proud of you, NURUL!

aku rasa, this is the very first time aku settlekan masalah aku dengan cara yg sangat matang..
big applause for miss nurul! *tepuk..tepuk..*
remember my last post?
pasal being friend with his cinta pertama?
already resolved with full of maturity.. =)

aku x melenting.
aku layan dia macam biasa. siap kasi tambah manja lebih pulak lagi..
=p

then aku tanya tahap kepenatan dia macam mana.
tengok dia macam okay je nak layan, so aku pun mula tanya soalan..

aku :: pa.. kalau ma kawan balik ngan ex boyfren, pa marah x?
dia :: kenapa? *suara kasar.. padahal tadi lembik ya amat*
aku :: x de la.. ma tanya.. kalau ex boyfren nak kawan, pa bagi x?

macam biasa, aku tahu dia x marah.
kadang-kadang aku sangat kagum dengan dia yg sangat open.
x macam aku.. huhu~

pastu, aku pun start masuk pada real question.

aku :: tapi kan, ma x open sangat macam papa..
dia :: kenapa nie??

aku pun cerita ketidaksenanganhati aku kat dia. semua.
intonasi suara sangatlah lemah lembut dan manja-x-bley-blah..
 
aku percaya dia.
cuma aku x percaya pada si ex. *i can't be friend with them*
so, untuk elakkan masalah esok lusa, better avoid si ex dari sekarang.

1 yg aku mintak, please and please no more ex'es in future.
i can consider if terserempak then tegur, rather than being contactable friend..
not even in handphone.
not even in facebook..
i've been hurt by the ex before. *before dengan En Hunny*
then i know the feels..
bila tiba-tiba someone yg pernah ada history dengan my boyfren tiba-tiba datang balik.
aku x mahu rasa sakit tu lagi..

jadi..
aku mintak maaf sebab aku rasa x berapa nk senang hati.
aku mintak maaf sebab masuk campur privacy dia.
aku mintak maaf sebab tamak.
huhu~

dia boleh terima. n dia kata dia sangat suka aku malam ni.
sebab aku marah dia dalam keadaan yg matang gila.. haha~

sory sayang. i have been so so greedy when it comes to love matters.
cuz i won't share my sayang with the ex.
sebab aku x buat.
aku tahu, x baik aku macam ni.
sebab tu aku mintak maaf awal-awal.
and thanks, sebab dia faham jugak apa yg aku rasa..

pasal si cinta pertama, forget your abang.
cuz he is my papa rite now!


p/s macam mana boleh kantoi nangis plak tadik??

gotcha!

dia baru add zuzu zus *cinta pertama* as his friend kat facebook.

dear sayang..
it hurts me.

aku salah ke kalau cemburu?
=(

back to school *yeeehaa*

i am going to school again..
huhu~
masa habis SPM dulu, i was telling myself that i don't want to be in school anymore.
but, siapa tahu kan.
kena masuk sekolah jugak sebab i'm taking STPM.
result SPM x cantik. *sad*

then, i realize yg rezeki aku maybe ada kat sana.
that's why, aku teruskan Form 6 even dalam hati agak memberontak.
habis jugak 2 tahun, with flying colors result.

and now, i'm back.
this time, as a teacher.
next monday, berkumpul kat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol. *harap-harap nama sekolah ni betul*
baru JPN n9 bagitahu dapat sekolah mana.
risau sikit, sebab fikirkan rumah sewa n what so ever.
tapi, cikgu-cikgi yg dapat n9 kata ppd n pengetua akan tolong pasal benda tu.
syukur.. =)

but then, aku kena drive jauh sikit kali ni.
nervous lah pulak nak masuk sekolah ni..


tehehe~


 

mana yek aku letak name tag hitam putih tu?? huhu~

Saturday, September 18, 2010

i was..

i was happy..
kenapa was?
kenapa bukan "i am happy"??

happy cuz he was here.
datang beraya dengan kawan-kawan *epul, abg mizi n tony*. =)
but the happiness became "was" sebab dia refuse untuk rasa cake yg aku bake sendiri.
yg buat aku bangun awal hari ni sebab nak bagi dia rasa cake air tangan aku.

masa aku basuh pinggan, baru dia pegi dapo.
aku cakap kat dia :: u x makan cake tu, i x bagi u balik!  *kejam!*

baru dia rasa. cuma sepotong.
aku kecik hati weiyyh~
i am cooking with full of love inside.
=(

bukan lah nak minta dipuji.
ambil la hati aku sikit.
rasa apa yg aku masak.
sedap x sedap belakang kira.
makan pun x bertambah.
nasib baik kawan dia semua tambah 2x..

dah nak nangis tau masa dia cakap :: cake tu simpanlah. kitorang diet..
oops~ bukan dah nak..
dah nangis pun.. =p
budak sememeh!
benda kecik pun nak terasa!

ego lelaki

lelaki memang ego kan?
i mean, diorang bukan jenis orang yg pandai nak show off their feeling in front of crowd.

semalam we are chatting thru phone, saja lah nak kacau dia b4 dia pegi kerja.
lumrah aku, suka bertanya soalan macam-macam. *budak bijak nih.. haha*
aku akan tanya sampai la aku yakin dengan jawapan tuh.
mungkin semalam dia rasa annoying.
mungkin dia rasa aku mengada.
mungkin jugak dia bosan dengan soalan-soalan yg aku bagi.
sebab tu lah dia asek nak naek suara masa cakap dengan aku semalam.

aku sentap jugak lah.
sebab aku cuma tanya.
and b4 this, dia akan jawab semua yg aku tanya, even lama-lama aku dengar intonasi dia berubah.
then aku stop lah.
last-last aku tanya dia.

aku :: apa masalah nye ni? u ada masalah dengan i ke?
dia :: x de pape pun.. *jawapan common*
aku :: habis tuh? yg asik nak marah-marah ni kenapa? period?
dia :: *gelak-gelak*

sudahnya, aku mintak maaf.
mana tahu kalau-kalau aku ada buat dia kecik hati dalam x sedar.
kalau-kalau aku ada buat salah yg dia x senang.
baru dia return to normal.
suara pun x naek dah lepas tu.

tapi main point nya cerita aku ni, aku bengang sebab dia x state pun yg dia nak datang rumah aku hari ni kat facebook.
dia cuma tulis, nak relax kat JB.
oii..oii..
epul boleh jerk state turun segamat road to JB..

*point carik gadoh*

sweet dream or nightmare?

had a dream last nite.
x tahu nak describe that's a sweet dream or a nightmare.
baru tulis pasal cinta pertama hari tu, hari ni kena tulis lagik.
sebab my cinta pertama tiba-tiba muncul dalam mimpi.
and the worst thing, boleh pulak aku menangis dalam mimpi tu sebab ternampak dia with some other girl.

kenapa ye awak tiba-tiba muncul?
buat saya tiba-tiba teringat.

Thursday, September 16, 2010

thanks!

thanks for making my Thursday begin with tears.
Thanks a lot babe!

aku x mintak pun satu jam.
cukup lah 5 minit untuk midnight call before i sleep like you always did before.

i know, malam ni is a bit pampered night sikit untuk aku.

this is since last friday, tahu.
bila kamu sangat busy.
and it continued till today.
aku cuma mahu sikit je rasa tu malam ni.
manjakan aku sikit je sebelum aku pejam mata.
dulu siap 3g bagai even kau kerja.
now?

angkat call pun macam x ikhlas.
then you dare to ask "kenapa diam?"
remember..
anda buat, anda dapat..
soon ya sayang..

haishh~

gila rindu!

Wednesday, September 15, 2010

hari rabu

hari ni dah hari rabu.
mahu call Anuar Lumiere, tanya pasal kad kahwin En Hunny.
then nak cancel boxes of cakes yg mak minang order hari tuh..
aduss~
nak kena susun ayat baek punye la nih.. hari tuh dah cancel kad aku.
tu pun mamat lembut tuh dah angin.
=p


pastu nak pegi jabatan agama segamat, nak amek borang kebenaran nikah.
tanya pasal HIV test.
erkk~ dah dekat ye??
ade vibrate dlm hati.. huhu~

lagik, nak tanya pakcik pasal roadtax.
kena renew dah.. 22hb nih dah mati.

hati rasa nak raya kat umah mak minang, tapi ayah ngan mak macam x bagi jerk..
=(
call aje lah nanti. mintak maaf..




rindulah tiba-tiba.. =(
haishhh~

Tuesday, September 14, 2010

cinta pertama

memang susah nak lupa ye?
perangai buruk aku, suka sangat tanya En Hunny pasal ex dia.
pastuh jeles sendirik.
dah cuba x nak tanya, tapi fail.

sampai sekarang dia masih x lupa En Hunny.
dia jugak masih guna nama gelaran yg diorang guna masa bahagia dulu.
walaupun En Hunny dah x panggil dia dengan nama tu, dan x jugak bahasakan diri dengan gelaran yg dia guna dulu, tapi aku masih rasa yg dia masih x lupa En Hunny.
itu yg buat aku jeles sebenarnya.
kenapa?

entah.. mungkin sebab dia masih belum jumpa pengganti.
hmmm~

cinta pertama aku?
dah kawen.

Monday, September 13, 2010

x kuat

aku cuba kawal diri, x mau msg dia pun.
tapi ego aku x tinggi mana.
aku rindu dia.
that's the fact.
jadi, aku texted dia tadi.

dia cuma reply.. :: k

itu saja.
sedih..



 
saya mahu ini..
=(


mahu tapi..

Ego!



yezza~
mood dah okay.
hati rasa nak call, tapi otak kata jangan.
kenapa lah hati dan otak slalu opposite?

4 syawal 1431..

baru 4 hari mintak maap bagai, dah gaduh balik.
manis sangat ke darah kitorang ni ye, asek nak gaduh jerk?
padahal benda kecik je.
x tau la.
mungkin sebab period kot.. so, hormon nak carik gaduh dan merajuk tu datang membuak-buak hari ni.
*salahkan period plak. x dtg kang, tahu lah..*

dia dah tido kot. penat kerja seharian dari semalam, hari ni nak kena melayan mood swing aku.
kasihan..
ape boleh buat.
oleh sebab anda buat, maka anda dapat lah.
=p

Friday, September 10, 2010

1 syawal 1431...

sudah raya! hehe~
sebulan puasa *penuh okay tahun ni!*.. sampai la sudah hari ini..
sekali lagik, raya jatuh hari jumaat. best je rasa..

raya tahun ni, rasa macam happy sikit. kenapa?
ntah la. mungkin dengan baju raya yg En Hunny bagi.
or mungkin jugak dengan news dari KPM yg bagi tahu aku dipostingkan ke n9.
even still x tahu dapat sekolah di daerah mana, tapi still happy n bersyukur..
Alhamdulillah.. =)
atau...
mungkin kah sebab ini raya pertama as someone's fiancee?
betul kah?? betul kah??
ngehehe~

pagi-pagi, pegi rumah nenek.
then kat sana ramai yg tanya pasal En Hunny..
antara soalan cepu x cemas yg terpaksa aku jawab dengan senyum lebar..

1) bila nak raya kat sana?
2) bila dia nak datang raya?
3) dia x raya sama ke?
4) mana cik abang..

hadoii~ macam artis plak rase.. hehe~ *gedik*

pegi raya rumah sedara, mak dah inform sikit-sikit yg dia nak terima menantu hujung tahun ni.
semua tanya lah, anak yg mana satu.
diorang ingat abang, sekali adik dulu daa~
=p
terus dapat seri bakal pengantin katanya.. ape lahhh~
x kawin pun tetap berseri tau! ;)

hari ni raya pakai baju hijau.
En Hunny pilih..
sama warna dengan dia jugak..
=)

p/s Tahun depan nak warna pink, boleh? *confirm dia x mau beraya ngan aku* hehe~

 

selamat hari raya!

Tuesday, September 7, 2010

dia tiada

when i need him the most, he's not there.

lega!

selamat..
(^_^)
yg dia tulis tadi tu x valid sebab x keluar nama n i/c number kat semakan..
hadoiii~
aku dah nangis tadik..
.
.
.
.
lega sangat-sangat..

even dulu pernah cakap, kalau dapat posting ke sana tu nak buat macam mana.
dah rezeki. kena terima lah kan..
tapi..
memang cakap x serupa bikin lah..
elok je baca benda tu tadi, tiba-tiba teringat En Hunny.
gila..

tak tahu nak describe macam mana..

hati aku x keruan.
x senang..
bukan sebab En Hunny..


tadi aku bukak facebook..
joy kata kalau nak tahu nama ada kat sabah ke x, dah boleh check kat 1 website nih..
*aku lupa nama dia*
aku pun saje la nak tengok.
masuk i/c..
enter..
kenapa dia kata tahniahh???
kenapa dia kata sila daftarkan diri pada 28 september 2010????
aku check sekali lagi..
kenapa masih ada??
hadoii..
tiba-tiba rasa nak nangis..

='(

esok nak cuba call JPN Sbah sekali lagi..
mood malam ni... kosong!

Sunday, September 5, 2010

sudah ok.. (^_^)

tadi buat cake.
tapi x rasa lagi macam mana. *nebes*
takut x sedap, even guna tepung ready made.. hehe~
propa lebih kan, poyo cam buat sendirik jerk..
ye la.. aku mantapkan skill memukul dulu. nak bajet time, berapa lama nak bake.
bau macam enak di makan. hehe~

tadi En Hunny called, masa tengah tunggu buka.
aku layan ala-ala separuh hati aje..  huhu~
hati masih belum melting lagi, even dah basuh dia sikit tengah hari tadi.
keras hati kan. =(

pukul 8, start bake dengan Hazriq n Aleeya.
pastuh main bunga api, main ngan Momo *kucing jantan fevret*..
dekat pukul 9, Aidil panggil. phone bunyi.
nasib baik ayah x sempat angkat, kalau x mesti ada sesi umpatan.. hehe~

borak-borak sikit.. okay lah.. mood tu datang sebab ayah sebenarnya.
kalau dia x buat lawak, x de makne nye aku nak ketawa riang.. huh~
sekarang, dah okey.. kot..
makna nya aku x yakin sangat yg aku akan ok 100%.
aku kan keras hati sikit.

=p

sweet amat!

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....


aku jumpa artikel lagik.. 
comel gila cerita dia.
nk copy paste kat sini cam panjang sangat.. 
aku link aje lah..
sape-sape interested, bley la bace.


sweet, bukan??

mahu jadi ini..

 

aku sangat terkesan dengan words dalam cerita ni.
x sangka rupanye kaum aku banyak sangat dalam neraka.
dan mudah sebenarnya untuk kami elakkan benda tu.
salah satu drpd nya is taat pada suami.
kalau dia bagi, syukur lah..
kalau x dapat apa-apa, sabar lah.
walaupun aku x kawen lagi, tapi aku dah sepatutnya practise dr sekarang kan?

yg first tu memang aku buat. aku syukur sangat2..
tapi yg kedua tu, slalu aku langgar.
huk~
kalau dah nama nya nak, mesti nak jugak.. *buruk perangai*

hmmm~ baru nak lancarkan perang dingin sehari, tros insaf aku..
bagus lah artikel nih, tros sejuk jiwa raga aku..
huhu~
jangan buat lagi ye cik nurul..


that make me sick!

yup..
everytime that thing happens, it does make me sick!
kenapa ye?
i'm just wonder, am i neglecting you when i am busy with my girly matters?
do i??

it's just you in me, whenever n wherever i am..
can't you see?
x nampak ke?

Thursday, September 2, 2010

fevret si dia

 
sebab mulut dia seksi..
i pun sexy tau..


 

sebab dia manja.. 
i pon manja lahh~


tadi tengah dengar lagu marsha nih.. tu yg tiba-tiba teringat kat En Hunny..
bukan main kan dia, suka yg sexy mexy jerk.. haishhh~

Wednesday, September 1, 2010

BUNYI??

ada bunyi kat luar.
tapi bila intai, x nampak apa-apa.
bunyik apa di luar?
takut lah tiba-tiba. =(
x suka perasaan macam ni..

omg! kenapa baru sekarang?

hari khamis lepas, Am called.
actually, naek nombor je. takde nama.
so aku angkat lah.
masa tu kat dalam kereta, En Hunny baru fetch kat Terminal 2.

aku :: Hello..
dia :: hye.. kenal x sape nih?

aduss~ sape plak yg main teka-teki ngan aku petang-petang gini..

aku :: x perasan lah. nama x naik.
dia :: Am-lah..

oh tidak! oh tidak! kenapa sekarang? kenapa bukan 10 minit yg lepas? sebelum En Hunny datang?
sepanjang aku kawan dengan dia, dia x pernah call dengan niat "saja-saja".
kenapa lepas aku dengan En Hunny, niat tu datang?

sepanjang aku kawan dengan dia dulu, x pernah pun dia kata dia "suka".
kenapa baru sekarang? lepas aku jumpa bahagia?
aku dah cut loose dengan dia, lepas dia "cuba" nak sampaikan isi hati pada aku hari tu.
aku nak sangat bagitahu dia, aku dah bertunang.
aku dah ada cincin tanda yg mak minang sarungkan 25 dec tahun lepas.

aku pernah suka. tapi itu dulu.
masa tu dia x tahu apa tu KOMITMEN.
life dia cuma kerja n collect duit untuk bukak workshop macam yg dia nak.
sebab tu jugak lah aku terima En Hunny, sebab aku nampak future bila dengan dia.

aku cepat-cepat letak phone, bila sedar yg En Hunny senyap sunyi tak bersuara.
sudah lah. aku takut sangat nak kecikkan hati En Hunny lagik.
lepas aku TERguna duit yg dia bagi untuk buat something important, buat beli online handbag.
dia kata, "kenapa x bagi tahu papa dulu?"

bubbles

 

best kan bubbles nih?
boleh x nak pakai bubbles macam ni untuk wedding photography nanti??

double happy..

last weekend, aku check in lagi di rumah En Hunny.
oleh sebab accountant terhormat saya dah masuk duit, so boleh la kuar pegi beli barang hantaran sikit.
hari jumaat, pegi KL. nak pegi Midvalley, terjah Sembonia.
pusing-pusing, sampai salah jalan. nak corner ke SOGO, jalan tutup.
patah balik, jumpa jugak Mid. masuk parking, hadooiii~
azab nye nak dapat parking! aku lupa plak hari jumaat selangor cuti Nuzul Al-Quran.
nasib lah. En Hunny selaku driver dah nak give up.
siap doa-doa biar dapat parking jugak, kalau x mesti dia ajak balik.
lastly, dapat jugak. *syukur*

sale tengah menggila kat Mid. seronok! sebab dah lama x shopping.
(^_^)
dapat sambar kasut n handbag hantaran. *suka!*

malam plak, pegi Jalan TAR ngan Kiela n hubby.
mak aiii~ sesak ya amat! naseb baek pegi malam, kalau siang ni mesti aku dah buka.. hehe
*yg ni, En Hunny yg cakap.. ada ke patut*
dapat sepasang, tu pun lepas tawaf kedai banyak kali n air dah habis 2 botol.
*suka lagik*
malam, lepak rumah Kiela kat ukay perdana.
main ngan baby Qisya. kecik rupanya budak tu. aku ingat besar.. hehe~
baik budak nye. x banyak ragam.
merengek sikit, sumbat susu trus diam.

Sabtu, balik Pd kul 12 t/hari,
sempat singgah Tesco Ampang, beli lagi 1 baju raya. warna hijau. fevret En Hunny.. =)
itu pun dia yang pilih. aku nak jalan tengok yang kat depan, dia x bagi.
paksa aku masuk dalam sebab takut aku tersambar lagi sepasang.. ngehehe~
En Hunny belanja novel.. =)

Ahad pagi, terlajak bangun. pukul 10 baru terjaga. *malu!*
nasib baik mak minang x de, dah keluar pegi pasar.
bangun, terus mandi n kemas barang nak bawak balik segamat.
mak minang balik, belajar buat kuih badak berendam.
seronok, sebab mak dia sangat baik.
asalnya, aku tanya-tanya je masa tolong mak dia buat pengat pisang petang semalam.
sekali mak minang cakap kat ayah minang masa buka, esok (ahad) nak tunjuk cara buat badak berendam kat Nurul.
malu lah sikit. sebab aku tanya je. x yah la susah-susah.
nasib baik la En Hunny memang suka makan kuih tu, so nampak la effort aku untuk gemukkan perut dia pas kawen nanti.. hahaha~

pukul 1 lebih macam tu, bertolak balik segamat. En Hunny tido sana malam tu.. hehe~
sampai pukul 4.30, duduk kejap pastu keluar carik ayam golek. buka sama-sama di rumah.
seronok lagik.

ni lah kerja aku since hari khamis lepas. 4 hari dengan dia buat aku rasa macam dah kawen pun ada. huhu~
seronok sangat-sangat, sebab En Hunny disukai orang-orang yg rapat dengan aku.
double happy sebab dia sangat sabar layan karenah aku yg kadang-kadang swing x tentu pasal..

(^_^)v
till then, daaa~

Wednesday, August 25, 2010

mandi junub..

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…




*taken from Azarudin Bocheh*

quotes for today

Boys are like stars, there are millions of them out there..
but only one can make your dreams come true.

Tuesday, August 24, 2010

suka! hahaha~

yg ni, post suka pulak..
pagi tadi, Aida kadkahwinku.com call.
diorang dah terima order aku. and hantar invois..
boleh dapat kad 22 oct nanti..
x sabar nak tengok. mintak-mintak cantik cam yg diorang cakap.
huhu~

esok buat payment. RM480, and aku dapat 1000pcs kad.
hoo~ aku memang jaga budget!

p/s Tak sabar nak tunggu khamis.. =)

tak suka dan tak faham!

baca paper siang tadi..
rakyat Indon *betul ke rakyat? @ bangsa??* pijak bendera Malaysia.
baling tahi kat kedutaan kita di sana.
apa masalah diorang ni sebenarnya?
rasanya kita dah banyak bagi muka kat diorang.
kaum dia pun bersepah kat sini cari rezeki, kita orang Malaysia pun x kacau.
tak faham...

lagi, berita pasal bapak sembelih anak umur 3 tahun.
alasan, sebab sakit mental.
yg ni, aku x mau komen lebih.
pun x faham...

hari tu, cerita pasal budak dah mati kena dera dibuang kat stesen bas.
tengok tangan dia, aku rasa budak tu mesto comel.
sebab jari dia gebu-gebu.
mak kata, budak tengah sedap main.
apa masalahnya diorang nih?
x ingat ke sakit masa nak delivered baby tuh?
suka-suka hati je nak dera. buang?
x berbaloi la wei..
ko dah sakit, tanggung perut yg memboyot tuh sampai 9 bulan.
yg buang baby pun 1 hal jugak.
x cian ke tengok muka baby tuh yg comel gila?
sanggup nak buang dia rata-rata?
yg ni.. TAK SUKA!


*x mau letak pic, x sanggup nak tengok*

Monday, August 23, 2010

entahlah..

hari tu am texted. tanya nak keje x. ngan EON Bank..
customer services exec. aku nak.. tapii..
kalau lepas raya KPM panggil posting cane?
aku suruh je dia bagi resume aku tuh.
since celcom pun senyap je kan.
then pagi tadi ade call. no kl.
aku rasa maybe EON Bank. tapi aku x call balik.
biar-lah..

Sunday, August 22, 2010

apa??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
biar betul?
aku x ready lagi lah!!

jumaat lepas..

hari jumaat hari tu, kuar gi isi minyak kete.
aku kuar sorang, malas nak ajak mak.
sebab dah tau, mak mesti x bley nak tinggal favourite drama dia kat tv sampai petang. huhu~

pas isi minyak, pegi terjah Iris Wedding House, tengok bunting/banner.
dia buat bunting satu RM45. banner pulak 1 kaki RM3..
kalau nak design sendiri, kena add up lagi RM30..
aku tengok design diorang biasa sangat, x menggoda aku..
nanti mintak En Hunny tengok kat sana pulak.

then pegi jalan-jalan. pusing cari baju.
dah lama x shoping baju rasanya. tapi, standard la.
x banyak yg menarik kat sini. huhu~ sambar t-shirt je.

pegi DKay.. cancel wedding package yg amek kat dia.
dah agak, deposit bakar nacam tu aje.
tapi, diorang x terfikir ke. majlis lama lagi.
plak tu, call shasha nyah x dapat. office pun x dapat.
x ke haru kalau tiba-tiba on the big day diorang x muncul?
naya..

then, balik call kadkahwinku.com.
tanya balik pasal kad kawen yg buat aku bergaduh ngan En Arnab Hunny.
still available, n x payah nak add payment if nak letak pic n printed sampul.
pastu call Anuar Lumiere, nak cancel kad.
harus-lah mamat tuh keluar lenggok-lenggok dia x bagi aku cancel.
konon deposit bakar camtu jerk. even aku dah explain kat dia yg aku ada amek boxes of cakes kat dia.
degil betul lah. kan cuma draft?
dia kata, if aku nak cancel boleh. tapi En Hunny punye side kena on-lah.
then aku call lah En Hunny balik.
dia suruh call balik Lumiere, cancel kad aku tapi on kad dia.
buat 1 side je, x payah masuk majlis kat segamat.
nasib baik ok. kadang tu rasa macam mengada sangat je aku ni.
degil! tu yg En Hunny cakap. kalau nak 1 benda, selagi x dapat selagi tu la asek dok cakap je.
alaaa~ selalu macam tu pun kalau benda tu aku rasa betul.
mesti la aku menegakkan apa yg aku rasa betul, kan?

Wednesday, August 18, 2010

beli online, secure-kah?

aku dah usha kad kahwin yg aku post hari tu kat kadkahwinku.com..
tapi kalau beli online, secure x?
semalam aku bgtau kat En Arnab Hunny, pasal kad kawen yg aku survey tuh.
macam biasa.. harus lah dia bengang ngan aku. sebab kad yg ari tu dah kira confirm. aku cakap, nanti aku try call org tu. tanya boleh x if aku nak cancel.
tapi aku nak tanya dulu la kat staff kadkahwinku tu. macam mana procedure if aku beli thru online.
location kedai tu kat kajang. ingat nak pegi terjah. minggu depan kan misi mencari barang hantaran plak.
tapi takut En Hunny x larat, bulan puasa plak tuh. macam mana ekk nak bagi dia ikut aku dengan rela hati?
macam mana nak racun sang madu nih. aduss~

aku tengok kat blog B2B nih, dia beli cincin untuk hubby dia kat goldheart midvalley. ingat nak peg usha-lah.
skang, aku ada some places yang dah terjah-terjah dalam kepala.
mana yang aku nak angkut sang madu pergi.. *kalau dia sanggup.. uwaaa*

nak pegi midvalley.. nak pegi klcc.. nak pegi SOGO. n if mampu, nak pegi kajang..
erkk~ melampau-kah permintaan aku di bulan puasa nih?
nak carik baju raya kat jalan TAR jugak..
huhu~
macam mana nih.....

zip

not in a good mood

Monday, August 16, 2010

all my life

Baby (x11)

I'm So Glad...

I Will Never Find Another Lover
Sweeter Than You
Sweeter Than You
And I Will Never Find Another Lover
More Precious Than You
More Precious Than You
Girl You Are..
Close To Me You're Like My Mother,
Close To Me You're Like My Father,
Close To Me You're Like My Sister,
Close To Me You're Like My Brother
And You Are The Only One My Everything
And For You This Song I Sing....

All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Thank God
That I..That I Finally Found You
All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Hope That You Feel The Same Way Too
Yes, I Pray That You Do Love Me Too

I'd Send You All That I'm Thinking Of........Baby

Said I Promise To Never Fall In Love With A Stranger
You're All I'm Thinking Of
I Praise The Lord Above
For Sending Me Your Love
I Cherish Every Hug
I Really Love You

All My Life (Ohhhh..Baby, Baby)
I Prayed For Someone Like You
And I Thank God
That I...That I Finally Found You
All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Hope That You Feel The Same Way Too
Yes, I Pray That You Do Love Me Too

You're All That I Ever Know,
When You Smile All My Face Always Seems To Glow,
You Turned My Life Around,
You Picked Me Up When I Was Down,
You're All That I've Ever Known,
When You Smile My Face Glows
You Picked Me Up When I Was Down
Say...You're All That I've Ever Known
When You Smile My Face Glows
You Picked Me Up When I Was Down
And I Hope That You
Feel The Same Way Too
Yes, I Pray That You Do Love Me Too

And All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Thank God
That I..That I Finally Found You
All My Life
I Prayed For Someone Like You
Yes, I Pray That You Do Love Me Too

All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Thank God
That I ..That I Finally Found You
All My Life
I Prayed For Someone Like You
Yes, I Pray That You Do Love Me Too


And All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Thank God That I...That I Finally Found You.....
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers