Pages

Wednesday, October 5, 2011

emosi terlebih..

entah lah ye..
sejak-sejak masuk third trimester ni, emosi selalu terganggu.
rasa nak menangis.. *dah menangis dah pun*
cepat kecil hati. cepat terasa.
pantang ada yg x kena sikit, nak nangis.
air mata pun macam x segan silu keluar.
adakah ini mengesahkan bahawa bby adalah gegurl?

memang aku ni sensitif.
sebelum preggy pun sama.
tapi, sebab dah preggy ni.. rasa macam melampau pulak.
rasa nak sentiasa ada dengan hubby.
x mau bagi dia pergi mana-mana.
duduk dengan aku je.

alkisah, hubby pergi training kat seremban.
semalam, balik training dah lambat.
8++ pm baru sampai rumah.
then, nak keluar lagi pergi urut kaki.
ankle sakit, jalan hincut-hincut.

tapi, hari ni larat pulak nak pergi jogging kat lake garden tu.
awak jalan pun hincut-hincut.
lepas training diorang nak pergi cari kasut bola.
sponsor jugak ke?
bukan ke kalau main bola tu kasut sendirian berhad?

aku sedih bila hari-hari macam ni.
aku nak dia selalu dengan aku.
stand by if anything happen.
aku dah 8 bulan lebih.
walaupun aku sendiri selalu cakap kat baby, jangan keluar lagi.. tapi kita tak tahu, kan?


aku letih kena tinggal kat rumah sorang-sorang.
aku cemburu bila dia ada ramai kawan.
aku cemburu bila dia masih ada masa untuk buat apa yang dia suka.
aku cemburu bila dia x rasa apa-apa bila tinggalkan aku sendiri..

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers